K A M A R U L

Fanfiction - KPOP Completed 8871

Kesesokan harinya...

Harini hari Ahad, bosan betol hidup aku. Aku cuba bayangkan kalau lah aku tak jumpa Hyunjin, mesti hidup aku lebih membosankan.

Kalau korang tanya pasal Yohwa and Juhyeon, mereka berdua sama² pergi luar negara. Al maklum lah, cuti akhir tahun ni sape je yang tak pergi bercuti? Aku je yang duduk rumah sebab abah busy.

Tiba² telefonku berbunyi, eih telefon aku ni selalu berbunyi tepat pada masanya. Aku terus menjawab panggilan.

"Hello!" aku terus melihat nombornya kerana ia sebut 'hello' bukan 'annyeong'.

-60xx-xxx xxxx

AKU BOLEH AGAK SIAPA NI!!!

"TASYA?!"

"HANNIE!!!" serius, aku rasa nak nangis sekarang. Aku rindu sangat Tasya and Aina. Aku pun berbual lah dengan Tasya.

"Tasya, kau ambik kat mane nombor aku ni?"

"Ada sorang tuh kawan kau asal korea bagi kat aku nombor kau. Pebenda herh nama dia? Tak silap aku Yohwa" terbuntang mata aku bila mendengar penjelasan Tasya.

"Kau biar betul?"

"Buat apa aku nak tipu kau?"

"Camne dia boleh kenal kau?"

"Entah lah, kiteorang jumpa kat supermarket. Yohwa cakap yang dia pernah nampak gambar aku dalam bilik kau. Sebabtu dia boleh tahu yang aku ni kawan kau" aku mengangguk faham, walaupun aku tahu yang Tasya tak nampak pun aku angguk.

"Uish, tak sangka kau letak gambar aku herh dalam bilik kau"

"Aku letak gambar kiteorang bertiga. Nanti kalau aku ramai kawan, taklah aku lupakan korang"

"Awww, sweet!" aku dan Tasya pun ketawa bersama². Aku pun berbual lah dengan Tasya sampai petang then aku pun tidur sampai esok.

Ok, aku tahu aku pemalas, K bye.

---------------------------

Keesokan harinya...

Aku terbangun dari tidurku kerana bunyi telefonku yang berdering minta diangkat. Aku dengan begitu malasnya mengangkat.

"WOI²" aku menjauhkan sedikit telefon dari telingaku. Boleh pekak telinga aku pagi² buta ni.

"Pebenda woi?!"

"Kamarul!" terus luas mata aku bila dengar nama lelaki psycho tu.

"Kenapa dengan dia?"

"Dia pergi Korea semata² nak cari kau" tangan aku dah ketar, peluh mula mengalir dari atas dahiku.

"Tasya..."

"Hannie, kau kena berhati² kat sana tau. Jangan keluar rumah" pesanan yang Tasya beri kepadaku membuatkan aku semakin panik.

"Ok²" aku menutup telefonku. Aku melihat ke luar tingkap, mana tau lelaki tu ada kat luar.

Sebelum korang tanya aku sape Kamarul, baik aku bagitahu. Kamarul dulu nak kat aku, tapi aku reject dia. Tapi bila dah nama psycho, dia sanggup buat apa² je demi dapatkan aku. Aku belum bagitahu mak dan ayah aku tentang perkara ni.

Aku dengar yang dulu dia dah pindah, sejak dari tu hidup aku kembali tenang. Tak sangka dia akan kembali lagi.

Aku cuba menelefon Hyunjin untuk bagitahu perkara ni, tapi dia tak angkat. Aku mengeluh panjang.

Nampak gaya nya aku kena kurung diri aku dalam rumah lah ni.

-------------------------

Beberapa hari kemudian (hari comeback Stray Kids)
[HYUNJIN POV]

_Masa nak naik stage_
Aku mendengus geram lepas berkali² telefon Hyuni tapi tak angkat. Pelik arh, jangan cakap dia merajuk? Lepas dia datang tempat syuting haritu, dia dah tak datang jumpa aku.

"Hyunjin, kita dah nak naik stage ni" ujar Bang Chan. Aku menatap telefonku sebelum pergi bersama Stray Kids naik stage.

Semasa kami persembahkan lagu 'Lavanter', aku nampak seseorang yang aku rindui sangat. Dia di dalam kalangan penonton di bawah.

Hyuni senyum ke arahku sambil memegang light stick Stray Kids. Aku membalas senyumannya dengan smirk, aku tau dia akan tergoda huehuehue.

Selesai persembahan, aku dan member Stray Kids yang lain pun masuk kembali dalam bilik persalinan. Aku mencari mana kelibat Hyuni tapi tak jumpa.

Ok, sekarang aku tak pasti yang tu betul ke tak Hyuni. Mana tahu aku terbayang muka dia sebab rindu dia. Boleh jadi gak.

Aku pun duduk lalu melepaskan keluhan berat. Aku baru excited nak jumpa baby boo aku takdi.

Tiba² aku merasakan ada tangan yang memelukku dari belakang.

"Are you miss me?"

----------------------------
[BACK TO HYUNI POV]

"Are you miss me?" bisikku di telinganya. Hyunjin segera berpaling ke arahku. Dia terus berdiri lalu memelukku.

"HYUNI!!!" jerit Hyunjin gembira. Aku membalas pelukkannya. Hyunjin melepaskan pelukan lalu memandang tepat ke dalam mataku.

"Kau merajuk dengan aku ke?" tanya Hyunjin. Aku membuat muka hairan, bila masa pulak aku merajuk dengan dia ni?

"Jap², kenapa aku nak merajuk dengan kau?" tanyaku hairan. Seingat aku takde plak dia buat salah dengan aku.

"Alah! Yang kau tanya aku tu busy ke tak, lepas aku jawab busy kau sedih kan? Kau mesti marah dengan aku kan?" pening kepala aku bila dia tanya 'kan'² ni.

Tapi aku cuba ingat balik masa kali terakhir aku jumpa Hyunjin. Bila aku ingat, aku terus menepuk tanganku.

"Ouh! Hahaha taklah, aku tak merajuk pun. Aku dan keluarga aku balik Malaysia. Kat Malaysia mana boleh guna nombor Korea kan? Sebabtu aku tak call kau and kau tak boleh call aku" Hyunjin mengangguk apabila mendengar penjelasanku.

"Ouh, lain kali beritahu lah awal²" ujar Hyunjin lalu menghembuskan nafas lega. Aku ketawa halus melihatnya, baru tahu takut kalau aku merajuk.

"Ok, lepas promosi ni aku janji aku akan habiskan masa dengan kau je" ujar Hyunjin. Aku perlahan² menganggukan kepala dengan senyuman.

Tapi di balik senyumanku ada seusatu yang Hyunjin tak tahu...

••••••••••••••••
@Weh, aku tak tahu yang betul ke x org panggil 'bilik persalinan'. Kalau salah aku tak tahu AHHAHAHA

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience