“Aa..emm..yang pasti En. Amran sangat menyayangi Daniel. Buktinya malam ni dia datang nak tengok Daniel.”
“Oh ya ke? Bolehlah saya jumpa dengan dia malam ni. Dah tiga bulan saya kerja kat sini tapi tak pernah jumpa dengan En. Amran lagi.”
“Eh tak boleh! Dia penat lagipun awak tu pakai seksi sangat malam ni. Nanti buta mata En. Amran baru tahu.”, cepat-cepat Fat membalas. Dia kelihatan menggelabah.
“Kenapa pula? Mak Nah dan awak pernah jumpa dia. Saya saja yang bekerja dalam rumah ini tak pernah berjumpa dengan En. Amran. Hebat sangat ke dia saya nak jumpa sekejap pun tak boleh? Saya nak merajuklah.”, aku menarik muka masam.
“Sayang, janganlah macam ni. Cakk!”, Fat membuat muka comel depanku. Dengan lengan baju kemeja merah tua di tarik hingga ke pangkal siku sambil dia duduk mencangkung ke arahku. Eh, aku salah dengar ke? Dia panggil aku sayang??
“Awak panggil saya sayang ke tadi?”, aku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
“Eh…ah…mana ada! perasan je awak ni!”, walaupun cahaya tak begitu terang namun kunampak dengan jelas muka tak tentu arah Fat. Tiba-tiba selimut Daniel bergerak-gerak. Mungkin dia terjaga kerana mendengar perbualan kami.
“Papa, papa ke tu? Papa dah balik!”, Daniel tiba-tiba tersedar dari tidur dan terus berlari ke arah Fat. Ayah?? Bukan ke En. Amran tu ayah dia ke? Aku rasa konfius sekarang.
“Ishh budak ni. Kan papa dah pesan depan kak Lisa kena panggil abang Fat.”, bisik Fat ke arah Daniel.
“Mana boleh macam tu! Nama papa kan Amran. Mana logik Amran jadi abang Fat. Lagipun, kalau nak tipu…papa mesti suruh Daniel panggil papa abang Am ke? Barulah logik sikit.”, Daniel yang bersuara comel memberi penerangan panjang lebar. Fat kelihatan tertunduk-tunduk sambil cuba menekup mulut Daniel dari terus bercakap.
Share this novel