“Ok tapi dengan satu syarat! Aku nak kau serah tubuh kau tu pada lelaki kat ruang tamu untuk bayar hutang aku!”, kata lelaki yang bermisai tebal sambil menuding jari padaku. Aku terpaksa memberanikan diri. Tidak seperti diriku sebelum ini yang lebih banyak berdiam diri, tidak melawan kata orang yang lebih tua lebih-lebih lagi orang yang kuanggap sebagai ayah.
Aku mengangguk perlahan. Satu perkataan belum mampu terbit dari bibir untuk menyatakan keakuranku terhadap kata-katanya. Air mata masih keluar bagaikan tiada penamatnya. Hati ini lebih merintih seksa. Inikah tujuan hidupku sebenarnya? Menjadi penebus hutang bapa tiriku? Aku tertanya sendirian.
“Lari adik! Lari sejauh yang mungkin!”, arahku setelah melihat bapa tiriku leka berbual dengan beberapa orang lelaki yang bakal membahamku.
“Eh, jahanam punya budak! Kau ni menyusahkan orang saja! Bawa saja dia ke dalam bilik sekarang. Ajar dia bagaimana nak jadi perempuan!”, kata bapa tiriku sambil menujah kepalaku beberapa kali. Aku sekadar diam. Tidak mampu melawan kerana tanganku sudah di ikat dengan tali. Layananku terima tak ubah seperti mangsa culik dalam drama yang disiarkan di kaca televisyen. Ayah tiriku kejam!
Aku mengagahkan diri untuk bangun. Kalau ikut hati hendak saja aku meniarap berhari-hari kemudian mati macam tu saja. Itu lebih mudah. Tak perlu aku menahan malu yang terbeban dalam hati ini. Tiba-tiba bayangan arwah ibu menerjah di lubuk fikiran. Bagaimana ibu dapat bertahan dengan ayah tiri yang merupakan penagih dadah tegar.
Bila ada serbuan polis, pandai pula dia balik ke rumah. Semangat arwah ibu membesarkan aku dan adik Nur dengan mengambil upah menjahit dan menjual kuih pada awal pagi membuat aku kagum dengan ibu. Ayah pula melayan ibu tak ubah seperti seorang perempuan murahan. Ibu sekadar pemuas nafsu ayah.
Rasa sakit mula menyengat di seluruh badan. Tak sanggup hendak memandang lebam kebiru-biruan yang mula timbul. Bertambah hancur hati ini apabila memandang lebam tersebut dan hampa dengan sikap ayah. Aku adalah amanah dari arwah ibu untuk di jaga seperti menatang minyak yang penuh selepas kematian ibu namun semua itu bagaikan berat untuk di galas oleh ayah.
Share this novel