Lelaki di Kedai Caffee

Fanfiction - KPOP Completed 8871

"Annyeong, nama saya Yang Juhyeon" Juhyeon perkenalkan dirinya selepas melihatku. Aku berjabat tangan dengannya, aku dah tak perlu perkenalkan diri aku sebab Yohwa dah perkenalkan diri aku kat dia.

"Jom keluar petang ni, kedai Street Korea Caffee herh?" cadang Yohwa. Juhyeon dan aku hanya mengangguk.

"Elok lah tu, boleh lah Hyuni cerita pasal Malaysia" ujar Juhyeon. Aku mengangguk sambil ketawa halus.

"Ok"

---------------------

Sampai di kedai caffee pebenda nama dia sebut takdi, kiteorang pun pilih tempat. Kami memilih tempat duduk di sebelah lelaki yang tengah bermain telefon.

"Biar aku pergi beli, aku belikan amerikano je lah untuk kita tiga orang" ujar Yohwa. Aku dan Juhyeon menganggukan kepala.

Aku merasakan yang lelaki di meja sebelah memerhatikan aku. Bila aku berpaling, mata kami bertembung.

"Hyuni, tengok ape tu?" tanya Juhyeon, aku tersentak. Lelaki itu terus berpaling ke arah lain, termasuklah aku.

"Kau kenal ke lelaki tu?" aku dengan cepat mengelengkan kepala.

"Tak, aku baru kenal Jiu, Yohwa dengan kau semenjak aku sampai Korea" ujarku bersungguh. Juhyeon menganggukan kepalanya.

"Amerikano dah sampai!" Yohwa pun meletakkan tiga air amerikano di atas meja lalu dia pun duduk di sebelah Juhyeon.

"Ok! Cerita kat aku tempat dan benda menarik di Malaysia" mata Yohwa yang bersinar yang membuatkan aku ketawa kecil.

"Yah², janganlah bersungguh sangat" ujar Juhyeon lalu menepuk bahu Yohwa. Yohwa tersengih² seperti kerang busuk.

Aku pun menarik nafas lalu menceritakan benda² yang menarik di Malaysia. Mereka berdua mendengar dengan khusyuk. Kami hanya menghabiskan masa di kedai caffee itu dengan ceritaku sepanjang aku berada di Malaysia je.

"Weh, dah pukul 6. Jom balik, marah di eomma aku nanti" ujar Juhyeon. Aku, Yohwa dan Juhyeon pun bangun lalu keluar dari kedai.

Aku pun berpisah dengan Yohwa dan Juhyeon di persimpangan jalan. Semasa aku berjalan, aku mahu melihat instagram sambil² berjalan. Aku pun meraba² poket bajuku.

Takde weh

Oh sh*t...

Aku segera berlari ke kedai caffee takdi. Apabila aku sampai, aku melihat lelaki yang duduk di meja sebelah takdi sedang memegang telefonku. Aku pun mendekati lelaki itu.

"Hermmm, encik tu telefon saya" ujarku. Lelaki itu memandangku lalu memandang telefonku kembali.

"Can i ask you something?" tanya lelaki itu. Aku mengangguk mengangguk perlahan². Situasi ni menjadi sedikit pelik ya.

"Siapa lelaki kat lockscreen ni?" lelaki itu menunjukkan wallpaper lockscreen ku iaitu seorang lelaki yang sedang memegang seekor anjing.

"Hyunjin Stray Kids" selamba je aku jawab.

"Kenapa letak gambar dia?" ish lelaki ni, banyak tanya plak. Ikut suka hati aku lah, boyfriend khayalan aku. Ko mane tahu

"Dia future husband aku tau, kau ape tahu?" balasku dengan keyakinan. Padahal dalam hati rase nak lari, tinggal je lah lelaki ni. Malu woi

Kedengaran dia ketawa. Sampai hati dia ketawa? Biasalah kan perempuan? Imaginasi perempuan tu tinggi, hish. Skarang muka aku dah merah.

"Kau tahu? Aku pun Stay. Jom jadi kawan" ujarnya. Aku berfikir sejenak, aku baru je jumpa lelaki ni.

"Don't worry, i am good guy" ujar lelaki itu. Aku masih berfikir. Lelaki itu mengeluh lalu berdiri mendekati aku.

"Kalau tak percaya, kita jumpa lagi esok" bisiknya. Weh boleh dengar dia nafas, panas telinga aku sebelah.

"Tu pun kalau kau nak kawan dengan aku" sambungnya lalu dia pun pergi. Aku melihat telefonku ada di atas meja, aku pun ambil lalu segera balik ke rumah.

Dalam perjalanan, aku masih lagi terfikir lelaki itu. Kenapa suara dia macam familiar herh?

••••••••••••••••
@Aku nak bagitahu yang lelaki tu pakai topi and mask, jadi Hyuni tak nampak lah muka dia. K bye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience