BAB 10

Horror & Thriller Completed 6299

Sementara itu, bagi menghilangkan rasa takut dan memulihkan semangat, Awang meminta Senah mencapai cakera padat bacaan Yaasin yang sememangnya berada di ruang simpanan barangan.

Senah yang semakin hairan dengan sikap Awang cuba bertanya tetapi akhirnya kembali diam selepas dilihat Awang langsung tidak mengendahkannya dan sebaliknya semakin kerap melihat cermin pandang belakang.

Dalam Senah melayan rasa peliknya tiba-tiba Awang menekan brek mengejut dan jelas pada pengetahuan mereka berdua, Awang terlanggar sesuatu.

Senah yang panik menggesa Awang keluar melihat apa yang dilanggarnya tetapi Awang berkeras enggan berbuat demikian dan mengatakan dia sebenarnya tidak melanggar apa-apa.

Pertengkaran mereka terhenti sendiri apabila tiba-tiba satu lembaga mengerikan dengan rambut panjang mengerbang, muncul dari depan kereta dan terus melayang sambil mengilai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience