Bab 4 : Kisah 2

Horror & Thriller Completed 6299

Kejadian ini berlaku ketika bulan puasa menghampiri dan selain bersiap sedia untuk memulakan ibadat puasa, umat Islam turut mengambil kesempatan mengumpul rezeki dengan berniaga di bazar Ramadan.

Tidak ketinggalan Ali yang berhasrat menjual air soya berhampiran rumahnya. Bagi tujuan itu dia membersihkan tanah terbiar berhampiran rumahnya untuk dijadikan tempat berniaga.

Di sebelah kawasan itu, tinggal seorang warga emas yang sudah kematian isteri.

Rumah usang yang diduduki warga emas itu mengundang seram sesiapa yang memandang terutama pada waktu malam kerana sudah diketahui satu kampung dia membela hantu raya.

Warga emas yang digelar orang kampung Pak Lim itu juga sudah nyanyuk dan kadang-kadang kelihatan berbogel berjalan mengelilingi rumahnya. Makan minumnya dijaga jiran yang bersimpati dengan Pak Lim.

Ali memang kenal benar dengan Pak Lim kerana dia pernah mengunjungi orang tua itu meminta dia menunjukkan makhluk peliharaannya. Dengan berpura-pura ingin menuntut ilmu sesat itu, dia berjaya memperdayakan Pak Lim memperlihatkan ketujuh-tujuh makhluk berkenaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience