BAB 2

Romance Completed 2713

SEBULAN SEBELUM ITU…

“Tamara, kau okay tak ni?” Tanya Bilal pada Tamara. Entah kenapa sikap Tamara hari ini tak ceria seperti selalu.

Apa taknya, gadis ceria dan suka mengusik menjadi pasif hari ini. Bilal mula mengumpul dan mengingat semula semua fakta fakta yang terjadi beberapa lalu. Pelbagai persoalan singgah di mindanya. Apa dia menyakiti hati Tamara ? apakah dia ada menjentik rasa cemburu Tamara? Mustahil kerana dia bukanlah jenis lelaki yang puny ramai rakan wanita apatah lagi bidang kerjanya rata-rata dipelopori oleh kaum Adam.

“Saya okay..” Jawabnya lemah. Riak wajah Tamara benar benar membuat Bilal geram dan penasaran..

“Kau ni aku syak mesti ada masalah ni?” Tanya Bilal lagi.

“Bilal.. saya teringin ke Pantai Tok Bali.. Boleh kita ke sana?” Pinta Tamara secara tiba tiba. Ekspresi wajahnya jelas sedang menyembunyi kan sesuatu. Bilal berkerut dahi sebelum menghela nafas tak ikhlas.

“Baiklah..” sahutnya kemudian. Enjin kereta dipanaskan dan beberapa saat kemudian kereta mereka meluncur laju menuju ke Pantai Tok Bali. Deringan nada dering telefon bimbitnya sama-sama menyanyi dengan suara DJ Radio di corong radio. Bilal memperlahankan kelajuan keretanya untuk menjawab panggilan itu.

“Ya Tuan?” Riak wajah Bilal makin serius dan nada suaranya mendatar saat bercakap dengan seseorang di hujung talian. Tak lama kemudian, dia teruss memberhentikan keretanya.

“baik Tuan! Saya akan segera ke sana.” Bilal mematikan telefon bimbitnya seraya menatap wajah Tamara dengan rasa bersalah.

“Maaf Tamara sayang.. Kita tak dapat pergi ke pantai hari ini, Malam ni aku ada tugas penting. Aku terpaksa bergerak ke markas sekarang” Katanya dan dibalas dengan senyuman pasrah yang terukir di bibir Tamara.

“Kau tak marah kan?” tanya Bilal memegang kedua-dua bahu Tamara memastikan kekasihnya benar-benar dalam keadaan okay. Entah kenapa ada yang membekas di hatinya. Seperti ada sesuatu yang kurang enak sedang berlaku.

“Saya ok..” Tamara meyakinkan Bilal.

“Okay aku janji esok kita akan berkelah ke pantai ya?” janji Bilal seraya memegang lembut jari jemari Tamara.

“Baiklah, jangan risau pasal aku, kau hati-hati ya.” Jawabnya.

Bilal seraya memeluk erat kekasihnya itu dan kali ini Tamara tidak emnolah pelukan Bilal seperti selalunya, kali ini dia membalas erat pelukan sang kekasih hatinya itu. Lelaki yang telah memiliki segenap hatinya.

“I love you..” Ucap Bilal kemudian mengecup kening gadis pujaannya itu. Gadis itu melemparkan senyuman meskipun terasa berat untuk melakukan sedemikian.

‘Barangkali belum sampai waktunya.. Meski memang sudah tak punya masa lagi.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience