Bab 7

Romantic Comedy Series 63035

"An-Nur maafkan Fidi ye, terpaksa angkut awak sekali." Jejaka itu melepaskan lelah.

"Namapun kecemasankan." Natasya menjawab dengan nada selamba.

"Terima kasih, sayang sebab sudi temankan abang." Tidak semena-mena pipi Natasya jadi kemerahan. Malu agaknya dipanggil sayang. Nafiz sengaja menguji gadis itu. Kalut sekejap si Natasya.

"Sama-sama. Mengada-ngada. Tak payahlah nak berabang bagai." Nafiz mengangkat kening. Sambil buat muka pelik.

"Kenapa tak boleh? Lagipun bakal suamikan. Kenalah biasakan." Cuba duga lagi hati Natasya.

"Tidak panggil dengan pangkat ataupun nama manja, tidak bererti saya tak hormatkan Fidi." Nafiz tersenyum kelat. Ada sahaja jawab gadis itu. Agaknya jika suatu hari nanti, betul-betul mulut Natasya kena tampal dengan gam gajah.

"Siapa yang kemalangan tadi itu?" Natasya mula cuba alihkan topik perbincangan. Biarlah masa menentukan apa panggilan yang sesuai buat jejaka itu.

"Dia jurutera kanan, Fidi. Tengah banyak projek sekarang ni. Tak sangka pula dia boleh pengsan dekat tapak projek. Mujur hentakan dekat kepalanya tak kuat..." Risau sungguh Nafiz nampaknya.

"Benda nak jadilah, Fidi. Sakit dan mati, bukan beri amaran jika hendak datang." Kata-kata Natasya ada kebenarannya. Desis hati Fidi.

"Kitakan orang Islam, wajib percaya kepada qada' dan qadar. Saya harap Fidi tidak terganggu dengan situasi ni. Jika awak perlukan bantuan saya, beritahu sahajalah." Natasya senyum. Salurkan kekuatan pada jejaka itu.

"Apa saya nak jawab kepada keluarga dia..." Nafiz menahan sebak. Nafiz bersyukur kerana hasil imbasan dekat kepala juruteranya, menunjukkan tiada pendarahan dalaman.

"Kita doakan sama-sama ye." Nafiz mengangguk.

"Saya nak hubungi keluarga Zaki sekejap." Natasya biarkan Nafiz selesaikan urusannya dahulu.

Nafiz bersetuju untuk biayai semua kos rawatan Zaki. Nafiz juga menawarkan bantuan yang sewajarnya buat Zaki dan keluarga. Natasya tidak sangka, khalifah kecilnya itu memang berhati mulia. Alhamdullillah.

Penat terpalit jelas di wajah Nafiz. Nafiz terlalu sibuk akhir-akhir ini. Sibuk dengan bisnes. Persiapan perkahwinan mereka juga belum selesai lagi. Menurut Nafiz, dia perlu cuci kaki sahaja. Nafiz agak lokek untuk berkongsi tentang persiapan itu. Nafiz mahu jadikan memori indah buat mereka berdua.

Sebaik sahaja Natasya tiba di dalam kereta, dia disambut dengan nada deringan telefon bimbitnya bertalu-talu.

“Awak tinggalkan beg tangan dalam kereta?" Natasya cuak. Lihat muka Nafiz agak berang. Jejaka itu sudah bercekak pinggang di hadapan Natasya.

"Kalau kereta saya kena pecah, awak hendak bayar ke? Kenapa awak cuai sangat?" Nafiz mengeluh dalam.

Sudahlah dia dilanda kepenatan. Entah jantan mana pula telefon Natasya tengah malam begini. Cemburu bertamu dalam hatinya. Mulalah dia fikir yang bukan-bukan.

"Saya terlupa. Saya kalut sangat tadi." Pendeknya jawab. Malas dia hendak beri ulasan. Emosi Nafiz tidak stabil, Natasya tidak mahu burukkan situasi. Pantas Natasya lihat skrin telefon itu.

"Semua tu alasan awak semata-mata. Mengaku sahajalah bila sudah buat salah. Ego sangat." Bagaikan hendak menangis Natasya dibuatnya.

Nafiz sengaja menekankan nada suaranya. Bagi peringatan kepada bakal isterinya. Sesekali uji tahap ketegasannya bagus juga. Biarkan gadis manja dan kuat menjawab itu rasakan. Nafiz cuma gelakkan Natasya dalam hati.

Nafizpun keliru di hadapan Natasya, perasaannya bercampur baur. Dia tidak pasti, bagaimana dia akan melayani karenah gadis itu kelak.

"Fidi, ayah!" Masing-masing terus berwajah pucat. Nafiz sudah menelan air liur. Alamak, kes berat ini!

'Bagaimana aku boleh lupa minta izin ni? Anak perempuannya, aku culik sampai ke Pahang.' Nafiz terus rampas telefon Natasya dan jawab panggilan itu. Dia bertanggungjawab dengan situasi ini.

"Ya, ayah Mut. Tasya selamat dengan saya." Nafiz terus terjah selepas memberikan salam kepada Encik Mutalib. Natasya hanya memasang telinga.

Pasti Encik Mutalib mengamuk sakan dia tidak pulang lagi. Memang peraturan di rumah, dia wajib berada di rumah sebelum pukul sembilan malam setiap hari. Wajib makan malam bersama. Solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

"Natasya hanya selamat dengan muhrimnya sahaja. Dengan kamu, belum tentu lagi. Kamu belum ada ikatan yang sah." Menahan telinga nampaknya. Salah dia boleh terlepas pandang kali ini. Kelihatan Nafiz hanya mengiyakan kata-kata Encik Mutalib sehingga tamat perbualan. Bertambah sugullah wajah Nafiz kali ini.

"Ayah marahkan Fidi ke? Maaflah saya lupa beritahu ayah tadi." Natasya sambut telefon bimbitnya yang dihulurkan Nafiz.

"Fidi tak kisah. Dah biasapun kena marah dengan ayah awak." Terkejut Natasya mendengarnya.

"Bila masa ayah saya marah awak?" Natasya berminat untuk mengetahui.

"Sejak dari Fidi luahkan perasaan hendak memperisterikan Natasya empat tahun lepas." Natasya kehairanan.

"Saya tak fahamlah." Natasya mahu tahu. Nafiz susah betul untuk berkongsi. Nafiz hanya cakap dia sudah jaga Natasya sejak masuk universiti lagi.

"Fidi penat boleh kita cerita hal ni lain kali tak?" Nafiz mengelak.

"Apa ayah marah Fidi tadi?" Nafiz mengeluh. Malas dia hendak jawab soalan Natasya sekarang.

"Kita bincang nanti boleh tak? Sekarang, kita dahlah sehelai sepinggang. Kita pergi beli baju dahulu. Balik hotel, kita rehat." Bidas Nafiz..

"Sampai bila awak hendak simpan semuanya daripada saya. Saya perlu tahu. Awak terlalu berteka-teki dengan saya." Natasya memang tidak suka persoalan bertangguh.

"Kenapa awak susah hendak hormat saya, An-Nur? Dahlah panggil saya pun dengan nama. Bukan nak guna 'sayang' atau 'abang'?" Timbul lagi isu ini buat kali kedua.

"Memang saya tak wajibpun hormat awak sekarang. Awak baru tunang saya bukannya suami. Ada masalah ke?" Nafiz mengeluh. Menjawab dan terus menjawab. Sifat semulajadi An-Nur Natasya. Memang uji kesabaran Nafiz.

"Suka hati awaklah. Jangan dah kahwin nanti sama gak perangai macam ni. Jaga awak." Nafiz memang bengang.

“Memang saya dah jaga-jagapun. Eee...takutnya saya..." Natasya mengejek.

Nafiz mula cari telinga Natasya yang tersembunyi di belakang tudung. Memang dia berhajat mahu pulas telinga. Natasya buka silat tepis tangan Nafiz.

"Haram...haram...haram..." Natasya separuh terjerit. Nafiz menahan gelak, melihat bersilang-silang tangan Natasya mahu menepisnya.

"Hei...agak-agaklah hendak menjeritpun. Karang kena tangkap khalwat dalam kereta, baharu padan muka. Kahwin free." Natasya berpaling mengadap muka Nafiz. Kali ini terlepas juga gelaknya.

'Kalau betul kena kahwin percuma, lagi teruk kena ceramah dengan ayah Mut nanti.' Nafiz mengelengkan kepalanya. Terbayang wajah garang Encik Mutalib. Ngeripun ada.

"Huh, taubat tak nak!" Terkejut Natasya dibuatnya bila jejaka di sebelahnya mula berangan.

"Fidi awak nikan kuat sangat berangan tau." Tersengih-sengih Nafiz dibuatnya. Macam mana boleh terlepas suara pula. Nampak sangat ayah Natasya seorang yang tegas.

Mahu empat puluh hari kena ceramah dengan ayah Mut.' Kata Nafiz dalam hati.

'Nak mati kena ceramah dengan ayah Mutalib. Belum balik ni lagi.' Pasti cair tahi telinga kena leter dengan bakal ayah mertuanya nanti.

"Lelaki memang suka freekan. Lepas itu dapat madu, sepah dibuang." Wah, Natasya sudah main kasar. Kenapa pula dia diajak bergaduh ketika ini? Geram betul dengan sikap Natasya yang suka cabar kesabaran Nafiz.

"Nak ke? Saya pantang dicabar." Baru Nafiz mengacah, sebiji penumbuk terkena ke batang hidungnya.

"Malaslah saya hendak layan awak. Jom kita beli pakaian, makan selepas itu balik hotel saya." Hah, hotel! Hendak buat apa balik hotel. Jangan Nafiz hendak buat benda tidak elok kepadanya. Natasya fikir bukan-bukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience