BAB 7

Romance Completed 2703

SETAHUN SEBELUM HARI INI

Mengapa perasaan cinta itu hadir pada waktu yang salah dan di tempat yang tidak sesuai? Tamara sesekali menepuk dahinya sendiri. Bilal yang baru dia kenal beberapa hari lalu telah mencuri seluruh hatinya yang kosong. Ini adalah cinta pertamanya. Mana mungkin dia mampu menahan diri dari tersenyum sendiri, namun nyata kebahagian itu hanya datang sedetik cuma, dia kembali murung apabila teringat akan hakikat dirinya.

‘Tapi.. Aku hanya pendatang tanpa izin.. Bagaimana mungkin aku menjalinkan hubungan dengan seseorang yang memegang jawatan polis, warganegara Malaysia, bagaimana mereka mahu bernikah?’ getus hati si gadis polos itu.

‘Tapi.. Bukannya kami baru saja berkenalan.. Tak mungkin sampai ke situ.. Kami cuma kawan,” bidas sisi hatinya yang lain pula.

Dan tanpa sedari, masa berlalu, hari berganti hari dia akhirnya menjalinkan hubungan dengan Bilal, dan Bilal juga bukan seperti lelaki warganegara yang bermain-main dengan kata-katanya, Bilal amat serius dan komited dalam perhubungan mereka. Dia mencintai Tamara setulus hatinya. Berkali kali dia mengatakannya. Dia tahu gadis itu juga mencintainya meski Tamara tidak pernah meluahkannya.

“Kita cuma kawan rapat saja kan?” kata Tamara petang itu seperti biasa cuma memutar belitkan keadaan bagai menyembunyikan rahsia hatinya.

Bilal sudah jelak dan bosan dengan istilah itu. Sampai bila gadis itu membohongi perasaannya sendiri.

“Kawan ya?” Bilal tak sebodoh yang disangka Tamara untuk gagal membaca bau kecemburuan yang bermain di mata Tamara saat Tamara secara kebetulan terserempak dengannya seccara tidak sengaja sengaja sedang makan tengahari dengan Nuri, salah seorang rakan setugasnya.

Bilal mengejar Tamara. Langkah gadis itu semakin laju namun tentu sahaja Bilal berjaya mengejar gadis itu. Dengan pantas dia menarik pergelangan tangan gadis itu sehinggakan tubuh kenit dan munggil gadis itu melayang ke pelukannya. Gadis itu meronta ronta dalam pelukannya minta dilepaskan. Tetapi beberapa saat kemudian dia merasakan dadanya basah dengan airmata yang deras dan hangat Tamara sekaligus membuktikan bahawa cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Gadis itu turut mencintainya. Dia hanya tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience