BAB 10

Family Completed 7476

“Itu dia. Lagipun Kak Lisa tak perlu panggil dia ‘adik Nur’…panggil Comot sudah.”, kata Daniel sambil berpeluk tubuh dan tersengih-sengih. Adik Nur mencebik. Tiada siapa yang tahu kecuali Mak Nah yang adik Nur adalah adik kandungku. Kuasa Tuhan menemukan kami dalam keadaan macam ni. Aku bersyukur. Nasibku semakin baik dari hari ke hari.

Tiada bulan mengambang dan tiada juga bintang mengerlip pada malam ini. Dingin malam menyucuk hingga ke tulang hitam. Mungkin baju tidurku agak nipis.

Aku turut berpesan kepada adik Nur agar tidak mengaku aku sebagai kakaknya. Aku takut majikanku yang bernama En. Amran yang belum sempatku bertentang mata lagi menghalau kami keluar.Menurut Fat, En. Amran akan menjadikan adik Nur sebagai anak angkatnya dan akan bersekolah sama dengan adik Nur.

“Tak tidur lagi?”, satu suara garau menegurku. Aku tersenyum nipis walau belum melihat lagi gerangan yang berbicara.

“Kenapa? Eh, awak boleh masuk dalam rumah ke? Bukan ke awak kata pemandu kena cari rumah kat luar?”

“Eh, saya ada cakap macam tu ke? Hehe…lupa pula. Bos kata kalau dia ada kat rumah tak apa.”

“Oh, macam tu pula ya. Peliklah perangai bos awak tu. Keluar awal pagi balik pula selepas Daniel tidur. Kadang-kala saya terfikir macam mana Daniel hadapi semua ini.”

“Apa maksud awak?”

“Maksud saya, dia ada ayah tapi dia tidak merasai belaian seorang ayah. Hujung minggu pun tak bawa Daniel pergi jalan-jalan. Nasib baik ada Nur, boleh main sama-sama. Tapikan, Daniel tu macam tak suka dengan Nur.”

Fat tersenyum sambil memandangku. Aku sekadar memandangnya dan menunggu reaksinya.

“Awak tak nak cakap apa-apa?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience