BAB 6

Horror & Thriller Completed 6299

Hampir separuh hari berhempas pulas, Ali tersenyum lega melihat tanah sekangkang kera itu sudah bersih. Kini dia cuma membilang hari memulakan perniagaan air soya.

Malam itu, Ali ke rumah rakannya untuk membincangkan perniagaan mereka. Perbincangan yang disangka cuma sekejap rupanya mengambil masa panjang. Selepas jam 12 tengah malam Ali akhirnya meminta diri untuk pulang.

Dia sedikit pun tidak berasa takut menaiki motosikal untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumah rakannya. Dia sudah biasa balik ke rumah pada waktu dinihari.

Bagaimanapun, sebaik melintas kawasan baru dibersihkannya petang tadi, motosikalnya tiba-tiba berat dan enjinnya mati.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Ali menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain.

Sedang asyik tertanya sendiri, dia tiba-tiba terpandang cermin sisi dan ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar. Daripada cermin itu, dia ternampak ada makhluk duduk membonceng di belakang dengan siung yang panjangnya kira-kira sejengkal.

Ketika itu, Ali hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh menghidupkan motosikalnya. Hanya selepas melepasi kawasan itu, barulah motosikalnya kembali bergerak laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience