Pindah

Fanfiction - KPOP Completed 8941

Kringgggg

Loceng yang menandakan waktu pulang sudah berbunyi. Aku pun menyumbat semua buku dan kotak pensil aku dengan begitu sahaja ke dalam beg. Al maklumlah, nak balik awal.

"Hanie, jom balik" Aina dan Tasya sudah berdiri di depan meja aku. Aku mengangguk lalu menggalas beg.

"Banyaknya kerja sekolah harini" ujar Tasya dalam perjalanan pulang. Aku dan Aina mengangguk laju.

"Lagi² math, haih" keluhku. Malas betul aku dengan subjek math ni. Aku dah lah tak berapa pandai math.

Sampai di rumahku, aku pun membuka pintu rumah. Aku melihat ibuku sedang memasak di dapur.

Mestilah di dapur kan? Takkan lah kat ruang tamu.

"Dah balik anak ibu?" ibu membasuk tangan lalu mendekati ku.

"Macam mana sekolah harini?"

"Macam biasalah, belajar lepastu dapat kerja sekolah" balasku. Ibu mengangguk.

"Kamu pergi mandi and then turun makan ya. Cepat sikit, abah cakap ada benda penting yang nak diberitahu" ujar ibu. Aku mengangguk lalu terus berlari ke arah bilikku.

Selesai bersihkan diriku, aku pun turun ke bawah. Abah dan ibu dah ada di meja makan. Aku pun duduk di depan ibu sedangkan abahku duduk di tengah².

"Apa yang penting sangat awak nak cakap tu?" tanya ibu. Aku mendengar sambil makan, makanan lebih penting sekarang ni.

"Abah akan sambung belajar untuk jadi dokter" terus terbatuk aku mendengar penjelasan ayahku. Aku pun mengambil air.

"Ouh, baguslah tu" ujar ibu lalu mahu mengambil lauk.

"Kita kena pindah" ujar ayah yang membuatkan aku tersedak.

"Hannie" panggil ibu sambil menatapku tajam. Aku pula hanya tersengih² seperti kerang busuk.

"Kita kena pindah mana? Kedah? Terengganu?" tanya ibu. Abah mengelengkan kepalanya.

"Kita kena pindah luar negara" terbuntang mata aku mendengar jawapan abah.

"Negara mana?" tanya ibu ingin tahu.

"Kita kena pilih antara Australia, Indonesia atau Korea"

"Saya rasa lebih elok pilih Indonesia sebab bahasa melayu dan indon tak jauh sangat, jadi kita pun mudah kalau duduk sana"

"Kalau saya rasa baik pilih Australia. Boleh lah speaking"

"Tapi saya tak pandai speaking"

"Kita belajar lah, lagipun kita tak pandai sangat bahasa indon kan?"

"Saya pandai lah"

"Masalahnya saya pula yang tak pandai"

"Kalau ibu dan abah dah pandai bahasa indon dan english, apa kata kita pindah Korea? Boleh belajar bahasa baru" ibu dan abah memandangku.

"Hermmm, betul jugak kata Hannie tu" ujar abah. Ibu juga mengangguk mendengar cadanganku.

"Baiklah, kita akan pindah Korea" ujar abah. Aku cuba sedaya upaya supaya tak senyum. Aku cepat² makan lalu mahu masuk ke dalam bilikku.

"Hannie, kita akan pindah minggu depan. Kemas sekarang barang² kamu" ujar abah. Aku mengangguk lalu masuk ke dalam bilikku.

Aku masih termenung dalam bilikku. Tak percaya, ni mimpi atau realiti yang aku akan pindah Korea? Aku pun mencubit pipiku.

Auch

Aku terus melompat gembira sebab ni bukan mimpi. Aku segera mengemas barang²ku. Apabila letih, aku pun duduk di atas katil.

Aru barulah sedar sesuatu, macam mana dengan Aina dan Tasya nanti? Aku segera mengambil telefonku lalu membuka Whatsapp group.

'Aku nak jumpa korang kat taman sekarang'-aku

'Kenapa?'-Tasya

'Alah, aku akan bagitau nanti. Jumpa korang kat sana!'-aku

'Kepelikan'-Aina

Aku menutup telefon lalu bersiap² untuk pergi ke taman. Dalam perjalanan aku ke taman, aku membeli air yang dijual di tepi jalan.

Aku pun menunggu mereka di bangku sambil bermain telefon.

"Heyyo!" sapa Tasya. Aina berada di sebelahnya.

"Heyy, duduk²" pelawaku. Tasya dan Aina duduk di sebelahku.

"Pesal nak jumpa?" tanya Aina. Aku mengambil nafas dalam² sebelum aku menjawabnya.

"Aku kena pindah Korea minggu depan" balasku. Membulat mata mereka apabila mendengar jawapanku.

"Serius arh?" tanya Tasya terkejut. Aku mengangguk laju.

"Kau nak tinggalkan kiteorang?" tanya Aina sedih. Muka Tasya turut menjadi sedih.

"Aku pindah pun sebab pekerjaan ayah aku, kalau tak aku takkan pindah pun. Aku taknak tinggalkan korang" ujarku sedih.

"Memang dah jodoh kita berkawan sampai sini, nak buat macam mana kan?" ujar Tasya yang nampaknya berfikiran positif. Aina mengangguk perlahan².

"Sokey lah Hannie. Btw, harini ke kau last sekolah?"

"Esok hari terakhir aku pergi sekolah. Lepastu, aku akan uruskan surat² pindah sekolah semua tu" balasku. Aina dan Tasya hanya mengangguk.

"Ok, kau kena kemas barangkan? Jom balik, kau nak kiteorang tolong kau kemas barang tak?" tanya Aina. Aku mengelengkan kepalaku.

"Takpelah, barang aku sikit je" ujarku. Mereka berdua mengangguk. Kami pun pulang ke rumah masing².

•••••••••••••••
@Aku nak bagitahu korang yang tarikh dalam cite ni ialah awal tahun 2019. K bye

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience