BAB 8 : Kisah 3

Horror & Thriller Completed 6299

Malam itu, seperti biasa, Awang menjemput anak dan isterinya selepas tamat syif bekerja. Perjalanan biasa menjadi sebaliknya apabila anak mereka yang tidur di tempat duduk belakang, kelihatan agak gelisah.

“Kenapa dengan Noor ni? Selalunya tak ada masalah. Hairan juga...,” kata Senah dalam hati yang agak hairan dengan Noor yang merengek.
Belum pun sempat memusing ke belakang, tiba-tiba Awang berkata:

“Awak jangan pandang belakang. Biarkan saja Noor,” kata Awang.

Anehnya, semakin dia ingin menoleh ke belakang, semakin tegas Awang melarangnya.

Lumrah manusia, lagi dilarang lagi ketara rasa ingin tahu, Senah lantas berpaling ke belakang kerana enggan meneruskan pertengkaran selain memujuk Noor tanpa mempedulikan apakah sebenarnya di sebalik larangan Awang itu.

Hakikatnya, tanpa disedari Senah, Awang sebenarnya sudah ternampak kelibat makhluk lain di bonet belakang, menerusi cermin pandang belakang.

Disebabkan tidak mahu Senah ketakutan, Awang melarang isterinya menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience