Dah nak masuk 2020, pelbagai cabaran kami hadapi di bulan 12 ni. Seperti JYP beritahu, ramai Stay tak puas hati dengan aku. Tapi sebab mereka nak Hyunjin bahagia, jadi Stay pun jaga aku.
JAP JAP AKU NAK TERHARU HAHAHA
Kamarul pun dah lenyap entah kemana. Agaknya dah meninggal, kalau ye nasib. Dengar cam tak baik kan doakan orang mati? Biar arh, aman skit hidup aku.
31/12/2019, 11:00 malam
Hyunjin tiba² menelefonku lalu meminta aku pergi kat Sungai Han. Apabila aku tiba di sana, aku lihat ramai yang berkumpul untuk menyambut tahun baru.
Aku mencari² mana si Hyunjin ni. Aku pun ternampak seorang lelaki yang tengah membeli tanglung.
"Jinnie?" aku memanggil Hyunjin dengan panggilan manja. Kalau dia berpaling maksudnya tu dia, kalau tak harh bukan dia lah.
Lelaki itu berpaling lalu senyum kepadaku. Yap, tu ialah Hyunjin. Tapi yang aku pelik dia tak pakai mask, aku bukan kemain pakai mask ngan topi.
"Aik, kau tak pakai mask?" tanyaku sambil melihat orang di sekeliling. Kebanyakkannya macam kiteorang, pasangan couple.
"Tak, nanti masa masuk tahun baru boleh lah kau tengok muka aku yang handsome ni" ujar Hyunjin lalu meraupkan rambutnya ke belakang. Aku membuat muka meluat walaupun sebenarnya aku dah hampir pengsan tengok kekacakan dia.
Selesai membeli tanglung, kami mencari tempat untuk kami berdua. Hyunjin perlahan² menganggalkan mask dan topiku.
"Jangan lah pakai topi and mask, macam mana aku nak tengok muka cantik kau masa masuk tahun baru nanti?" aku terus tersenyum malu yang membuatkan dia tergelak kecil.
Kami menunggu sambil berbual. Apabila sampai masanya, kami membakar tanglung.
"3 2 1, SELAMAT TAHUN 2020!" serentak semua yang berada di situ melepaskan tanglung mereka termasuklah kami.
"Aku harap hubungan kita kekal sampai bila²"
"Aku harap kita akan bahagia sepanjang kita bersama"
Aku melihat tanglung bertebangan dengan cantik hingga tak sedar yang Hyunjin menatapku. Bila aku sedar, aku terus memandangnya.
"Waeyo?" tanyaku. Tapi Hyunjin terus menatapku membuatkan aku sedikit takut.
"Kenapa kau cantik sangat malamni?" soalan Hyunjin membuatkan aku sekali lagi malu. Muka aku dah membahang.
Hyunjin mendekati mukanya ke mukaku. Jantung aku dah hampir tercabut sebab berdegup kuat sangat. Aku cuba mengawal diriku.
Dekat, semakin dekat...
Lalu bibirku disentuh lembut dengan bibir Hyunjin. Ini ialah first kiss yang selalu aku harapkan! Aku takkan lupakan perkara ni, nanti aku nak cerita kat anak² aku HAHAHHAA
••••••••••••
@Weh, aku x tau pesal aku buat bab Kamarul...Kadang² idea datang tu tp mengarut tp aku nak tulis gak jadi lari sikit dari tajuk. Sorry :-/
@Takpe arh kan? Asalakan korang enjoy ^_^
Share this novel