Bab 5

Romantic Comedy Series 63035

"Mira kereta saya dah siap?" Nafiz mengintekom setiausahanya.

"Sudah encik. Azlan saya sudah pinta dia gunakan kereta yang lain. Encik masuk semula ke ofis tak?" Senang dia ingin menjawab jika ada yang bertanya.

"Tidak pasti lagi, Mira. Ada apa-apa urgent awak whatapps saya saja. Saya tidak mahu diganggu. Faham!" Mira hanya tersenyum.

Baharu kali pertama bosnya hendak berdua-duaan dengan tunangan. Kenalah bagi peluang untuk mereka buat persiapan perkahwinan.

"Jom An-Nur. Shall we?" Nafiz mempersilakan Natasya sambil buka pintu biliknya.

"Usahlah mengada-ngada nak sila-silakan kita. Saya ada tangan dan kaki yang sihat. Tahu lah saya bila nak gerak." Nafiz termati kata. Buntu untuk membidas kata-kata Natasya.

"Kita bukannya puteri lindungan bulan. Ada dayang, berpatik bertengku. Tak perlu bentang karpet merahpun." Nafiz mengeleng-ngelengkan kepalanya. Bawa-bawalah bersabar wahai Nafiz.

"Fidi nak beli gam gajahlah lepas ni." Berkerut dahi Natasya.

"Napa pulak?" Nafiz mula mencekakkan pinggangnya. Sementara tunggu pintu lif terbuka sengaja dia ingin ambil kesempatan ini untuk bebelkan Natasya.

"Mulut tu dah serupa macam burung murai tercabut ekor! Ataupun ayah Mutalib asyik bagi awak makan tongkeng ayam berkilo-kilo setiap hari." Pintu lif terbuka. Pantas mereka melangkah masuk ke perut lif itu.

"Napa awak nyesal bakal kahwin dengan saya?" Natasya masih tidak puas hati.

"Macam nak cubit je pipi anak dara Encik Mutalib ni." Nafiz sudahpun mempamerkan reaksi geram. Jari jemarinya digenggam erat.

"Wahai Cik An-Nur Natasya...Kalau saya menyesal, buat apa saya perkenalkan diri kepada awak dan famili awak. Sampai ingin memperisterikan awak lagi." Nafiz membela diri dengan nada suara yang sedikit meninggi.

"Habis tu yang awak asyik bebelkan saya, kenapa? Tak boleh terima kelebihan dan keburukan saya?" Natasya tidak mahu kalah.

"Saya sudah lama bersedia jadi khalifah kepada An-Nur Natasya Binti Mutalib. Saya sedia pikul dosa pahala awak. Saya sedia untuk jadi suami, sahabat, teman dan orang kiri awak." Bersahaja jawapan Nafiz lontarkan kepada Natasya ketika melangkah keluar dari perut lif.

"Orang kiri, tak faham?" Natasya mula rasa pelik. Berlarian anak Natasya mengejar Nafiz yang berjalan laju beberapa tapak di hadapannya.

"Betullah orang kiri, sebab awakkan rusuk kiri saya. Awak akan sentiasa dekat dengan hati saya." Nafiz menghadiahkan senyuman. Memandangkan Natasya dengan ekor matanya.

"Awak yang dah kenal saya tapi saya tak kenal awak. Macam mana?" Natasya tak puas berdebat lagi. Nafiz terus meloncat masuk ke dalam keretanya yang sedia terparkir di hadapan lobi. Natasya dibiarkan masuk sendiri. Sengaja diajarkan Natasya begitu.

Sebenarnya Natasya sengaja hendak uji kesabaran Nafiz. Natasya masih sakit hati kerana telefon bimbit kesayangannya retak seribu menyembah bumi tadi.

"Kenapa awak terima saya?" Alamak, kenapa dia tanya soalan perangkap pula ni.

"Sebab saya hendak terimalah." Nafiz tenung muka Natasya dalam-dalam. Lepas dengar jawapan Natasya yang acuh tidak acuh itu. Naluri lelakinya sentap. Serupa dia tidak bermaknapun dalam hidup Natasya.

"Semudah itu. Habis jika orang lain buat perkara yang sama, awak terima juga?" Nafiz tidak puas hati. Hati Natasya tiba-tiba bertukar jadi batu kontrit. Salah dia juga memerangkap diri dalam soalan ini.

"Ya, mungkin saya terima juga." Nafiz terus memulakan pemanduannya.

Makin sakit hatinya dengan jawapan Natasya. Sebelum ini baik-baik dia layan Natasya bagaikan puteri, akhirnya kena bahasa pula dengan gadis itu.

"Tadi rancak bertanya itu ini. Sekarang masuk kereta, bertukar jadi bisu pula?" Natasya masih ingin menjolok sarang tebuan lagi. Dia tergelak lepas. Nafiz menjeling.

"Pakai tali pinggang dan diam!" Nafiz serius.

'Alamak kata-kata aku tadi buat dia sentap ke?' Rungut Natasya sendiri.

"Napa pula saya kena diam? Hak sayalah nak guna mulut saya untuk bercakap." Degilnya budak dewasa Natasya ni.

"An-Nur Natasya Binti Mutalib. Please Natasya, understood me. I need a space. Be nice, please." Hah, kan dah kena Natasya.

Lihat muka Nafiz serius sangat, Natasya tidak berani bersuara. Mungkin inilah caranya lelaki itu mengawal kemarahannya.

Terdengar berdetap-detap tulang belulang jari runcing lelaki itu dipatah-patahkan. Seram pun ada. Natasya takut kena kunyah atau dipatahkan hidup-hidup nanti.

'Baiklah, patik menurut perintah tuanku.' Natasya hanya sebut kata-kata itu dalam hati. Cuma tangan dan riak mukanya tidak bekerjasama. Buat aksi seperti menyampaikan sembah dalam cerita sultan-sultan di kaca televisyen.

Nafiz melepaskan keluh perasaannya dalam-dalam.

'Bosannya. Sunyi sepi dalam kereta ni' Natasya berbisik dalam hati. Mulutnya pun sudah beberapa kali menguap.

Nafiz tidak menunjukkan tanda untuk berboraknya. Radio juga tidak dipasang. Baru sahaja tangan Natasya, gatal-gatal untuk tekan punat 'on', dengan pantas tangannya diketuk oleh Nafiz.

"Dah macam kereta mayat." Natasya menakup mulutnya dengan tangan.

'Eh, bukan aku cakap dalam hati ke tadi.' Alamak macam mana boleh terlepas pula.

Dikerling jiran di sebelahnya yang khusyuk memandu. Namun wajah kacak itu masih masam mencuka. Serba salah pula dia ingin memujuk jejaka itu.

"Fidi, saya minta maaf kalau mulut saya ni tiada insurans. Main lepas sahaja. Saya sengaja jawab macam tu. Niat saya..." Aduh, kenapa tergagap-gagap pula ni, Natasya. Menggeletar dan sejuk pula tangan Natasya ketika ini.

“Niat untuk sengaja menyakitkan hati saya. Gitu ke An-Nur?" Nafiz sengaja menegangkan nada suaranya. Bagi gadis itu gentar. Kena ajar dia hormat sikit, siapa Nafiz Hamidi.

"Maafkanlah saya. Janji tak buat lagi. Memang mulut saya ni agak laser tak bertempat. Ibu ayah saya pun cakap, saya ni suka cakap lepas." Natasya buat muka bersalah.

“Saya ni bukanlah jenis lelaki yang cepat terasa hati. Cuma agak-agaklah bila bercakap. Saya ni bukan kawan-kawan atau adik-beradik awak. Saya bakal suami awak. Tolong jaga hati dan perasaan saya sikit, boleh tak?" Amboi bisanya telinga. Pedihnya sesekali kena syarahan.

"Dah kahwin nanti tolonglah jaga akhlak dan peribadi. Jaga nama baik saya. Jangan main hentam keromo je bila bertindak dan bercakap. Saya tahu awak tidak kenal saya." Nafiz mengeluh.

"Saya tidak paksapun untuk awak faham saya cepat-cepat. Ambillah selama masa yang awak perlu. Cuma jangan lama-lama sangat. Lelaki ni mudah jemu. Bila hak dia, tak pedulikan hati dan perasaan dia." Hah, kan dah kena smash lagi.

Patutlah bakal suaminya ini berjaya dalam hidup pada usia yang muda. Memang terserlah kematangan dan pendiriannya. Berjiwa kepimpinan yang tinggi. Nampak biasa-biasa sahaja, bila berbicara boleh tertutup idea untuk membidasnya.

Kagum sungguh Natasya. Ciri-ciri khalifah kecil idamannya memang ada dalam diri Nafiz Hamidi bin Faris.

"Maafkan saya ye." Nafiz hanya menganggukkan kepala. Tanda maaf diterima.

"Mogok lagi ke?" Natasya cuba pujuk Nafiz segera. Dapatkan kepastian supaya tiada hutang rasa yang tertinggal.

"Saya maafkan dengan ikhlas. Kalau dah jadi hak saya nanti, awak buat lagi perangai menjawab ni...tahulah saya mengajar awak erti tatasusila dengan suami." Nafiz tersenyum sambil mempamerkan senyuman nakal dan gatal.

"Mengada-ngada. Tak nak kahwin dengan awak. Belum apa-apa lagi, dah demanding." Tergelak lepas Nafiz. Lucu lihat bila tengok Natasya kalut.

"Nah, ganti kesayangan awak tu. Saya ganti pasal salah saya tau. Jika tidak, jangan harap saya sanggup keluarkan duit banyak-banyak untuk awak." Ternganga mulut Natasya sekejap.

"Cepatnya, bila masa pula awak beli?" Natasya kehairanan.

"Saya kirim pada Azlan. Saya cuma beritahu model dan jenama sahaja. Bagi dia supplementary kad, then dia belilah." Terkejut beruk Natasya dibuatnya. Baik sangat hati Encik Tunang.

"Senangnya awakkan." Nafiz tersenyum sahaja.

"Saya tidak suka buang masa. Dia dah saya gajikan untuk bekerja. Tugas dia jugakan." Natasya asyik membelek telefon bimbit tersebut.

"Awak biar betul. Samsung Galaxy S6 Edge ni. Mahal gila." Respon Natasya terkejut dan hampir terjerit.

"Anggap sahaja sebagai hadiah perkahwinan kita. Hari ini sahaja tau, pasal saya yang salah. Hari-hari lain tak!" Muncunglah bibir Natasya.

"Fidi, kedekut." Nafiz tersenyum sahaja.

"Bukan kedekut. Saya tidak mahu ajar An-Nur lupa diri. Memang saya kaya tetapi itu semua tidak menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat. Itu pinjaman Allah, jika Dia mahu tarik sekelip mata sahaja." Natasya hanya mendengar. Betul juga kata-kata khalifah kecilnya itu.

"Beringat sebelum terduduk. Berhati-hati sebelum terkena. Sediakan payung sebelum hujan." Nafiz mengusap kepala Natasya yang meliputi tudung.

"Lagipun Fidikan tak bagi hadiah hantaran. Fidi hanya beri Tasya duit belanja dan mas kahwin sahaja." Natasya sudah kehilangan kata-kata.

"Faham!" Natasya angguk persis burung belatuk.

"Jom makan. Fidi lapar." Nafiz sudahpun memarkirkan kereta di tempat sepatutnya.

"Nak makan mana?" Pelik jika dilihat persekitarannya, tiadapun restoran ekslusif dan ternama.

"Restoran Pak Sahak, masakan kampung paling top dekat Shah Alam." Tiba-tiba terburai gelak Natasya.

"La kenapa pula?" Nafiz terasa pelik.

"Ingatkan orang kaya raya macam awak, tekak hanya lalu makan steak dan western saja. Rupa-rupanya tekak Melayu jati." Nafiz tersenyum lagi.

"Itulah keistimewaan saya. Banyak lagi perkara menarik pasal saya yang An-Nur tak tahu. Jadi sabar ye, sayang." Geli pula tekak ini dengar Nafiz sakat dia dengan panggilan sayang.

"An-Nur pandai masak masakan kampung tak?" Glup! Tertelan air liur. Pamer sengihan ala-ala kerang busuk sahaja.

"Tak pandailah tu. Lepas kahwin, daftar kelas memasak ye dengan chef terkenal mana-manapun tak kisah. Berapa pun kosnya, Fidi tanggung." Natasya terasa senyuman Nafiz dihadiahkan kepadanya, adalah senyuman mengejek.

"Fidi tak izinkan An-Nur kerja dekat syarikat ayah selagi tak pandai masak untuk Fidi." Hah, agak-agaklah.

"Mana boleh Fidi buat macam tu. Kasihan dekat ayah. Penat dia tanggung saya belajar sampai universiti. Akhirnya kena duduk dapur. Nanti dia marahkan saya." Tolonglah mesti selamatkan diri sekarang ini.

"Pembetulan! Saya yang tanggung awak belajar ya. Jadi suka hati sayalah." Nafiz memang tidak mahu kalah langsung.

"Ayah pasti akan faham sebab masa itu An-Nur isteri Fidi. Wajib An-Nur taati kata Fidi. Tiada alasan. Lagipun Fidi dah penat asyik makan kedai. Apa salahnya An-Nur masakkan untuk Fidi hari-hari. Orang nak bagi dia pahala, itupun dia tak nak." Mati kata-kata Natasya dibuatnya. Padan muka. Bakal berkahwin dengan pengarah berjaya.

Pastinya Nafiz ada kekuatan tersendiri. Jika tidak, masakan jejaka itu sukses sekarang ini.

'Ibu tolong Tasya bu. Nafiz ni dah gila agaknya." Bengang Natasya dan hanya berani menjerit dalam hati sahaja. Nafiz buat muka tak bersalah. Terus melangkah ke dalam restoran itu dan memilih lauk-pauk kegemarannya.

Natasya juga turut serta. Penuh semeja dengan lauk-pauk pilihan Nafiz. Berselera sungguh Nafiz makan. Pelik tapi benar. Banyak lagi misteri perlu dirungkai nampaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience