BAB 6

Romance Completed 2703

Setahun sebelum itu…

Tamara sudah lelah untuk terus berbohong dan hidup dalam penipuan. Mungkin bagi sesetengah orang dia naif. Tapi bukan itu yang mengganggu gugat keyakinannya saat itu. Apakah mencari masa depan di bumi Indonesia itu sukar, bukankah Indonesia negara yang besar. Kenapa ibu dan ayahnya terlalu paranoid dengan negara sendiri. Tidak, kali ini Tamara enggan patuh pada arahan tidak logik kedua orang tuanya.

Tamara nekad untu menyerah diri pada pihak polis dan hanya itu sahaja caranya agar dia dapat berhenti menjalani hidup yang penuh kepuraan itu.

Sejak kebelakangan ini pihak berkuasa sering mengadakan operasi membanteras pendatang tanpa izin dan Tamara merasakan sudah tiba waktunya untuk dia bertindak.

Langkahnya perlahan tapi tujuannya tetap nekad, dia memotong jarak antara dia dan sekumpulan polis di kompleks membeli belah itu yang sedang sibuk menyoal kad pengenalan beberapa pengunjung yang kelihatan mencurigakan.

Ketika seoang polis bertanda nama M. Bilal, menghampirinya tak semena-menana segala keberanian dan semangatnya yang meluap-luap serta-merta hilang. Dia menelan liur saat matanya tertancap pada wajah kacak polis itu.

“Siapa nama kamu?” Tanyanya polis kacak itu serius yang sama sekali tidak mengurangi kekacakannya.

“Nama saya.. Tamara.” jawab Tamara tergagap-gagap.

“Kamu ada nombor telefon?” tanya polis itu dan dijawab dengan anggukan berkali-kali oleh Tamara. Bilal kemudian menghulurkan buku nota dan pen kepada Tamara.

“Tulis di dalam buku ini,” arahnya. Bagai sudah dijampi, Tamara hanya menurut saja arahan Bilal. Segera dicapainya pen dan buku nita itu dan dia mulai mencoretkan nombor telefonnya. Dan dalam diam, tanpa sedar tingkah laku Tamara itu mengundang rasa geli hati di hati Bilal. Bilal menyimpan buku nota itu usai sahaja Tamara selesai mencatat nombor telefonnya.

“Baiklah, terima kasih.” Ucapnya seraya berlalu meninggalkan Tamara yang tergamam.

“Tapi.. Encik tidak menyoal atau meminta kad pengenalan saya?” tanyanya dalam hati yang tentu sahaja tidak didengari oleh Bilal yang sudah berlalu pergi. Nun dari jauh dia dapat melihat senyuman nipis terukir di bibir Bilal yang dalam masa yang sama seakan menjentik hatinya, melumpuhkan segala niatnya tadi yang berapi-api.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience