BAB 9

Romance Completed 2703

Malam ini.

Bunyi bip pada mesin monitor hayat masih berdetik perlahan berbeza dengan detak jantung Bilal yang berdegup kencang saat ini.

“Bagaimana keadaan dia, Doctor?” tanya Bilal khuatir.

“Dia sudah melalui fasa kritikal. Sekarang dia stabil. Apa yang kita boleh lakukan saat ini adalah berdoalah supaya dia cepat sedar dari koma.” Jelas doktor dan Bilal hanya tunduk akur bercampur rasa kesal.

Sekujur tubuh sedang terbaring lemah bagai hanyit dalam mimpi indah. Bilal menatapnya dengan pandangan dan perasaan bercampur baur. Fikirannya tidak keruan, segala persoalan yang bermain dalam benaknya semakin membelit. Bilal tidak tahu apakah dia harus marah, bersyukur atau harus menyesal dengan insiden yang terjadi pada mereka ini.

‘Jadi sebab inikah Tamara selalu mengelak setaip kali aku ajukan tentang soal untu datang meminang? cuma sebab status pandatang haram dia sanggup untuk meninggalkan ku?’

‘Kenapa Tamara? kenapa kau sanggup berbohong?’

‘Kenapa kau tidak pernah mahu memberitahu aku tentang semua ini? Andai kau ceritakan padaku sudah tentu kesudahannya tidak begini.’ Keluhnya dalam hati.

“Tamara.. Tolong bangun…” Bisik Bilal di telinga kekasih hatinya. Bulu mata lebat Tamara seakan bergerak-gerak memberi respon tapi sehingga saat ini tidak ada sebarang perkembangan. Bilal menghela nafas berat lalu menyandar ke bangku panjang. Dia mencapai sebuah telefon bimbit di poketnya yang merupakan milik Tamara yang dijumpa di dalam beg tangan Tamara.

Tidak lama kemudian, matanya terpaku pada lambakan foto memori mereka bersama yang tersimpan kemas dalam galeri telefon Tamara. Bola matanya kemudian tertancap pada nota tulisan yang ditulis pada aplikasi nota yang sepertinya sudah dikarang setahun yang lalu dan semua nota itu ditujukan kepadanya.

‘Bilal.. apa kabar?’

‘Bilal, saya ada benda penting nak bagitau awak, awak kat mana?”

‘Bilal.. Maafkan saya kerana sebenarnya saya bukan seperti yang awak fikirkan...’

‘Bilal.. Percayalah yang saya tidak ada niat mahu menipu awak. Sejujurnya, saya bukanlah berbangsa Bugis dan berasal dari Johor seperti yang saya katakan sebelum ini. Semua itu satu penipuan. Hakikatnya saya adalah seorang pentdatang haram, maafkan saya kerana tidak punya keberanian untuk memberitahu awak.”

‘Saya tahu, saya tidak layak untuk dimaafkan.. Tapi maafkan saya.. Saya tak punya banyak pilihan melainkan terpaksa akur pada arahan kedua ibu bapa saya..’

‘Bilal.. Saya akan pergi jauh, dab biarkan saya pergi.. Tidak tahu bila kita akan bertemu lagi, namun kamu berhak untuk lupakan saya.’

Ada beberapa mesej pesanan lain memenuhi draf nota. Dan mesej yang sama turut berada dalam draf mesej yang sepatutnya dikirim kepadanya namun Tamara kelihatan seperti tidak berani menghantar SMS tersebut. Rasa cinta Tamara terkubur bersama rasa bersalahnya. Tangan yang memegang telefon bimbit itu bergetar bersama dengan perasaannya saat in yang semakin dihurung rasa sebak dan gementar. Segala persoalan yang bermain di kepalanya kini sudah terjawab. Tidak hairanlah, Tamara tampak sungguh misterius dan seperti orang yang banyak berahsia. Bahkan ada waktunya dia melihat Tamara mengais sendirian. Ketika ditanya, Tamara akan mengelak dari menjawab dan adakalanya bijak menukar topik agar ia tidak dihidu oleh Bilal.

Suara jeritan di daun pintu memecahkan keheningan dan lamunannya. kelihatan seorang jururawat berlari mendekatinya.

“Inspektor Bilal.. Doctor Ayden sedang menanti encik, beliau ada di pejabatnya.” Tutur jururawat tadi.

“Baiklah.” Jawab Bilal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience