Selesai sahaja solat Subuh, Natasya bercadang untuk tidur kembali. Mengantuk mata. Terasa bagaikan ingin ditongkat dengan anak mancis.
"Anak dara, nak ke mana tu?" Nafiz menegur Natasya yang bergesa tuju ke biliknya.
"Tidurlah. Awal lagi kot nak gerakkan." Pantas Nafiz bangun dekati Natasya.
"Dalam kamus hidup saya, tiada tidur semula lepas dah bangun pagi. Nanti rezeki liat nak masuk. Satu lagi, bakal jadi pemalas nanti." Terbeliak mata Natasya.
'Biar betul jejaka misteri aku ni. Kalau macam ni, serupa seperti skod askar dekat kem latihan dah.' Natasya merungut dalam hatinya.
"Pergi siap. Salin pakaian sukan. Jangan lupa bawa baju panas dan tuala kecil sekali." Nafiz tersenyum bila lihat Natasya pamer wajah bengang. Nafiz ambil alih lipat kain sejadah dan berlalu ke peti sejuk untuk minum sedikit jus.
"Gila apa nak bersenam tengah-tengah sejuk ni. Buatnya selesema ke demam ke, siapa yang hendak tanggung." Natasya membebel. Nafiz pekakkan telinga sahaja. Nafiz malas hendak layan kerenah Natasya. Dia memang sudah masak dengan sikap Natasya yang kuat menjawab tapi patuh itu.
*****
Keadaan suasana di luar hotel cukup dingin. Sesekali tergigil-gigil Natasya dibuatnya. Entah kenapa Nafiz pilih tempat ini dia tidak pasti. Apa projek Nafiz di sini juga ke, namun Natasya tidak bersarat untuk bertanya.
"Fidi, jomlah balik. Sejuklah." Nafiz berdiam diri sahaja. Tidak membalas.
"Fidi, saya ajak balik. Jomlah." Bahu Nafiz ditepuk kuat. Tersentak Nafiz. Patutlah tidak dengar apa yang dia katakan tadi, pakai earphone rupanya.
"Apa?" Bertanya dengan wajah selamba. Langsung tidak rasa bersalah.
"Jom balik. Pekak!" Terus Nafiz berubah wajah.
"Fidi dengar apa sampaikan suara pun tak dengar.” Akhirnya dia menapak laju beberapa tapak ke hadapan.
"Eh, siapa yang patut merajuk. Aku ke dia?" Natasya mula tergaru-garu kepala. Akhirnya terpekik terlolong memanggil Nafiz. Namun Nafiz tidak hiraukannya dan teruskan lariannya. Natasya tiada pilihan, menurut sahaja. Semakin lama semakin Natasya keliru dengan sikap Nafiz. Emosi pantas berubah-ubah.
Nafiz terus tuju ke arah kafeteria hotel. Natasya sekadar menurut sahaja. Terhidang pelbagai juadah dan hidangan di bahagian buffet namun Natasya hairan Nafiz langsung tidak singgah di situ. Nafiz terus tuju ke meja yang terletak perkataan 'reserved' di situ. Tidak lama kemudian, pelayan pun datang menghampiri mereka.
"Ala-carte. Macam biasa tapi untuk dua orang." Natasya tidak ditanyapun hendak makan apa. Nafiz terus buat keputusan.
"An-Nur, Fidi tak salahkan langsung jika awak sukar nak faham saya, tapi tolong belajar fahami saya secepat mungkin terutama lepas nikah nanti. Hubungan kita bukan sekadar suami isteri, berkongsi katil, jadi sahabat dan boleh juga jadi musuh bila tak sefahaman." Nafiz terhenti seketika apabila pelayan hotel menghidangkan makanan. Peliknya makanan sama dengan yang terhidang di bahagian buffet untuk Natasya dan nasi putih berlauk ikan siakap kukus untuk Nafiz.
"Beratnya sarapan awak." Nafiz tersenyum.
"Saya memang terus ambil makanan berat masa sarapan. Selalunya saya terlalu sibuk. Bagi elakkan saya kena gastrik, saya makan nasi sebelah pagi dalam kuantiti yang tidak banyak. Saya lebih gemar makan lauk yang tidak berminyak dan berkukus berbanding goreng-goreng. Tengahari yang akan makan lebih ringan tetapi tetap makan juga. Sebelah malam saya akan makan sebelum enam petang. Tengah malam saya wajib minum susu. Saya harap An-Nur jaga waktu makan saya. Jika tidak saya akan gastrik." Wah, sudah turun ilmu penting nampaknya.
"Baiklah. Saya cuba yang terbaik." Natasya malas hendak berbahas. Nafiz tidak dalam emosi begitu baik pagi ini.
"Sebenarnya syarikat ayah Mutalib dan saya sudah sebumbung. Lepas kita nikah, ayah Mutalib dan ibu bercadang untuk bersara. An-Nur kena bersedia pikul tanggangjawab besar dalam syarikat mahupun rumahtangga. Fidi izinkan An-Nur bekerja nanti, cuma waktu bekerja An-Nur adalah dari pukul sembilan pagi sehingga tiga petang sahaja." Lagi tiga jam macam mana. Bukankah dalam Akta Pekerjaan, pekerja perlu bekerja sembilan jam termasuk masa rehat sejam?
"Tapi?" Nafiz yang hendak menyuap makanan tadi terhenti dan renung tepat Natasya.
"Hmmm, kita tak perlu teruskan perbincangan ni dulu. Fidi rasa An-Nur pun tak selesakan. Maaf jika Fidi agak beremosi pagi ini. Jika lepas ni, An-Nur lihat Fidi ada angin monsun, jangan tegur apa-apa. Biarkan Fidi reda dan Fidi akan pulih seperti biasa. Okay, sayang." Nafiz tersenyum kembali lega hati Natasya.
Natasya angguk saja. Jika Nafiz adalah Abang Garang masa universiti dulu, maka dia perlu bersedia dan berhati-hati. Setakat ini Natasya boleh hadam lagi.
"Berani kamu tidak siapkan esei saya tugaskan ye." Jerkah Abang Garang.
"Tugasan daripada pensyarah lain melambak. Takkan saya nak buat kerja tak berfaedah ni." Beraninya mulut aku menjawab. Padahal skru lutut Natasya mulai longgar. Terasa mahu dicabut gegendang telinga dijerkah begitu.
"Tak berfaedah awak kata. Esei ini bahan untuk praktikal awak. Saya dah rekomen awak ke syarikat yang dimaksudkan, saya cuma nak awak kaji dan faham polisi syarikat. Tahu tak?" Muka Natasya semakin ketat.
"Saya boleh praktikal syarikat ayah sayalah. Bukan saya minta direkomenpun." Berdegilnya Natasya.
"Jadi betullah awak tak nak buat?" Natasya berkira-kira hendak buat ke tidak.
"Awak tahu jawapannya jika gagal laksana arahan saya." Natasya membalas dengan mengangkat kening sahaja.
"Jika awak gagal maka saya akan letakkan awak berpraktikal di syarikat yang menawarkan kerja yang sukar untuk perempuan macam awak ni. Staf-staf dia gatal-gatal dan tua-tua belaka. Jika awak ikut arahan saya, saya rekomen awak berpraktikal dengan syarikat yang berpotensi dan awak juga berpeluang cerah untuk jadi..." Jadi apa pula ini?
"Jadi apa?" Tiba-tiba Abang Garang tergelak besar dan Natasya kalut.
"Abaikanlah. Jom saya bawa awak ke syarikat tu. Nah dia kad bisnes orang yang patut awak jumpa. Awak boleh tahu apa saja untuk tugasan ini. Awak perlu temu ramah dia ikut skop yang saya tetapkan. Siapkan petang nanti juga. Malam ni pukul sepuluh jumpa saya di taman." Aduhai, mengarah sahajalah Abang Garang. Siapa agaknya.
Dalam perjalanan masing-masinh berdiam diri. Alih-alih mereka sudah tiba di bangunan syarikat tersebut.
"Kumpulan Bersatu Holdings!" Mulut Natasya tiba-tiba meletuskan kata-kata itu.
"Kenapa An-Nur tiba-tiba nama syarikat abang?" Jari telunjuk Natasya mula menunjuk ke arah muka Nafiz.
"Baru saya tahu jadi Fidilah Abang Garang masa belajar dahulu. Lelaki yang suka buli saya dan bersungguh-sungguh kata saya bakal isteri Fidi. Kan?" Tergamam Nafiz. Dia buat tidak faham.
"Jangan buat andailah. Cepat makan. Jap lagi kita nak ke Janda Baik. Tengok projek pembinaan Eco-city Resort di sana." Benci tau. Masih tak mahu jawab? Suka bertanya tanya khalifah kecilnya ini.
Share this novel