Seperti yang dijanjikan Hyunjin, aku dan dia keluar date selepas promosi Lavanter tamat. Kami berjalan² di taman.
"Waeyo?" aku bertanya pada Hyunjin bila aku sedar yang Hyunjin menatapku.
"Ah, ani...Biasanya aku tengok kau pakai baju oversize dengan seluar or skirt warna warni. Tapi sekarang kau pakai baju dan seluar hitam. Siap pakai topi and mask hitam plak tu" ujar Hyunjin. Aku menyorokkan keresahanku bila Hyunjin sedar semua tu.
"Ouh, warna fav aku sekarang warna hitam" ujarku sedikit gagap. Hyunjin menatapku dengan pandangan risau.
"Hyuni, kalau kau ada masalah just bagitahu aku. Aku dah lama perhatikan kau tak senang duduk selama beberapa harini" ujar Hyunjin risau. Aku mengelengkan kepala tanda aku ok.
"Gwaechana" ujarku sambil menepuk bahu Hyunjin lalu sambung berjalan. Aku terdengar yang Hyunjin mengeluh.
Sorry Hyunjin, aku takut nak bagitahu kau semua ni...
------------------------
Di rumah...
Selesai mandi, aku menghempaskan badanku ke atas katil. Korang faham tak rasa tak selesa tipu orang? Lagi² tu boyfriend kita.
Tiba² telefonku berbunyi. Ia membuatkan aku takut bila aku tengok nombor tidak dikenali. Aku perlahan² mengangkat panggilan tersebut.
"Annyeong?"
"Hello honey, dah lama kita tak jumpa" suara ni, suara yang paling aku takutkan selamani.
"Kau nak apa lagi?"
"Kau tahu aku psycho kan? Bila dah nama psycho, kau lari lah mana² negara pun tapi aku tetap dapat tangkap kau. Dah lah tu lari, takde gunanya. Mari kita cipta keluarga baru bersama²" ujarnya.
Aku mengetap gigiku. Semua perasaanku bercampur aduk sekarang, takut, marah, panik harh macam².
"Aku dah cakap aku taknak kat kau!"
"Aku tahu, ni sebab mamat yang tinggi tu kan?" no³, jangan cakap Hyunjin.
"What do you mean?"
"What he name? Hwang Hyunjin?"
"BAIK KAU JANGAN APA²KAN DIA!"
"Jadi betullah sebab dia?" aku mengetap gigiku geram dengan si Kamarul ni.
"Kalau kau taknak aku cederakan dia, kau kena ikut cakap aku dulu" aku menggempal tanganku. Aku menarik nafas sebelum menjawab.
"Apa?"
"Kau kena couple dengan aku and kahwin dengan aku" terbuntang mata aku.
"PEBENDA KAU MENGARUT SIAL?! AKU DAH COUPLE DENGAN HYUNJIN LAH!" tengkingku. Kedengaran Kamarul ketawa di hujung talian.
"Aku tak kesah, antara Hyunjin kesayangan kau tu cedera or couple dengan aku. Aku tunggu kau kat taman esok, kalau kau tak datang aku akan cederakan dia" ujar Kamarul lalu meletak panggilan.
Telefonku jatuh dari tanganku. Patut ke aku bagitahu Hyunjin? Tak, aku taknak Hyunjin risau pasal hal ni. Tapi takkan aku nak couple dengan dua orang sekaligus?
Eheks, playgirl...
--------------------------
Keseokan harinya...
[HYUNJIN POV]
Aku menelefon Hyuni tapi tak dapat. Hish budak ni kalau camni baik tak payah pakai telefon. Nasib aku sayang, kalau tak dah lama keluar perkataan carut dari mulut aku ni.
Aku berjalan di sekitar taman. Aku melihat ramai pasangan couple, tiber rasa diri ni single. Huhuhu
Sedang aku berjalan², aku ternampak pasangan couple ni. Mula² aku buat tak endah je, tapi aku tertarik dengan perempuan tu. Aku bukan tertarik sebab minat herh, aku tertarik sebab aku rasa macam kenal dia.
Aku perlahan² mendekati mereka lalu bersembunyi di belakang pokok. Bulat mata aku bila aku sedar yang perempuan tu ialah Hyuni.
"Aku cakap aku taknak kat kau lah!" tengking Hyuni yang membuatkan aku sedikit terkejut. Tak pernah aku nampak dia semarah ni.
"Tapi kau datang sini, maksudnya kau nak aku" ujar lelaki tu pula.
"Kau paksalah aku sampai camne pon, dalam hati aku ni just ada Hyunjin! HWANG HYUNJIN!" uish Hyuni sebut nama aku.
Sebenarnya kan, aku lansung tak faham apa dieorang cakap. Dieorang cakap bukan bahasa korea, macam mana aku nak faham?
Tapi yang aku faham kat situ ialah nama aku. Kenapa nama aku ada kat situ?
Aku nampak Hyuni berpaling untuk pergi. Tapi ditarik balik oleh lelaki itu yang membuatkan mukanya dan muka Hyuni berada sangat dekat.
Maybe just jarak 1cm?
"I love you Hyuni" ujar lelaki itu lalu mendekati bibirnya dengan bibir Hyuni.
Dah aku apa lagi kan?
Aku mendekati mereka lalu menolak kasar lelaki itu. Lelaki itu melihatku dengan senyuman sinis.
"Well³, tengok lah siapa yang datang" ujarnya dengan sinis. (Ok start dari ni, dieorang cakap korea)
"Kau siapa?" tanyaku sambil menggempal tanganku. Pantang kebenor aku ada orang usik Hyuni aku ni.
"Aku ialah boyfriend Hyuni, takkan kau tak tahu?" jawapan itu membuatkan aku terkejut lalu memandang Hyuni yang berada di sampingku.
"Tak! Bukan!" Hyuni menggoncang lenganku dengan mata yang berair. Aku kembali memandang lelaki itu.
"Whoa, jinjja? Kau bukan girlfriend aku? Takdi kau cakap dengan 'Hyunjin bukan sape² bagi aku, HWANG HYUNJIN'. Kan?" ujar lelaki itu dengan senyuman yang sungguh mengjengkelkan.
Hati aku, rasa sakit...
"Hyunjin, bukan macamtu biar..." belum sempat Hyuni menghabiskan ayat nya, aku menarik Hyuni pergi dari situ.
Hyuni memandang lelaki itu tapi aku memusingkan kepalanya supaya pandang arah lain.
Aku akan percayakan Hyuni, she is my girlfriend right? :-)
Share this novel