BAB 9

Horror & Thriller Completed 6299

Sebaik Senah menoleh, makhluk berkenaan hilang dan menjelma betul-betul di depan Awang yang berusaha memandu kereta dalam keadaan terketar-ketar.

Apalagi, terkumat-kamit mulut Awang membawa ayat Kursi sambil tangannya terus mengemudi stereng dan kaki memijak pedal minyak sambil cuba bertahan sedaya mampu. Awang sedar, jika dia panik, ia hanya mengundang nahas buat mereka.

Anehnya, kenderaan itu semakin perlahan.

Seolah-olah ingin mempermainkan mereka suami isteri, makhluk berkenaan sekali lagi menghilang dan muncul di bonet belakang sebaik Senah berpaling semula ke depan.

Senah yang tidak tahu hujung pangkal, pula merungut kerana kereta mereka seolah-olah terlalu berat untuk bergerak walaupun jelas Awang menekan minyak.

Pada masa sama, dia berasakan kelainan yang ketara pada malam itu. Kesunyiannya berbeza daripada malam sebelumnya dan sesekali Senah berasa seram sejuk. Namun perasaan itu dipendamkan kerana tidak ingin mengganggu tumpuan Awang yang sedang memandu walaupun menyedari tingkah laku suaminya agak berlainan pada malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience