BAB 1 : Kisah 1

Horror & Thriller Completed 6299

Pengalaman terserempak roh mungkin biasa kita dengar dengan pelbagai catatan, termasuk dakwaan menggerunkan mengenai ‘wajah’ mereka yang sudah meninggal dunia.

Rumah Dalina terletak berhampiran dengan lebuh raya utama.

Pada satu hari kira-kira jam 7.00 petang, ketika dia bersendirian di rumah menonton televisyen, Dalina terdengar bunyi dentuman kuat. Dia berlari keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Eh! Kemalangan rupanya. Baik aku jengok jika masih ada mangsa yang boleh diselamatkan,” katanya dalam hati sambil berlari pantas ke tempat kejadian. Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dengan asap berkepul-kepul daripada bahagian depan kenderaan itu yang rosak teruk.

Dalina agak ketakutan apabila menyedari kemalangan baru berlaku. Tiang lampu mengalami sedikit kerosakan dan bengkok. Dalina tahu pemandu hilang kawalan dan melanggarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience