BAB 3

Romance Completed 2703

Hari ini.

Rimba ini sepertinya punya rentak iramanya tersendiri. Suara cengkerik, katak bahkan desisan ular, nyamuk dan lalat yang berdengung-dengung menyinggah di telinga membuat tangan acapkali melibas-libas dan menggaru-garu kulit yang perit disengat.

Sekumpulan manusia sedang berjalan penuh berhati-hati, Sesekali mereka memandang ke kiri dan kanan cuba sebagai langkah berjaga jaga. Bukan selalu mereka mengharungi paya dan meredah hutan belukar. Terlukis wajah sedih tak kurang juga yang gembira namun majoritinya wajah-wajah gusar mendominasi di setiap dari mereka.

Tamara memandang sekeliling yang bagai di berada di dimensi kelam dan kelabu. Usai menaiki bot laju selama setengah jam akhirnya mereka sampai di tengah hutan tebal. Mereka menuju ke sempadan Malaysia untuk menyelinap pulang ke negara asal mereka, Indonesia.

Dipejamkan matanya erat dengan sebuah perasaan yang sukar ditafsir, mungkin hari ini dia akhirnya telah lebih menjadi diri sendiri. Dan berharap agar belenggu status mengenai taraf statusnya yang tak jelasnya selama ini akan berhenti menghantuinya, ya dia harus berkorban meski ia juga bermakna dia harus meninggalkan Bilal.

“Umi.. Kapan kita sampai, lapar..” tanya seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun yang merengek kelaparan. Serentak itu mereka semua memandang si ibu kepada kanak-kanak itu dengan pandangan yang agak berang. Dek kerana merasa segan, si ibu segera menutup mulut si anak.

“Sebentar lagi ya sayang. Umi mohon kamu diam ya nak.. nanti ada polisi.. kita akan ditangkap..” Bisiknya pada si anak yang akur..

Langkah demi langkah mereka hayun dengan perlahan-lahan sehinggalah ada satu suara jerkahan menyerang kumpulan itu.

“Berhenti! Jangan bergerak! Kami polis!

APa lagi, dalam masa beberapa saat sahaja maka berkeliaranlah mereka berlari lintang pukang berusaha mencari tempat persembunyian masing masing. Tamara hanya membatu di dalam semak samun yang tebal. Jantungnya terasa bagai mahu luruh.

“LARI!!!”

Satu suara suara jeritan panik sedang mencuba berlari sejauh mungkin. Mereka yang tadinya ada bersembuyi di satu tempat yang sama akhirnya berpecah belah. Tamara sedar yang dia harus mengorak langkah lebih jauh mentembunyikan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience