BAB 6

Romance Completed 16153

“Saya Irdina.” Hanya itu pengenalan diri yang mampu aku lakukan. Selebihnya, ibu Taufiq membantu aku membuat penjelasan. Mujurlah diri ini diterima pasangan itu.

“Dah la tu. Nanti sambung berkenalan lagi. Lapar ni.” Suara Taufiq di meja makan membantutkan sesi berkenalan antara aku dan ayahnya. Kacau daun betul mamat ni. Doa makan diketuai oleh ayah Taufiq sebelum kami bersama-sama menikmati juadah tengah hari itu.

“Kenapa sayur ni tak macam biasa ibu masak?” Taufiq tiba-tiba bersuara.

“Memanglah. Dina yang masak. Bukan ibu. Sedap kan?”

“Wow!!! Awek rugged macam awak, pandai masak jugak? Hehehe. Not bad.” Aku menyepak kakinya di bawah meja. Ambik kau. Kacau lagi. Ingat perempuan kasar macam aku ni tak pandai masak ke? Silap besar okay. Taufiq ku lihat hanya tersengih.

Kami melangkah masuk ke dalam kawasan kolej yang agak besar.

“Alamak, besarnya. Boleh ke survive dalam ni?”

“Saya kan ada. Pemandu pelancong awak. Jom pergi tempat register.” Taufiq mendahului langkahku. Aku yakin akan selamat sampai jika mengekorinya. Sampainya di dalam dewan, aku lihat sudah ramai pelajar yang beratur. Lautan manusia buat aku cemas sendiri.

“Seram la awak. Ramai sangat.”

“Pergi je la. Awak kan rugged. Takkan takut kowt.” Aih!!! Ni bagi semangat ke perli. Tak boleh pakai betul mamat ni. Aku memberanikan diri, menyambung barisan di belakang untuk mendaftarkan diri. Sesi pendaftaran memakan masa lebih kurang 30 minit. Setelah selesai segalanya, aku keluar untuk mendapatkan Taufiq. Namun, bayangnya tiada. Aku hilang arah. Sudahlah aku tak kenal siapa-siapa dekat sini. Dia pulak hilang. Rasa macam nak menangis pun ada. Aku dah la trauma kena tinggal dekat khalayak ramai ni. Aku terduduk di tepi dewan. Sampai hati Taufiq tinggalkan aku.

“Dina. Sorry. Saya pergi beli brunch tadi. Lapar la.” Sebaik mendengar suara Taufiq, air mata yang ku tahan mengalir juga. Untuk apa air itu mengalir, aku pun tak tahu. Sedih ada, gembira, marah pun ada.

“Kenapa awak menangis? Alamak. Sorry la.” Taufiq kalut sendiri.

“Sampai hati awak tinggal saya. Kalau saya kena culik tadi macam mana?”

“Hahahah… Dina. Ni kolej la. Security ada dekat mana-mana je. Lepas tu pulak, awak kan lagi hebat daripada saya. Berani ke orang nak culik awak?” aku memikirkan logiknya kata-kata Taufiq. Memang la. Tapi aku memang trauma kena tinggal macam tu je. Kalau dia ada cakap ke, tak apa la jugak. Aku segera berlalu tanpa menghiraukan Taufiq yang asyik gelakkan aku. Hish. Buat malu je. Rugged, tapi menangis. Sebaik sahaja kunci kereta dibuka, aku segera meloloskan diri ke dalam kereta. Malas aku nak hiraukan Taufiq. Sepanjang perjalanan, aku memilih untuk mengunci mulut. Sebaik sampai, aku segera masuk. Kehadiran ibu Taufiq juga tidak ku hiraukan. Namun aku sempat menangkap perbualan mereka.

“Kenapa tu?”

“Merajuk dengan abang.”

Sejak kejadian aku menangis tempoh hari, Taufiq lebih berhati-hati untuk meninggalkan aku. Bukannya aku nak jadi cengeng. Cuma aku masih tak mampu menghilangkan trauma ditinggalkan. Aku dan Taufiq menjadi sangat rapat. Ada di antara rakan-rakan yang mengatakan aku bercinta dengannya. Namun, kebenarannya, aku hanyalah teman rapatnya. Aku juga menganggap dia sebagai abangku dek umurnya yang tua tiga tahun daripadaku. Aku akui kami sangat rapat. Malah, masaku banyak dihabiskan dengan Taufiq berbanding rakan sekelasku. Aku senang berada bersamanya. Dia sangat memahamiku. Kerana dia juga aku berubah menjadi semakin lembut. Tutur kata dan tingkah laku yang lebih bersesuaian dengan seorng wanita.

“Awak. Hari ni saya nak pergi kedai buku. Awak balik dulu la. Jumpa dekat rumah.” Kata ku sebaik kami tiba di perkarangan kolej. Memang aku perlu ke kedai buku petang ini juga. Untuk mencari beberapa buku yang diminta oleh pensyarah.

“Saya tunggu awak. Kita pergi sekali.”

“Kelas saya sampai petang hari ni. Awak ada satu kelas je. Malas la. Awak balik dulu ok.” Aku tidak mahu menyusahkan lelaki itu. Biarlah aku belajar berdikari. Sampai bila aku nak bergantung pada lelaki itu? Suatu hari, aku tahu aku akan kehilangan dia juga.

“Irdina. Kalau abang cakap kita pergi sekali, kita pergi sekali. Fullstop.” Alamak. Ni yang aku malas ni. Bila dia dah start panggil nama penuh aku, lepastu biasakan diri dia abang pulak, confirm aku kena ikut cakap dia.

“Tapi saya nak…”

“It’s almost time. Kejap lagi lecturer masuk. Go!!!” hurm. Nak tak nak, terpaksa la aku shopping dengan dia petang ni. Baru la aku nak jalan-jalan sendiri, shopping apa-apa yang patut. Ni lah bila dia dah guna kuasa veto. Biar dia nerd, aku pun boleh terdiam.

Kelas petangku berakhir dengan satu tugasan daripada lecturer. Aku melangkah malas ke kereta. Aku tahu Taufiq pasti sedang menungguku. Dari jauh aku dah nampak kereta Honda Vitec miliknya. Aku juga nampak satu susuk tubuh yang sedang bersilang kaki dan berpeluk tubuh, menyandar di kereta itu. Takkan Taufiq kowt. Macam handsome terlebih je. Tapi, takkan la orang lain nak sandar dekat kereta dia. Aku mendekati lelaki itu sambil mataku cuba mengecam pemilik susuk tubuh yang agak menawan itu. Semakin dekat, mataku semakin menangkap pemiliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience