Pilihan

Fanfiction - KPOP Completed 8871

Beberapa hari kemudian...

Seperti biasa, pukul 3:00 ialah waktu aku pulang sekolah. Apabila aku masuk dalam bilik, terus aku melemparkan beg dan diri aku atas katil.

Aku melihat ada 10 panggilan yang tak dijawab. 3 daripada nombor yang tidak diketahui dan 7 daripada Sua. Aku terus menelefon Sua.

"Annyeong Sua, kenapa kau telefon aku?"

"Annyeong, ada tak nombor yang tak dikenali call kau?"

"Ada, wae?"

"Kau call balik nombor tu ok" Sua terus menamatkan panggilan yang membuatkan aku tertanya². Tanpa membuang masa, aku terus call nombor tidak dikenali itu.

"Annyeong?"

"Annyeong Min Hyuni" aku daripada posisi baring terus duduk bila dengar suara ni.

"Jyp Pd-nim?"

"Ya, ni saya. Ada sesuatu saya nak sampaikan, kalau boleh awak datang bangunan Jyp tapi tanpa pengetahuan siapa²"

"Ok, saya akan sampai sana nanti" aku menamatkan panggilan lalu segera bangkit untuk mandi.

Selesai mandi, aku bersiap² untuk ke sana. Just ambik mase 5 minit jer untuk bersiap. Aku ni bukannya pandai makeup sangat pun, lipbalm je lah sehabis baik aku boleh pakai :)

---------------------------

Di bangunan Jyp

Aku melihat sekeliling dulu baru turun dari grab. Aku berharap sangat aku tak jumpa mana² member Skz ataupun artist yang kawan rapat dengan Skz.

Aku berjaya masuk dengan begitu mudah je dalam bangunan sebab mereka yang disitu dah tau sangat siapa aku.

Aku menekan butang lift ke tingkat 3. Sampai di tingkat 3, jantung aku berdebar kencang saat pintu lift mahu terbuka. Apabila terbuka, ada seorang lelaki di depanku.

Oh god...

"Arh, annyeong" aku menunduk sedikit tanda hormat padanya.

"Annyeong!" Bambam juga turut menunduk sedikit. Aku pun keluar dari lift takut pintu lift tertutup.

"Ni girlfriend Hyunjin Stray Kids herh?" harh sudah, dia tanya aku soalan camni mampos gue.

"Iya" aku memberikan senyuman senget. Harap² lah dia tak ingat tentang aku, al maklumlah lelaki mudah lupa HAHAHA

"Ouh, not bad" aku menjeling tajam mendengar komen Bambam yang membuatkan Bambam ketawa.

"Rilex², aku gurau je. Mian" ucap Bambam lalu menunduk beberapa kali.

"Errr oppa, saya dah kena pergi" ujarku. Bambam menganggukan kepalanya lalu dia pun masuk ke dalam lift. Aku segera berjalan menuju ke bilik JYP.

Aku mengetuk pintu bilik JYP. Tidak lama kemudian JYP membuka pintu lalu menyuruh aku masuk. Aku masuk terus duduk atas sofa tanpa disuruh.

JYP suruh masuk je bukan duduk HAHAHAHA ye² aku tahu aku beradab.

JYP duduk di hadapanku dengan muka serius yang membuatkan aku sedikit berdebar. Aku meneguk air liur perlahan².

"Ada orang tahu tak awak kesini?"

"Takdi saya terjumpa Bambam dekat lift" kedengaran JYP sedikit mengeluh.

"Abaikan dia dulu, saya suruh awak datang sini sebab Hyunjin" aku menelan air liur yang pahit. Memanglah sebab Hyunjin, takde sebab lain dah.

"Dengar ni and fikirkan elok². Awak tahu kan Hyunjin tu idol?" aku menganggukan kepala perlahan². Mesti lah aku tau astagaaaa

"Ok yang saya perhati sejak awak couple dengan Hyunjin, Hyunjin macam tak fokus. Lagi² kalau awak gaduh dengan dia. Kalau awak tak sihat Hyunjin semakin tak fokus, banyak kali dia tersalah masa atas stage. Nasib baik dia pandai cover"

JYP berhenti sekejap bercakap, aku menelan air liur sebab aku macam boleh agak apa yang JYP nak suruh aku buat. Aku bermain² dengan jariku, aku tahu yang JYP sedang tenung aku.

"Jadi saya nak awak putus dengan Hyunjin"

Yah, aku boleh tahu yang JYP nak cakap macamni. Aku memberanikan untuk mengangkat muka.

"Kalau saya taknak?" tanyaku sedikit gugup. JYP mengeluh sebelum menjawab.

"Saya terpaksa keluarkan Hyunjin dari agensi" bulat mata aku mendengar jawapan JYP. Aku menyandarkan badanku ke kerusi sambil meraup kasar wajahku.

"Sebabtu saya suruh awak fikir elok²" ujar JYP. Aku nak nangis tapi tahan je. Bukan sebab apa, tapi aku boleh bayang Hyunjin menangis bila aku putuskan dia nanti.

Aku menarik nafas dalam², demi Hyunjin dan demi aku. Aku pun masih pelajar, Hyunjin pula jauh lagi perjalanan dia sebagai idol.

"Saya...Akan putus dengan Hyunjin"

••••••••••••••••
@HAPPY LEE KNOW DAY!!!!! :-]

Share this novel

K Monalissa
2020-10-26 19:49:04 

sambungan seterusnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience