Mian Hyunjin

Fanfiction - KPOP Completed 8871

Keesokan harinya...

Aku berjalan menuju ke arah bilik practice Skz dengan perasaan berdebar. Sebelum aku masuk aku mengambil nafas lalu membuka pintu dengan kasar yang membuatkan semua member Skz terkejut beruk.

Aku memandang Hyunjin dengan marah. Member Skz memandangku pelik.

"Yah², Hyuni kenapa ni?" tanya Hyunjin hairan.

"Tinggalkan aku dengan Hyunjin" arahku. Skz memandang sesama sendiri sebelum keluar meninggalkan aku dengan Hyunjin berduaan.

"Kenapa marah² ni?" Hyunjin semakin hairan melihat tingkahku. Takde angin takde ribut.

"Tsk, kau tanya aku kenapa aku marah? Sepatutnya kau tanya diri sendiri" ujarku dingin. Hyunjin menatapku dengan tatapan blur.

"Apa kau-"

"YAH KAU JANGAN BUAT² TAK TAHU! KALAU KAU TAK CINTAKAN AKU JUST TELL ME! TAK PERLU MAIN PEREMPUAN LAIN KAT BELAKANG AKU!" tengkingku kuat, sampai terkeluar urat² tekak ku.

"Apa yang kau cakap ni? Main perempuan lain? No Hyuni, aku cinta kau sorang je" ujar Hyunjin. Dia mahu memegang tanganku tapi aku menepisnya.

"Herh? Cinta? Sekarang kau baru nak bercakap soal cinta?" sindirku. Hyunjin menggigit bibirnya sambil tangannya dikepal.

Aku mengeluarkan telefonku lalu menunjukkan Hyunjin sedang berciuman dengan perempuan lain. Membulat mata Hyunjin bila tengok video tu.

"Kalau dah curang tu curang lah" ujarku sinis. Hyunjin menatapku tak percaya.

"Kau...Kau lebih percayakan berita tu daripada aku?" tanya Hyunjin sedih. Serius, ayat ni menusuk hatiku. Aku cuba sedaya upaya untuk cover mukaku.

"Aku tak sangka kau buat semua ni, aku nak putus!" belum sempat aku mahu berpaling tiba² Hyunjin menengkingku.

"AKU SEPATUTNYA YANG CAKAP MACAMTU! DAH JELAS KAU SEBENARNYA TAK CINTAKAN AKU! DAH KAU KELUAR DARI SINI!" tengking Hyunjin, dia mengangkat tangan membuatkan gaya 'pergi'.

Tapi aku tersalah anggap yang dia nak pukul aku. Aku mengangkat tanganku supaya aku dapat menghalang pukulan tersebut walaupun aku tau yang pasti akan sakit, aku memejam rapat mataku. Apabila aku tidak merasakan apa² aku membuka mata perlahan² dan melihat Hyunjin tak percaya dengan tindakan aku.

"Kau fikir aku nak pukul kau ke?" tanya Hyunjin terkejut. Tanpa sedar air mataku mengalir, Hyunjin mendekati diriku tapi aku menjauhinya.

"Aku taknak jumpa kau lagi" ujarku lalu berlari keluar sambil menangis. Hyunjin terkaku dengan apa yang terjadi.

Sampai di rumahku, aku merebahkan badanku ke atas katil. Sakit sangat dada aku, tak sangka yang dia sanggup tengking aku. Sampaikan aku ingat dia nak pukul aku.

Aku perlahan² mengambil telefonku lalu membuka ruang chat dengan JYP.

'Thanks for your help'-Aku

Aku menutup mataku, ni lah pengorbanan yang aku perlu lakukan untuk kebaikan aku dan Hyunjin.

------------------------
[FLASHBACK]

"Saya...Akan putus dengan Hyunjin" JYP menganggukan kepala dengan senyuman.

"Pilihan yang bagus" ujar JYP.

"Tapi, boleh tak saya nak minta tolong?" tanyaku gugup. JYP mengangkat keningnya sebelah menandakan mahu tolong.

"Tolong edit satu video yang nampak Hyunjin curang. Tak perlu sebarkannya dalam internet, just sebarkan untuk staff² Jyp" ujarku.

"Kalau nak buat camtu ok je, tapi tak menyesal ke? Taknak selesaikan dengan cara elok?" tanya JYP untuk meminta kepastian.

"Mungkin dengan cara ni, Hyunjin takkan sedih kalau saya minta putus nanti. Sebab saya tau yang dia akan benci saya nanti" ujarku dengan senyuman palsu.

[END FLASHBACK]

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience