Tiba dekat Colmar Tropicale, suasana tengah malam agak dingin. Cantiknya pemandangan di sini. Natasya tidak pernah jejakkan kaki ke Bukit Tinggi. Patutlah orang kata, jika mahu rasa duduk di luar negara, datang ke sini. Struktur bangunannya sama seperti di Perancis.
Natasya hanya mengekori belakang Nafiz sahaja. Lajunya dia berjalan. Mesti tidak sabar jumpa dengan katillah agaknya. Maklumlah banyak sangat aktiviti yang dilakukan seharian.
"Selamat malam Encik Nafiz. Sihat?" Gadis di kaunter pendaftaran tersenyum mesra kepada kami. Nafiz balas senyuman itu kelat. Lambat-lambat bersuara kembali.
Dahsyat betul Nafiz, pergi sana sini semua orang kenal. Patutlah awal-awal Nafiz sudah bagi amaran, jaga maruah dia baik-baik. Baru sekarang Natasya faham.
"Deluxe Suite masih ada?" Gadis yang bertanda nama Farhana tersenyum lagi.
"Ada. Cik Mira dah beritahu kami, Encik Nafiz dan tunang akan datang. Ini kuncinya. Pakaian dan segala keperluan Encik dan Cik berdua semuanya sudah disediakan." Encik Nafiz mengucapkan terima kasih.
"Tolong hantarkan apa-apa jus dan susu segar di suite ya?" Seronoknya jadi orang kaya. Petik jari sudah dapat. Petik jari, terus bayar.
"Fidi...sekejaplah." Natasya mengepung langkah Nafiz.
"Apa lagi ni, Cik An-Nur Natasya? Saya penatlah. Saya perlukan rehat sekarang. Kita sambung gaduh esok pagi boleh tak?" Mata Nafiz sudah tidak terangkat lagi.
"Takkan satu bilik sahaja. Mana boleh tidur sekali. Awak ni nama je Pengarah tapi kedekut tau." Malasnya hendak layan gadis ini bertekak.
"Saya tunang awak. Apa salahnya tidur sekatil. Kongsi bantal. Awak bakal hak sayapun. Kalau awak hendak tidur di lobi pun boleh. Jika lobi lagi selamat daripada tidur sebilik dengan saya." Nafiz sudah naik gila agaknya. Gatalnya menjadi-jadi.
Natasya mula raba dompet dalam beg tangannya. Diperiksa duit yang dibawa hanya RM200. Mana hendak cukup. Hotel di sini mesti mahal harganya.
Menggeleng kepala Nafiz dibuatnya.
"Nah, ni kad debit untuk awak. Setiap bulan saya akan masukkan perbelanjaan awak dekat situ. Sebulan saya bagi awak, lima ribu ringgit. Had perbelanjaan awak sebulan cuma seribu lima ratus sahaja." Ceh, kan sudah kata Nafiz kedekut tahi hidung masin.
"Baki tu nak buat apa? Peram sahaja dalam tu?" Memang Nafiz sudah agak, Natasya akan bertanya.
"Saya cuma tak mahu awak boros. Jika awak hendak guna lebih, beritahulah saya." Natasya tidak puas hati.
"Kalau saya beritahu awak?" Nafiz mula bercekak pinggang. Geram sungguh dengan Natasya. Masih tidak puas hati ajak dia bertengkar lagi.
"Awak kena buat pembentangan belanjawan dahulu, kenapa awak perlu berbelanja amaun tu. Lepas saya fikirkan kebaikan dan keburukannya. Saya akan berikan awak duit tambahan. Jika tidak, saya tak layan." Tegas Nafiz.
"Awak nikan diktator. Kedekut. Haji Bakhil. Tahi hidung masin tau." Nafiz tergelak lepas. Tiba-tiba matanya yang mengantuk tadi segar kembali.
"Terpulang awak hendak tuduh saya apapun. Saya tak kisah." Nafiz berkeras hati.
"Fidi cakaplah betul-betul?" Lengan baju Nafiz ditarik oleh Natasya.
"Hendak cakap apa yang betul dengan tak betul ni. Peninglah saya layan sikap mengada-ngada awak ni." Rungut Nafiz.
"Nak panggil saya Haji Bakhil. Emm...saya belum naik haji lagi dan nama saya bukan Bakhil. Nama saya ialah Nafiz Hamidi." Loyar buruk pula jejaka seorang ini.
"Tahi hidung saya masin ke? Saya sendiri belum rasa lagi." Makin berdekah-dekah gelak Nafiz.
"Macam mana pula awak boleh tahu rasanya? Bila masa pula awak curi-curi ambil untuk rasa, eh!" Natasya rasa sangat sakit hati. Suka hati sahaja, Nafiz memperbodohkan dirinya.
"Nafiz!" Natasya terjerit akibat bengang.
"Ya saya, sayang." Geramnya menyakat orang tidak sudah-sudah.
"Awak ni pengotor tau. Loya tekak saya." Mahu sahaja dicubit-cubit lengan jejaka itu sampai lebam.
Orang di sekeliling mereka menoleh ke arah mereka. Mereka buat muka selamba. Pelik ada dua orang uda dan dara bersikap keanak-anakan. Main kejar-kejar dekat lobi hotel, tengah-tengah malam.
"Okay, saya mengalah." Nafiz angkat tangan mengalah. Terasa pula dirinya semakin berusia ataupun makin berisi.
Berlari sekejap sudah mengah. Tercungap-cungap Nafiz dibuatnya. Licik juga Natasya.
"Saya buat semua bersebablah, sayang. Awak boros sangat. Ingat tak masa awak belajar dahulu, berapa yang awak habiskan sebulan." Natasya cuba imbas balik. Memang dia main belanja sahaja.
"Saya belanjakan duit ayah sayalah. Apa awak sibuk sangat?" Natasya membentak.
"Banyaklah duit ayah Mutalib. Semua itu duit saya. Saya ulangi, duit saya ok." Biar betul. Apa sebenarnya yang berlaku dalam hidupnya? Apa komplot tersembunyi, ayah dan Nafiz?
"Awak pergi periksa. Semua kad kredit dan debit lain, semuanya saya dah batalkan. Jadi kad debit ini sahaja harta awak yang tinggal." Bencinya. Belum bernikah sudah gila kuasa. Sudah kahwin apa pula agaknya.
Natasya buat muka merajuk. Nafiz memang ada seribu satu ragam. Semuanya menyenangkan hati Natasya. Walaupun lelaki itu memang kuat buli dia.
"Memang harta saya bertimbun. Tujuh keturunan pun belum tentu habis. Saya nak ajar awak beringat sebelum susah." Terus lembut hati dipujuk dengan suara lunak merdu begitu.
"Jadi, tidak salahkan An-Nur." Natasya senyum kembali.
"Jom masuk suite. Saya dah letihlah. Esok kita hendak ke tapak projek sebelum balik." Pintu suite dibuka. Cantiknya. Mesti mahal sewa suite inikan. Desis hati Natasya.
"Awak ambil bilik sana. Saya tidur dekat sini. Pakaian awak semuanya ada di dalam. Saya dah pesan pekerja saya beli apa yang patut petang tadi. Harap awak selesa." Kelu tanpa suara Natasya dibuatnya.
"Dekat di situ ada dua bilik berasingan. Jadi kita cuma satu suite, bilik asing-asing." Lega mendengarnya.
"Saya masih punya bekalan agama yang cukup untuk bataskan sikap saya. Saya hanya akan minta hak saya bila sampai masanya. Insya Allah." Nafiz sempat cuba tarik telinga Natasya. Akhirnya berjaya. Pantas dia berlari dan tutup pintu bilik tidur. Kena buli lagi.
Sekejap kemudian segala pesanan Nafiz juga sampai. Pelayan hotel itu terus lakukan tanpa disuruh. Natasya hulurkan tips kepada pelayan itu sebelum berlalu.
Natasya tidak boleh lelapkan mata. Benaknya menganalisa siapa sebenarnya Nafiz Hamidi. Kata Nafiz dia sudah berada dalam diri Natasya sejak empat tahun lepas.
Agak lama masa itu sebenarnya. Diibaratkan seorang bayi membesar, sehingga jadi kanak-kanak dan boleh didaftarkan ke taska.
Kepala Natasya tidak putus-putus imbas kisah silam.
"Awak ni nama sedap, muka comel. Tapi otak tak berfungsi. Macam mana orang macam awak nak bermain dengan Fizik sedangkan lembab." Abang Garang berambut panjang itu marah.
Bagaikan ingin menangis Natasya dikerjakannya. Ada sahaja hal mahu jadi bahan bebelan.
"Esok awak siapkan tugasan saya. Saya dengar awak bijak. Ayah awakpun jurutera. Mesti awak pandai gilalahkan." Abang Garang hulurkan pendrive.
"Saya nak awak siapkan esei 5000 patah perkataan. Siap dengan rujukan dan fakta kes. Saya nak awak jadikan kes malam ini sebagai contoh." Terkebil-kebil mata Natasya. Biar betul mamat poyo seorang ini. Pelajar freshie disuruhnya buat pelajar semester terakhir punya tugasan.
"Abang buatlah sendiri. Saya tidak tahu. Belum belajar lagi." Tegas Natasya.
"Awak berani melawan sayakan. Selama ni, belum pernah ada pelajar dekat di sini berani angkat muka dengan saya. Tahu tak?" Bangkang Abang Garang.
"Saya tidak kisahlah, orang lain berani angkat muka dengan abang ke tak. Saya angkat muka saya ringan je. Tengok saya gerakkan kepala saya ke kiri kanan atas bawah. Mana susah, tidak perlu remote control pun." Mulut Natasya memang tidak bekerjasama. Tidak sangka dia menjawab begitu.
Alang-alang seluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang mandi biar basah. Alang-alang menjawab kita teruskan menjawab. Boleh tidak begitu?
Fikiran Natasya sempat lagi merewang ke angkasa lepas, entah sampai ke galaksi mana pun tidak pasti. Sedangkan Abang Garang tengah renung setiap inci wajah Natasya bagaikan hendak telan.
"Woi! Awak berangan!" Terpelanting buku rujukan berkulit tebal yang Natasya pegang. Buku tersebut baik pula boleh mendarat di atas kaki kanan Abang Garang.
"Ouchh, sakitnya." Apa yang dia sudah lakukan. Sedikit sebenarnya, Natasya menyesalinya. Menyeringai dia wajah Abang Garang. Merah padam wajahnya menahan kesakitan.
Tergedik-gedik pula datang seorang lagi kakak senior. Terkinja-kinja dan merenyam sahaja mata Natasya melihatnya.
"Hei you perempuan. Why you cederakan my bee?" Entah kenapa geli benar tekak Natasya.
"You, please do not touch me! Move!" Hai, baik punya gedikpun, kena maki.
'Memang Abang Garang aku sempoi!' Ya, Allah. Natasya berangan lagi. Gadis gedik itu memang peminat tegar Abang Garang. Wawa namanya. Kasihan Wawa tidak semena-mena kena maki semua pasal Natasya.
Dalam Fakulti Kejuruteraan ini, tidak siapapun berani lawan dia. Dengar dia sudah habis belajar. Tapi tidak pasti kenapa dia ada di sini. Rahsia tentang dia memang misteri. Malah pihak universiti dan kakitangannya juga amat menghormati dia.
Lepas kesakitan dekat kakinya berkurangan. Dia bangun semula.
"Maaf Wawa, I tak sengaja." Abang Garang menapak dekat ke arah Natasya.
"Awak kena ingat satu perkara ini sampai awak mati. Saya tidakkan benarkan mana-mana lelaki mendamping awak walaupun saya tidak ada depan mata awak. Awak yang nyalakan api kemarahan saya, awak juga yang boleh padamkan. Awak milik saya, dunia dan akhirat!" Eh, kenapa pelik sangat bunyi amaran Abang Garang.
Terus dia berlalu dari situ. Sebelum berlalu, Abang Garang petik jari hala ke seorang senior perempuan lain, Kak Min.
"Kenapa adik buat dia marah. Teruklah kita semua nanti." Kak Min kehirauan. Natasya tidak faham mengapa semua orang takut sangat dengan Abang Garang.
"Natasya jomlah kita balik bilik. Ingat pesan dia, tugasan dalam pendrive tu buat. Jika tidak dia boleh gagalkan Natasya tau." Biar betul. Sudahlah dia masuk jurusan yang jadi harapan tinggi untuk dia berjaya genggam segulung ijazah oleh ibu bapanya.
Nanti tengok sahajalah, apa tugasan itu. Natasya berlalu masuk ke biliknya. Sampai sahaja dia terus tertidur.
'An-Nur, An-Nur, bangun sayang. Kenapa tidur dekat ruang tamu ni? Dahlah, posing menggoda. Nanti abang khatamkan sayang dekat sini. Susah nanti." Akal Natasya memproses suara yang rasanya agak samar. Suara macam tunang dia. Tengah berangan pasal Abang Garang, kenapa pula jejaka misteri ini pula yang timbul.
Bahu Natasya digegarkan lebih kuat.
"Patutlah degil. Tidur pun mata masih renggang. An-Nur bangun, tidur dalam bilik. Liat betul dia hendak bangun tau." Natasya terasa wajahnya basah direnjis dengan air.
'Kenapa air ni rasa macam susu.' Natasya menjilat susu yang terkena di wajahnya. Dia buka mata perlahan-lahan. Terkejut dia ada seorang lelaki berserban depan matanya.
"Opocot! Abang Garang." Tergamam lagi. Baru pulang ke muka bumi dan dunia nyata. Tersengih-sengih apabila kantoi depan tunangan sendiri.
"Maaf Fidi. Saya tertidur." Mengeluh Nafiz dibuatnya. Nasiblah badan dapat bakal isteri suka tidur mati dan kuat berangan.
"Bangun dan mandi. Fidi tunggu dalam bilik. Kita solat malam dan qiam sekali." Nafiz terus berlalu tinggalkan Natasya. Dia menurut sahaja arahan Nafiz.
Share this novel