BAB 6

Family Completed 7476

“Buat apa? Perkara ini dah terjadi. Lagipun, tak ada bukti kukuh untuk menyabit ayah tiri saya.”

Aku terus berdiam diri. Menahan perit di dalam dada dengan apa yang terjadi pada diri. Ya Allah, berikan aku kekuatan.

“Emm…macam ni. Majikan saya perlu penjaga budak untuk jaga seorang anak lelakinya. Anak lelaki dia nakal sikit dan acap kali bertukar penjaga budak. Jadi, awak berminat? Tempat tinggal dan makanan disediakan. Tugas awak menjaga budak itu saja. Mudah, bukan?”

Mataku terus bercahaya. Aku tersenyum gembira sehingga Fat turut tersenyum. Cepat-cepat aku mengangguk kepala. Syukur, kali ini aku berjumpa dengan orang yang bakal mengubah kehidupanku dengan lebih baik.

Aku berjalan sambil berpijak pada pelbagai jenis permukaan; ada kasar, lembut dan juga tajam. Sakit menusuk-nusuk pada telapak kaki tidak kuhiraukan. Aku tidak menangis meraung seperti seorang budak berusia 7 tahun lakukan apabila di tinggal keseorangan walhal baru sebentar tadi aku menangis kerana tidak ketemui kak Lisa. Mataku meliar sekeliling walau ada yang berbisik melihatku yang berjalan tanpa memakai kasut dan berwajah comot. Tiba-tiba aku terbersin kemudian terbatuk mungkin dingin malam akibat tidur di dalam kotak membuat badanku berasa tidak sihat. Aku menggosok kedua lenganku agar hangat sedikit namun hampa kerana tidak berasa apa-apa.

Aku tidak tahu ingin menuju ke mana walau dalam akal ini ada peta selok belok Kampung Chempaka dan jalan menuju ke rumah setinggan dengan ayah tiri. Takkan aku ingin berpatah balik sedangkan akak menyuruhku berlari pergi? Pokoknya sekarang aku perlu menjaga diriku dan mencari akak. Itu yang penting!

Bau nasi goreng bagai menarikku masuk ke dalam restoran. Perut mula berkeroncong rancak dan aku mampu menelan air liur berulang kali. Air sirap di dalam gelas besar yang basah dingin diluarnya dipandangku lama membuat tekakku teringin sekali dibasahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience