BAB 4

Romance Completed 2703

“ANDA DIMINTA JANGAN BERGERAK ATAU KAMI AKAN TEMBAK!”

Tamara panik dan dia memilih untuk memekakkan saja pendengarannya dari mendengar arahan itu, Ya itulah arahan yang diterimanya dari ketua ‘rombongan’ mereka, iaitu lari selaju mungkin tanpa menoleh belakang. Dalam keadaan termengah-mengah dia bersembunyi di sebalik belukar. Dalam panik, airmata gentarnya berlinangan. Ternyata pihak polis sudah terlebih dahulu berjaya menghidu rancangan mereka untuk pulang ke negara mereka mengikut laluan haram yang diatur oleh tekong.

Keadaan masih lagi huru-hara. Masing masing saling kejar-mengejar, namun ada juga yang sudah pasrah menyerah. Suara esak tangis melatari balada lagu hutan. Dan Tamara masih setia bersembunyi di sebalik belukar. Pihak polis masih gagal menemukannya. Untuk seketika dia bagai berperang dengan jiwanya sendiri. Apakah dia harus menyerah atau haruskah dia melarikan diri?

Awan jingga nak kelabu dari sang mulai berlabuh, berbekalkan sedikit keberanian yang sudah dihurung dengan ketakutan maha tinggi diiringi nyanyian nyamuk dan unggas, Tamara menggagahkan diri untuk mencari jalan keluar dari hutan itu. Menurut tebakannya pasti pasukan Gerak Khas sudah beredar. Sejujurnya, kegelapan malam adalah musuh dan trauma utama baginya namun dia tidak punya pilihan. Kali ini dia harus berperang melawan ketakutan.

“JANGAN BERGERAK!”

Jerit suara garau seorang lelaki. Serta merta jantung Tamara berdetak kencang, menghantar aliran darah lebih cepat ke segenap tubunya. Dia merasa bagai mahu pitam namun ada sesuatu di sebalik suara itu. Ya dia merasa aneh bukan kerana dia sudah kantoi dan tak punya jalan untuk lari tapi suara itu, ya suara itu cukup dikenalinya.

“ANGKAT TANGAN!”

Bingkas saja Tamara turuti arahan tersebut, dia mengangkat tangannya sebagai tanda menyerah. Namun dapat Tamara rasakan hujung pucuk pistol itu sudah menyentuh bahagian belakang kepalanya.

“Sila berikan nama kamu?” arah polis itu.

Namun Tamara masih berdiam hanya mampu menjawab dengan esakan tangis kerana kali ini dia sangat yakin bahawa pemilik suara itu adalah Bilal.

“Saya tanya sekali lagi, siapa nama kamu?” Bentaknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience