BAB 9

Romance Completed 2703

“Apa? tak mungkin.. Sudah berapa bulan usianya?” tanya Bilal dengan nada tak pecaya. Nafasnya seakan tersekat mendengar kata-kata Doctor Ayden tentang kehamilan Tamara. Emosinya turun naik. Apakah tujuan Tamara melarikan diri adalah kerana hal ini? Hatinya menggelegak marah saat memikirkan samaada selama ini Tamara berlaku curang di belakangnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati yang cik Tamara Rizky sedang hamil empat minggu,”’sambung Doktor Ayden pula.

Dan dalam pada masa yang sama, Bilal merasa dirinya bagai dihempap konkrit. Bilal memejam mata sehinggalah kilasan memori sebulan yang lalu samar-samar menjengah ruang memorinya. Detik di mana Tamara akhirnya pasrah dengan rayuannya waktu itu, menghujam seluruh perasaannya saat ini. Dan itu adalah pertama kalinya Tamara menyerah padanya. Menyerah keperawanannya demi membuktikan cintanya pada Bilal atau boleh jadi ia adalah tanda kenangan yang ingin dibawa Tamara ke negara asalnya. Dan itu menjadi detik terakhir pertemuan mereka sebelum Bilal mulai sibuk dengan tugasannya dalam operasi besar-besaran menbanteras pendatang tanpa izin. Empat minggu, dia mengira momen intim mereka yang berlaku lebih kurang sebulan yang lalu.

Dan tak salah lagi, tak semena-mena tubuhnya lemah seakan otot otot mencair. Kemudian dia mengumpul segala kekuatan yang ada melangkah menuju ke wad pesakit. Dia membaca draf mesej terakhir di dalam telefon bimbit Tamara yang diabaikannya sebentar tadi.

‘AKu cinta padamu.. Bilal.” Senyumnya bercampur dengan duka, dia tidak tahu apakah dia harus berasa gembira, tidak lama lagi Bilal akan menjadi bapa.

“Tamara.. Bangun sayang.. Aku mohon demi anak kita…” Dikucupnya dahi kekasih hatinya yang masih enggan tergoda mendengar pujuk rayunya untuk membuka mata. Sang puteri hatinya itu tetap mahu beradu.

‘Tamara bangun.. Jangan tinggalkan daku, berikan aku cahaya dan jangan biarkan aku karam dalam kasihmu yang akhirnya akan meninggalkan aku sendirian, bangun Tamara, aku cinta padamu Tamara, maafkan aku sayang.”

Bip.. Bip… Bip.. Bipppp…..

Bunyi bip yang panjang itu seterusnya mencetus keadaan panik dan huru-hara, sekelip mata kelihatan jururawat dan doktor bertungkus-lumus melalukan bantuan pernafasan cuba menyelamatkan sekujur tubuh yang terbaring lemah bagai sudah tidak ada harapan dan nun di satu sudut tetap teguh berdiri seorang lelaki tertunduk bersama esakan tangisan dan raungan penuh sesalan.

Satu tembakan sudah membunuh dua nyawa, satu adalah insan yang dicintainya dan satu lagi adalah benih dari cinta mereka yang terpisah dek kerana sebuah taraf yang mengasingkan dua rakyat dari dua negara berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience