BAB 7

Horror & Thriller Completed 6299

Ali tidak menoleh ke belakang lagi. Dia terus memecut sehingga sampai di rumah. Ali tidak terus masuk, sebaliknya untuk beberapa minit dia terus berada di motosikalnya untuk mengumpul semula kekuatan. Berikutan itu, hasratnya untuk berniaga pada bulan puasa dibatalkan.

Beliau bukan yang pertama diusik makhluk peliharaan Pak Lim kerana sebelum itu ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepadanya.

Seorang rakan abang Ali pernah dimarah ayahnya kerana disangka ingin berjenaka apabila memberitahu tidak boleh mengangkat kereta sorong berisi tanah yang tidak seberat mana.

“Mereka sedang membersihkan kawasan berhampiran rumah Pak Lim apabila Haikal memberitahu ayahnya kereta sorong berisi tanah itu amat berat. Ayahnya menyangka dia bergurau.

“Tiba-tiba Pak Lim datang dan berkata: ‘Jangan kacau mereka’, barulah kereta sorong itu boleh digerakkan. Rupa-rupanya Pak Lim datang memarahi makhluk peliharaan yang duduk di dalam kereta tolak itu,” kata Ali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience