BAB 3

Horror & Thriller Completed 6299

Sebuah kereta peronda polis dengan dua pegawai tiba segera. Seorang pegawai menjaga kawasan kejadian manakala seorang lagi mencari mangsa. Dalina menghampiri salah seorang pegawai.

“Ya, saya yang menghubungi pihak tuan tadi. Saya mendengar bunyi dentuman kuat dan sebaik keluar, saya melihat ada nahas berlaku,” katanya dan disusuli pelbagai pertanyaan rutin pegawai berkenaan.

Tidak lama kemudian sebuah kereta bomba dan ambulans tiba. Dalina menggambarkan lelaki yang dilihatnya kepada pegawai dan bertanyakan keadaan lelaki itu.

Secara tiba-tiba, dia melihat pasukan perubatan menarik seseorang daripada kereta yang remuk itu dan mula memberikan bantuan.

Dan sepantas kilat, Dalina tergamam.

“Betul ke apa yang kulihat ni. Eh, ya lah. Inilah lelaki yang terserempak dengan aku tadi ni. Macam mana pulak dia terbaring di sini,” soal Dalina.

Dia hampir tidak mengenali pakaian yang dipakai mangsa kerana berlumuran darah.

Salah seorang pegawai perubatan menanggalkan fon kepala yang dipakai dan memaklumkan Dalina, mangsa mati serta merta kerana cedera parah.

Dalina mula takut malah pegawai yang mengambil keterangannya turut kehilangan kata-kata. Dia kini percaya yang dia melihat roh lelaki berkenaan.

Mungkinkah kematiannya yang serta merta itu menyebabkan ‘roh’ lelaki itu mempamerkan wajah keliru? Persoalan itulah yang masih melingkari benak hati Dalina biarpun kejadian itu sudah hampir sedekad berlalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience