BAB 13

Family Completed 7476

Daniel mencebik kepadaku.

“Kau buat muka macam tu lagi aku sepak baru tahu.”. Daniel buat muka cuak. Tahu takut. Hari tu dah kena tumbuk kalau nak rasa lagi, aku ok saja.

“Cakaplah cepat.”

“Emm…macam ni. Apa kata kita satukan ayah kau dengan kak Lisa.”

“Apa? Mustahil!”

“Kenapa pula?”

“Semalam terkantoi tau. Kak Lisa dah tahu ayah aku iaitu En. Amran dengan abang Fat tu orang yang sama.”

“Aik, macam mana boleh terkantoi lak?”

“Hehe…aku terbocor rahsia semalam.”

“Kau ni…musnah semua plan kita rancang. Sekarang ni, dorang bergaduh la ek?”

Daniel mengangguk sambil menggaru kakinya yang gatal. Baju biru muda membuatkan dia nampak kurang comel dari aku. Hahaha…

“Eh, sejak bila pula kita rancang plan hah?! Kau tu dah la comot ada hati nak satukan kak Lisa dengan ayah aku!”

“Kau ni bodoh la. Harapkan belajar kat sekolah tapi tak pandai-pandai. Kalau akak aku kahwin dengan ayah kau, hari-hari kita boleh gaduh.”

“Kau ni gila ke apa? Siapa nak gaduh hari-hari?”

Aku menampar dahi.

“Aku dah give up. Ok lah bye.”

“Eh, kau nak pergi mana?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience