Manik hujai berderaian lebat semakin lama semakin rancak titisannya melantun di atap zink. Kucing-kucing liar mula berlarian mencari tempat berlindung dari kesejukan dan aku pula memerhatikan semua yang berlaku sambil berbaring di permukaan jalan.
Titisan air hujan mengalir membasahi seluruh kepalaku. Berulang kali aku bertanya pada diri sendiri apakah semua ini adalah bahagian yang tertulis untukku olehNya?
Adakala aku tak mengerti mengapa semua ini terus berlaku padaku. perlbagai soalan dan jawapan yang aku cuba jawab sendiri menemui jalan buntu kerana aku sememangnya tiada jawapan. Hanya pesanan ibu acapkali dijadikan pendinding diri agar jangan mudah rebah, 'sesungguhnya setiap yang berlaku walau benda sekecil zarah ada hikmahnya, tiada yang sia-sia di dunia ciptaan Allah ini.''
Mata ini tidak perlu lagi mengalirkan air mata, tiada guna lagi. Kesal dan hampa dengan sikap ayah yang berulang kali melakukan kesalahan walau pintu kemaafan buatnya sentiasa di buka. Aku benci dia! 18 tahun aku menjaga maruahku sebagai seorang gadis suci tapi akhirnya musnah apabila aku menjadi penebus hutang.
18 tahun…bukan tempoh yang singkat. Aku malu! Aku malu dengan diri aku! Biar aku mati dari menanggung malu! Kalau aku dapat balik ke kampung sekalipun, tiada siapa dapat menolongku. Aku hanya ada adik Nur dan ayah tiri tak guna.
“Lepaskan dia! Jangan sentuh sedikit pun adik Nur!”, aku memberi amaran kepada lelaki yang kononnya akan menjagaku sebaik mungkin setelah kematian ibu. Kalau kutahu nasibku akan sebegini, kurela tinggal di kampung dan bercucuk tanam dari mengikutinya ke bandar. Aku tak mahu membiarkan satu-satu adikku yang umpama rama-rama cantik jika di sentuh, hilang warna serta keindahannya.
Share this novel