BAB 2

Horror & Thriller Completed 6299

Dia berjalan ke arah kenderaan untuk meninjau keadaan pemandu dan kemungkinan menawarkan bantuan apabila seorang lelaki tiba-tiba keluar daripada belakang kereta.

Dalina bertanyakan keadaannya. Lelaki berkenaan cuma berdiri tegak di situ dengan wajah keliru, mula melihat sekeliling, melihat kereta dan berlalu pergi.

Sekali lagi Dalina menjerit bertanya keadaannya. Lelaki berkenaan cuma merenung Dalina tanpa menunjukkan sebarang reaksi dan berjalan ke belakang kereta itu.

Dengan bantuan sinaran lampu jalan, Dalina nampak baju yang dipakai lelaki itu - baju biru lengan panjang, seluar khaki coklat, kasut hitam dan memakai apa yang kelihatan seperti alat pendengar atau set fon di kepalanya. Rambutnya pendek dan kelihatan dalam lingkungan awal 20-an.

Menyedari keadaan itu, Dalina masuk ke dalam rumah dan menghubungi talian 911.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience