BAB 15

Family Completed 7476

Perlahan-lahan aku memusingkan kepala setelah beberapa minit menyorokkan kepala di bawah meja makan. Buat malu je! En. Amran merenung tajam kepadaku. Cakaplah sesuatu…tak boleh…tak boleh! nanti dia cakap You’re fired macam Donald Trumph selalu cakap tu…tak ke mampus namanya?

“Lisa, jom kita pergi pantai.”

“Macam mana dengan meeting, mesyuarat, projek or apa-apa ke bendanya namanya tu?”

“Cancelled.”, kata Amran sambil tersenyum. Aduh, manisnya senyuman tu.

“Awak seronok ke hari ni?”, tanya Amran kepadaku setelah kami tiba di rumah selepas seharian berkelah di pantai.

Aku mengangguk perlahan sambil memandangnya. Kali ini pandangan kami bagai tiada putus. Matanya begitu memikat, bercahaya, berbeza dengan karakter En. Amran yang Fat ceritakan. Aah, Fat tu adalah En. Amran. Macam mana aku tak boleh syak selama ini?

“Berapa lama awak nak pandang saya macam tu?”, pertanyaan Fat membuat aku tersipu malu. Seperti hari pertama aku berjumpa dengan dia.

“Semasa di pantai tadi, saya terfikirkan sesuatu. Saya rasa saya telah buat keputusan yang betul.”, katanya sambil melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap. Bunyi jeritan Nur dan Daniel yang berkejaran sekali-sekala bergema ke seluruh pelosok rumah.

“Keputusan apa?”

“Keputusan saya hendak menaikkan pangkat awak. Barulah awak dapat gaji lebih tinggi dari sebelum ini. Lagipun, awak tak beritahu saya lagi berapa awak nak untuk gaji awak.”

Aku mengerut dahi sehingga dua belah kening bersatu. Naik pangkat? Jadi apa? Jadi ketua pengasuh budak ke? Memang peliklah perangai dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience