BAB 7

Family Completed 7476

“Keluar! keluar!”, jerit seorang lelaki berwajah bengis ke arahku serentak dengan suaranya, satu balingan selipar terkena di lenganku keras. Aku terkejut dan cepat-cepat berlalu pergi. Betul kata kakak, dunia tidak seindah yang kita sangkakan.

Aku berjalan lagi walau kudrat hampir tiada. Air mata mula meleleh tanpa di pinta. Peluh merencik membasahi baju yang busuk lagi hapak. Aku dah penat…mana kakak? Baru saja aku ingin mengangkat muka, aku terlanggar dengan seorang budak lelaki yang hampir sebaya denganku.

“Oit, buta ke apa?!”, jeritnya sambil menyapu lengan bajunya.

“Sorry”, balasku pendek dan meneruskan langkah tanpa arahku.

“Oit, comot! Kau ganti balik baju aku. Dah kotor tau!”, jerit lagi budak tadi.

Aku berpusing ke belakang dan memandangnya lemah. Aku dah la tak larat ni, ada pula orang cari pasal dengan aku. Ada ke panggil aku dengan nama Comot? Sama nama dengan kucing jiran aku je. Sengal!

“Apa dia gemuk?”, kataku kepada budak lelaki tersebut. Gayanya tak ubah seperti anak orang kaya kerana rambutnya di sisir kemas, kasut sekolahnya masih putih bagai tidak pernah terpijak benda kotor.

“Apa kau cakap?!Kurang ajar!”, satu tumbukan padu ke arah dadaku namun cepat aku tepis. Aku membalas dengan satu tumbukan pada dada.

Budak tersebut terus menangis walaupun dia bertubuh besar dariku dan dia lelaki. Hahaha…siapa suruh cari pasal dengan aku. Tiba-tiba aku terasa pening, pandanganku mulai kabur kemudian semakin kelam sehingga aku tak tahu apa yang terjadi pada diriku seterusnya.

“Besarnya rumah majikan awak. Emm…dia tahu saya akan menjaga anak dia?”, kata Lisa tatkala kakinya melangkah ke dalam banglo mewah yang tersergam indah di atas bukit. Cantik gila rumah…majikan Fat ni menteri besar ke apa?

Ukiran dinding terperinci dengan seni halus Pablo Picaso menjadi ruang tamu tampak menarik di tambah pula pilihan cat warna kuning keemasan menjadikannya lebih elegan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience