"Lah, lama sangat tunggu Fidi sampai tertidur, kasihannya bidadari hati saya ni!" Nafiz membuka butang blazernya sebelum duduk sebelah Natasya.
Cuba digerakkan Natasya agar gadis itu bangun tidur. Lain pula yang jadinya. Kepala Natasya akhirnya terlentuk ke bahu Nafiz.
"Alamak ni kisah berat. Penat sangat agaknya?" Nafiz mengeleng-ngelengkan kepalanya. Perlahan-lahan Nafiz mengesot ke kiri sofa. Berhati-hati dia pandukan kepala Natasya ke atas ribanya.
Nafiz tersenyum. Dibelek wajah bakal isterinya yang tidur persis bayi itu.
Nafiz membetulkan hujung selendang, yang hampir menutup wajah polos itu. Diterokai wajah Natasya dengan penuh kasih sayang. Nafiz tersenyum lagi.
"Comel." Nafiz mengusap ubun-ubun kepala Natasya yang diliput tudung itu. Natasya masih tidur mati tidak sedarkan diri.
Jika diikuti gelora hati lelakinya, risau perkara lain pula yang jadi. Terus dia beristifar.
'Tenangnya wajahmu. Semoga engkau kekal menjadi bidadari sehingga ke syurga. Amin.' Sempat juga Nafiz terkenangkan momen-momen indah seketika pertama kali bertemu dengan Natasya.
Tentunya Natasya tidak mengenalinya ketika itu. Penampilan Nafiz sangat berbeza. Dahulunya dia berambut panjang melepasi bahu dan diikat kemas. Berjanggut dan berjambang ala-ala pelakon Shanaaz Ahmad. Sepolos wajahnya, begitu juga dengan tingkah lakunya. Lurus dan tidak pandai sembunyi perasaannya. Nafiz cukup senang dengan sikap Natasya selama ini.
Tangan gadis masih menggenggam telefon pintarnya.
‘Ooo...sedang berchatting rupanya. Berborak dengan sapa agaknya? Skodeng kejaplah.' Hati Nafiz berbisik tidak salah ambil hati hal ehwal semasa bakal isteri.
Telefon pintar Natasya bertukar tangan. Gaya perbualan, Natasya cukup menyenangi pemilik nama tersebut.
'Putera rimba? Lelaki ke perempuan? Putera sah-sahlah lelakikan.' Rasa cemburu mula bertamu dalam hati Nafiz. Bakal isterinya rapat dengan lelaki lain. Ini tidak boleh dibiarkan.
"Nyenyak sangat tidur, sampaikan kita baca hal peribadi diapun tak sedar diri. Harap-harap lepas kahwin berubahlah, perangai tidur mati ni. Jika tidak mati keraslah anak kita nanti, An- Nur." Segera Nafiz, printscreen dan hantar gambar ke whatappsnya. Dengan pantas juga Nafiz padam gambar tadi, sebelum Natasya perasan kegiatan haramnya.
Nafiz terdengar pintu biliknya diketuk. Mira terus menerjah masuk. Telefon bimbit yang sepatutnya diletakkan semula dekat tapak tangan Natasya, tidak sempat dilakukan.
"Nak apa Mira?" Nafiz buat muka tidak bersalah. Terkejut dengan suara Nafiz terlalu hampir dengannya, Natasya terkejut dan bangun melulu. Kepalanya terhantuk ke dagu Nafiz. Akhirnya dengan tidak sengaja, telefon bimbit milik gadis itu tertepis juga. Kalutnya keadaan ketika itu.
"Macam mana kepala saya dekat riba awak. Fidi apa awak buat dekat saya?" Natasya menggosok-gosok kepalanya. Kerasnya dagu dia. Persis batu.
"Alamak, henset saya." Natasya terus mengutip gadjetnya. Natasya menangis tersedu-sedu apabila skrin hensetnya sudah pecah seribu.
"Henset kesayangan saya. Saya beli dengan duit kerja sambilan dulu. Sudah rosak." Natasya mengutip satu persatu bahagian telefon bimbit yang bertaburan di atas lantai.
Saya letak fail-fail ini untuk bos semak dan tandatangan. Saya keluar dulu." Mira kalut dan terus keluar.
Natasya mula pandang Nafiz bagaikan mahu telan.
“Awak cuba ambil kesempatan pada saya ke?" Sergah Natasya. Kedua-dua belah tangan Nafiz terangkat ke atas, tunjuk tanda dia tidak bersalah.
"Fidi nak kejutkan awak. Awak yang sengaja mengada-ngada nak baring dekat riba saya." Kata-kata Nafiz memang tidak makan saman langsung. Apa ingat dia perempuan gatal agaknya.
"Maaflah saya dapat panggilan penting dari Tan Sri. Makin hendak ditamatkan, makin panjang pula perbualan dia dengan saya. Ada ke saya dia nak jodohkan dengan anak perempuan bongsu dia yang baru pulang dari Jepun." Terbeliak mata Natasya.
"Untunglah buat bisnes sambil cari binikan. Nah, ambil cincin dan rantai tangan awak ni. Putus tunang." Pantas sahaja Natasya ingin menanggalkannya.
"Eh...eh...janganlah. Saya tak sudipun. Jika tidak, kenapa saya bersusah payah jadi stalker teragung zaman ini untuk awak, sayang." Natasya memuncungkan bibirnya.
"Awak memang biasa buat perangai begini di hadapan lelaki ke?" Tanya spontan Nafiz sambil mengangkat-angkat keningnya.
"Mana ada. Dosa tau fitnah orang." Natasya memaling badannya. Malunya bila ditegur begitu.
"Kalau tidak baguslah. Tidak elokpun buat muncung begitu. Awak sedang menggoda saya, tahu tak?" Pantas Natasya jarangkan diri dari Nafiz.
"Jika sudah nikah, pasti saya akan ajar awak cara-cara untuk hormati saya? Saya akan cium awak sampai pengsan." Kedua-dua tangan Natasya, mula tutup muka. Tidak sanggup jika Nafiz buat kerja gila. Tergelak lepas Nafiz apabila lihat Natasya gelabah tidak tentu pasal.
"Saya gurau sahajalah. Saya masih tahu halal haram tau." Mengeluh si Natasya kena sakat dengan Encik Tunang.
"Awak ni mesti kesunyiankan." Natasya bersuara lembut.
"Kenapa An-Nur kata begitu?" Natasya tersenyum.
"Awak suka hiburkan hati orang, sakat orang. Tentu hidup awak sunyikan." Nafiz tersandar sambil tarik nafas dalam-dalam.
"An-Nur sayakan anak yatim piatu. Hidup saya agak membosankan. Terus terang, setelah saya bertunang dengan awak, hidup saya lebih bermakna. Saya lebih ceria. Jika awak tidak percaya, awak boleh tanya dengan staf-staf saya." Natasya tersenyum puas. Tidak sangka dia begitu bererti dalam hidup Nafiz Hamidi bin Faris.
"Aduhai, kenapa perlu jiwang karat pula ni? Malulah orang nampak." Pantas Nafiz cuba tukar topik.
"Alah...awak..." Tiba-tiba Natasya merengek. Sekadar memberikan isyarat mata, Natasya menjawab dengan isyarat tangan juga. Tertumpu kepada telefon bimbitnya yang punah rosak.
"Marilah saya gantikan dengan yang baharu. Kita solat jemaah Asar sama-sama. Lepas tu, kita keluar. Saya dah janji tidak mahu hantar awak lewat sangat. Encik Mutalib kalau dah bising, tersumbat telinga saya." Tergelak Natasya dibuatnya. Pandai takutkan ayah, rupanya.
"Awak kutuk ayah saya." Nafiz tersenyum.
"Saya tidak kutuk. Itu kenyataan dan pasti." Nafiz menarik tangan Natasya untuk ke surau.
"Saya uzur." Terus muka bertukar kemerah-merahan. Malu untuk berterus terang sebenarnya.
"Faham. Awak hendak tunggu di sini atau awak hendak ikut saya ke surau. Surau dekat sahaja. Saya hendak mengaji sekejap. Boleh dengar, dapat pahala." Nafiz tersenyum lagi. Natasya mengangguk tanda setuju teman Nafiz solat di surau biliknya.
"Fidi rasakan selepas kita nikah nanti, mesti awak tengah suburkan." Nafiz berbisik ke telinga Natasya. Pantas sahaja tangan Natasya bertukar menjadi ketam yang handal. Tergelak lepas Nafiz.
"Dasar lelaki semuanya sama sahaja. Gatal!" Bengang Natasya diusik tentang isu-isu sensitif orang perempuan.
"Betul apa. Tanyapun salah ke? Bukan apa, awak seorang dan sayapun seorang. Saya teringin zuriat ramai. Enam orang barangkali. Ikut pada kemampuan dan kesihatan." Nafi senyum lagi. Kacaknya engkau wahai Nafiz Hamidi. Bergetar imanku.
"Awak ni sikit-sikit senyum. Ingat saya cair ke dengan senyuman awak." Diselaknya jambul di dahi yang terjuntai.
"Cair atau tidak, pada saya tidak penting. Yang penting awak bakal hak saya. Saya gembira sangat sekarang." Nafiz sempat mengusap kepala Natasya.
"Jomlah lewat saya solat Asar nanti." Nafiz Natasya sekadar mengekori jejaka itu dari belakang. Sejuk hati dengan jejaka yang sedikit demi sedikit misterinya bakal terungkai itu.
Share this novel