BAB 5

Romance Completed 2703

Tamara memejamkan matanya. Sungguh dia berharap yang Bilal tidak akan mengetahui identiti dirinya yang sebenar. Tapi Tuhan maha adil. Sekuat mana kita cuba menyembunyikan bangkai, lambat laun bau hanyirnya oasti dapat dihidu.

Sejujurnya Tamara tidak berniat untuk menipu Bilal dan menyembunyikan identity dirinya yang sebenar bahkan hatinya selalu menjerit mahu berterus terang mengakui pada kekasihnya itu bahawa dia adalah warganegara Indonesia yang sejak kecil lagi menumpang secara haram di Tanah Melayu itu. Namun Tamara acapkali gagal pada ego ibu dan ayahnya.

Menurutnya adakah menjadi satu kesalahan menjadi warganegara Indonesia?

“Ingat ya Tamara, kalau ada orangt anya, jawab saja yang kau orang Bugis dan berasal dari Johor, mengerti?” arah sang Ibu kepadanya sejak dia kecil lagi.

“Kenapa kita mesti menipu Bu.. Kan kita memang dari Indonesia..” Protes Tamara.

“Sudah! Kamu jangan banyak cakap. Ikut aja cakap Ibu nanti kau juga yang senang.” Tamara hanya bisa mengangguk akur meski hatinya tak rela. Hati kecilnya meronta mahu membangkang. Dan sejak dari hari itu, siapa saja yang bertanya akan status asal usulnya akan mendapat jawapan palsu. Dan hanya Tuhan sahaja tahu betapa sehingga ke hari ini dia mengumpul beban rasa bersalah kerana menipu ramai orang termasuk Bilal.

Untuk seketika, Tamara berpikir. Apakah saat ini waktu yang sesuai untuknya mengaku saja pada Bilal ?

Selepas sekian lama mereka menjalinkan hubungan, hatinya pasti hancur bila melihat Bilal kecewa dan patah hati. Tidak! Dia belum bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang hanya akan membuatnya melihat kekasih hatinya dirundung duka.

“BERHENTI!!!”

Bilal segera membentaknya saat Tamara maju selangkah seakan enggan mendengar arahannya. Tamara masih membelakangkan Bilal. Tamara memejamkan matanya sekuatnya bersama esak tangis yang ditahan dari dilepaskan. Kali ini dia memilih untuk berlari sepantas yang mungkin namun langkah kakinya bagai hilang arah dan pandangannya berpinar-pinar mulai gelap saat tembakan yang dilepaskan oleh Bilal mengena bahagian atas tubuhnya. Pandangannya semakin lama semakin kelam. Dan tidak lama kemudian satu suara jeritan yang seram seakan berada dalam keadaan kaget melatari seisi hutan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience