Sekolah

Fanfiction - KPOP Completed 8941

5 bulan kemudian...

Aku bersiap² untuk pergi sekolah. Aku menarik nafas dalam². Camne aku nanti herh? Ok tak aku cakap korea?

Tanpa membuang masa, aku mengambil beg lalu turun ke tingkat bawah.

"Dah sedia pergi sekolah?" tanya abah. Aku mengangguk.

"Mari lah sarapan dulu" ujar ibu. Aku mengelengkan kepala.

"Taknak, dah lewat. Hari pertama mana boleh lewat kan?" ujarku dengan sengihan. Ibu pula hanya mengelengkan kepalanya.

"Ok lah kalau macamtu. Nanti, kalau kamu cakap korea pastu rasa salah tak perlu hiraukannya. Kawan² kamu mesti akan faham" ujar ibu. Aku menganggukan kepala lalu memakai kasut.

Selepas memakai kasut, aku pun masuk ke dalam kereta. Aku melihat pelajar² sekolah yang tengah berjalan. Ada pakai baju warna biru, kelabu, kuning dan lain². Aku cuba mencari pelajar pakai baju warna putih yang sama dengan aku, tapi sedikit sahaja yang aku jumpa.

[HIGH SCHOOL INTERNATIONAL SEOUL KOREAN]

Iyap, mak aku hantar kat sekolah international sebab tak percayakan aku boleh cakap korea. Aku pun bersyukur sebab masuk sekolah international, taklah malu sangat kalau salah cakap korea nanti.

Sampai di depan sekolah, aku pun turun. Aku melihat ada seorang budak tengah berdiri di hadapan pintu pagar sekolah. Setiap kali ada pelajar masuk, dia akan menyapanya.

Bila aku nak masuk, dia pun sapa aku.

"Annyeong, awak pelajar baru ke?" tanya budak itu. Aku menganggukan kepalaku.

"Awak berasal dari korea ataupun dari luar negara?" tanya dia lagi.

"Saya berasal dari Malaysia" balasku. Mukanya bagaikan terkejut.

"Whoa jinjja? Tak ramai pelajar yang berasal dari Malaysia sekolah kat sini" ujarnya teruja. Aku hanya memberikan senyuman.

"Mari saya tunjukkan di mana bilik guru, kkaja" dia terus menarik tanganku. Aku pula hanya mengikutinya.

"Yuha! Tolong jaga pintu pagar jap, aku nak pergi tunjuk mana bilik guru!" arahnya. Pelajar yang bernama Yuha itu mengangguk lalu pergi ke arah pintu pagar.

Di koridor, aku lihat pelbagai pelajar dari negara luar. Yang aku boleh cam asal dari Amerika, Brazil dan Australia. Yang lain aku tak boleh cam. Tapi yang asal Korea pun ada sekolah kat sini. Aku juga ada melihat yang memakai hijab.

"Hermmm awak cakap pelajar Malaysia sikit, anggar² berapa orang?" tanyaku ingin tahu. Susah arh cam gini kalau orang Malaysia sikit.

"Mungkin dalam 9 atau 10 orang? Tak tahu lah sebab boleh kira dengan jari je" ujarnya. Aku mengangguk, sikitnya.

"Oh ya, nama awak apa? Nama saya Park Jiu" dia perkenalkan diri sambil menghulurkan tangan untuk berjabat.

"Selamat berkenalan, nama saya Min Hyuni" aku menyambut huluran tangannya. Dia senyum dan aku membalas senyumannya.

"Eh, ppali². Dah kena masuk kelas ni" ujar Jiu. Aku mengangguk lalu kami pun pergi bersama ke bilik guru.

Sampai di bilik guru, Jiu menunjukkan yang mana cikgu Kim lalu dia pun menunggu di luar bilik guru. Aku pun pergi kat cikgu Kim.

"Annyeong cikgu, nama saya Nur Hannie Nabila binti Ahmad Hafiq. Nama korea saya Min Hyuni, saya asal Malaysia" cikgu Kim memandangku dengan senyuman.

"Annyeong Hyuni, welcome to Korea and welcome to High School International Seoul" sbut cikgu Kim.

"Kamsahamnida" aku menunduk hormat dengan senyuman.

"Baiklah, kamu akan masuk ke kelas 4/2. Cikgu yakin yang kamu dah kenal dengan Jiu kan? Jiu akan tunjukkan di mana kelas 4/2" ujar cikgu Kim. Aku menganggukan kepala.

Cikgu Kim memberikan aku beberapa maklumat tentang sekolah, aku menunduk hormat lalu keluar dari bilik guru.

"Saya kelas 4/2"

"Ouh, kelas 4/2 di tingkat 3. Mari saya tunjukkan" ujar Jiu lalu menarik tanganku. Selalu tarik tangan aku, nasib sama² perempuan kalau sama² lelaki apa lah orang fikir nanti.

Beberapa minit kemudian, kami pun sampai di tingkat 3.

"Ini ialah kelas awak, jap saya masuk" Jiu pun masuk ke dalam kelas. Aku melihat dia menepuk tangannya supaya semua di dalam kelas itu memberikan perhatian. Selesai bercakap, dia mengangguk kepadaku. Aku pun masuk.

"Annyeong, nama sebenar saya Nur Hannie Nabila binti Ahmad Hafiq. Nama korea saya Min Hyuni, awak semua boleh panggil saya dengan nama Hyuni. Saya berasal dari Malaysia.Mannaseo bangabseubnida (selamat berkenalan)"

"Mannaseo bangabseubnida!" jerit satu kelas yang membuatkan aku sedikit malu tapi aku tetap senyum.

"Baiklah, awak boleh duduk sebelah..." belum sempat Jiu menghabiskan ayatnya, ada seseorang mengangkat tangan.

"Here!²" jeritnya. Jiu senyum lalu menyuruhku duduk di sebelahnya. Aku pun pergilah duduk di sebelahnya.

"Ok, terima kasih kerana memberi kerjasama" ujar Jiu. Jiu senyum kepadaku sebelum keluar dari kelas.

"Annyeong! Song Yohwa imnida!" sapanya dengan semangat.

"Annyeong, nice to meet you" sapaku kembali dengan senyuman.

"Uwow, first time saya dapat kawan Malaysia. Selama ni saya selalu dapat kawan asal Amerika, Jepun dan Cina. Paling ramai Jepun lah" ujarnya. Aku hanya meng'oh'kannya sebagai balasan.

"Aku ada kawan sorang lagi tau, tapi dia kelas 4/3. Bengap sikit dari aku, dia pun asal Korea" ujarnya. Aku menganggukan kepala, banyak lah kawan aku nanti.

"Nanti rehat aku perkenalkan kau dengan dia"

"Ok!"

••••••••••••••••
@Weh, lama amat watak utama nak keluar •_•
@Diminta bersabar ya :-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience