Bab 6

Romantic Comedy Series 63035

"Eerrkkk..." Kuatnya dia sendawa. Nafiz mengucapkan syukur dalam hati. Bersyukur dengan rezeki yang tidak putus-putus. Bersyukur, bakal isterinya seorang yang comel dan cantik.

Riak wajah Nafiz agak selamba. Bagai tidak kisah, bersikap lepas laku. Sempat Natasya mengerling ke arah orang duduk di kiri kanan mereka. Ada yang mencebik dan ada juga mentertawakan Nafiz. Natasya pula yang merah muka, menahan malu.

"Awak ni tak jaga adab langsung. Main belasah saja." Natasya menegur sifat selamba Nafiz.

Nafiz tidak endahkan kata-kata Natasya.

"Saya bukan mencuripun. Saya makan, saya bayar. Jadi apa masalahnya?" Tangan jejaka itu semakin ligat kopek kulit ketam nipah di hadapannya. Ketam masak lemak cili api sudah berada di depan mata, kekasih di depan pun tidak diendahkannya.

"Kenapa awak malu ke?" Nafiz menjilat jari tangan kanannya satu persatu. Akhirnya Natasya mengeluh.

"Macam ni ke perangai sebenar, pengarah tersohor Malaysia?" Nafiz menunjukkan tanda tunggu. Dia bingkas bangun untuk mencuci tangannya dan segera pulang ke tempat mereka duduk.

"Apa yang awak cakap tadi?" Nafiz mengelap tangan dengan tisu sambil sedut air tembikai yang dipesannya tadi. Sekali lagi jejaka itu buat macam budak-budak. Tiup air minuman sampai keluarkan bunyi gelembung-gelembung buih.

"Fidi serius sikit boleh tak?" Natasya sudah tidak boleh tahan. Pantas dia menampar lengan jejaka itu.

Nafiz sudah tolak gelas air minumannya ketepi. Mula tumpukan perhatian kepada Natasya.

'Cepatnya dia sedut segelas minuman. Bukan tadi masih penuh ke?' Bisik hati Natasya.

“Bosanlah asyik kena jaga protokol sana sini. Depan awakpun, saya kena berprotokol beratlah." Ambil engkau. Ungkapan cepumas sudah terpancul daripada bakal suaminya.

"An-Nur Natasya binti Mutalib, masa kerja, memang saya kena nampak sempurna, sebab saya ketua mereka. Awak kena faham, situasi itu tidak sama bila saya bersama awak." Natasya pandang Nafiz dengan tepat, pinta dia penjelasan terperinci.

"Awak bakal isteri saya kan?" Natasya mengangguk sahaja.

"Ya betul tapi awak kena terima saya seadanya." Jari telunjuk Nafiz sudahpun berada depan muka Natasya.

"Adakah perilaku saya tadi, boleh jatuhkan status saya sebagai bakal imam dan bakal khalifah kecil awak?" Natasya tidak tahu hendak beri respon yang sesuai.

"Berdosakah saya? Saya hendak hiburkan hati sendiri, salahkah?" Natasya terus terdiam. Nafiz mengangkat-angkat keningnya pinta Natasya jawab.

"Saya, saya... tidak tahu hendak komen apalah." Tergagap-gagap pula yang keluar.

"An-Nur, saya ringkas sangat orangnya. Fleksibel tau ikut masa. Awak pelik saya boleh makan di restoran biasa?" Memang itulah soalan yang ingin dia luahkan tetapi tidak kesampaian.

"Tidak semestinya sebagai seorang hartawan, membataskan hak peribadi saya. Saya tidak malu makan di gerai kaki lima sekalipun. Saya tidak kisah beli pakaian 'bundle', asalkan kena dengan citarasa saya." Tegas Nafiz.

"Maafkan saya, Fidi. Saya fikirkan yang bukan-bukan pasal Fidi." Nafiz tersenyum manis.

"Awak ni banyak sangat tengok sinetron. Pasal tu banyak berangan." Nafiz tergelak lepas.

"Bila kita menonton televisyen, yang baik jadikan teladan. Yang buruk usah jadi ikutan." Terkena Natasya kali ini.

"Ingat pesanan saya. Walaupun saya jadi pasangan hidup awak, jangan lupa diri. Jangan bongkak dengan apa yang awak ada. Itu semua pinjaman Allah sahaja tau. Dia boleh tarik bila-bila masapun tanpa minta izin daripada kita. Faham tak?" Natasya angguk laju. Siap angkat tangan ikrar, persis janji tidak buat lagi.

"Awak memang nakalkan. Tidak berubah-ubah! Sama saja macam dulu." Natasya tersipu ayu.

"Macam dulu?" Natasya musykil. Bila masa pula dia buat begitu di hadapan Nafiz.

"Masa orientasi, tahun pertama. Ada orang tu tidak makan dekat dewan makan. Lepas itu, curi-curi masak mi segera guna pemanas. Habis seluruh blok asrama puteri terputus bekalan elektrik. Kena denda berdiri bawah embun malam sampai pukul dua pagi." Natasya mengimbas kenangan itu. Adakah lelaki garang berambut panjang itu, Nafiz Hamidi?

"Satu lagi, sebagai isteri saya kelak, tugas utama awak jadi setiausaha sulit saya. Awak juga pemegang amanah dan penjaga harta saya." Natasya terkelu mendengarnya.

"Buruk baik saya, wajib awak simpan dalam poket awak sendiri. Jangan sesekali jaja di luar walaupun dengan teman rapat atau keluarga sendiri. Jaga maruah dan aib. Saya yakin awak mampu." Aduhai, lemas pula bila Nafiz Hamidi mula serius dan tidak berlawak.

Besar kepercayaan yang diamanahkah pada Natasya. Berjayakah dia menjaga maruah lelaki itu kelak? Mesti susahkan menjaga status ikon perniagaan negarakan! Natasya termenung.

"Awak dahlah. Jangan fikirkan sangat. Jangan paksa diri. Kita ikut arus kehidupan kita sahaja. Baiki satu persatu. Okay." Nafiz sudah bangun ke arah kaunter pembayaran. Dia hulurkan sekeping not seratus ringgit kepada kakak kaunter itu.

"Maaf dik, duit tukar dah habis. Adik ada duit kecil tak? Tiga puluh tujuh ringgit sahaja." Pantas Natasya seluk dompet keluarkan jumlah tersebut. Dia hulurkan pada kakak kaunter.

“Ada saya minta tolong awak?" Tegasnya.

"Kak, bakinya akak ambillah. Saya halalkan. Boleh buat modal pusingan." Kakak kaunter serba salah.

"Banyak ni, dik." Nafiz tersenyum mesra.

"Anggap sahaja ini rezeki akak. Lain kali kalau saya datang makan sini lagi, kakak pula masih ingat muka saya. Merasalah saya makan percuma. Bak kata filem P.Ramlee. Kita kira duit aduan ye." Tergelak kakak kaunter itu. Lepas beri salam, Nafiz terus keluar dari restoran. Dia melangkah bertentangan dengan arah parkir keretanya.

Lajunya Nafiz jalan tinggalkan Natasya di belakang. Terlari-lari anak Natasya dibuatnya. Tidakkan marah sampai lupa tempat parkir kereta.

"Fidi kita hendak ke mana? Kereta kita dekat sanalah!" Natasya terjerit sedikit memanggil Nafiz. Nafiz buat tidak endah. Terpaksalah Natasya lari untuk pintas Nafiz. Natasya depa tangan halang Nafiz terus melangkah.

"Jomlah kita balik." Natasya tarik lengan baju Nafiz.

“Siapa cakap kita hendak balik?" Nafiz tanya Natasya semula. Buatkan dia garu kepala tidak gatal.

"Habis kita hendak ke mana?" Nafiz bercekak pinggang. Pandang mata gadis itu dalam-dalam.

"Ambil baju nikahlah, sayang. Butik pengantin dekat depan tu, sahaja. Agak-agaklah hendak naik kereta. Kenapa awak sudah gemuk sangat, tidak larat mahu jalan?" Tangan Nafiz tunjukkan ke satu arah. Kata-kata jejaka ini pun boleh tahan juga bisanya.

"Mana ada." Natasya berhentak kaki.

"Jaga adab sikit boleh tak?" Nafiz bahasakan Natasya.

"Awak boleh buat. Kenapa saya tidak?" Geram pula hati Nafiz.

"Saya lelaki, awak perempuan. Perempuan kena sopan dan ayu." Ikutkan sahajalah kehendak Nafiz.

"Fidi, awak marahkan saya pasal tadi ya?" Nafiz melangkah setapak ke hadapan. Wajahnya betul-betul dekat dengan wajah Natasya.

"Kepantangan saya makan duit perempuan. Jika saya tidak minta awak selesaikan, jangan memandai buat keputusan untuk saya. Saya tak suka." Sangat sinis pada pendengaran Natasya. Sentap rupanya.

Wajah Natasya direnung dalam-dalam. Nafiz sengaja membetulkan tudung Natasya. Dia hendak hilangkan rasa gemuruh di hati gadis itu. Entah kenapa, dia mudah terasa dengan Natasya. Kurang menyakat daripada biasa.

"Maafkan saya. Saya tidak mahu awak takut dengan saya. Mungkin saya tertekan sikit agaknya." Natasya tersenyum sambil anggukkan kepala.

Comel. Wajah bersih. Pandai jaga kulit tanpa sebarang kesan jerawat di wajah. Tenungan Nafiz ibarat panahan cinta buat Natasya. Cepat-cepat beristifar, sebelum dia jauh angau di siang hari.

"Jom Kak Fifi dah lama tunggu kita." Nafiz tarik lengan baju Natasya pula.

"Chop! Fidi cakap tadi ambilkan. Bila masa pula saya bagi ukuran. Tiba-tiba dah siap je." Sekali lagi Nafiz hadiahkan senyuman manis yang buat Natasya tidak lena malam.

"Saya minta ukuran baju awak daripada ibu. Ibu bagi baju contoh awak tempohari. Saya tidak suka kerja bertangguh. Jimat masakan." Natasya tersengih bagaikan kerang busuk.

"Surat nikah dan urusan kadi, ayah Mutalib dah selesaikan?" Natasya jadi burung belatuk lagi. Angguk sahaja.

"Risau juga, awakkan dah makan banyak. Takut baju kurung dan gaun nanti tak boleh zip puka." Berdekah-dekah Nafiz gelakkan Natasya. Bengang Natasta dibuatnya.

"Awak memang tau. Suka menyakat orang. Sedap saya makanlah banyak. Salah ke?" Natasya ingin melawan kali ini.

"Dah kahwin nanti awak kena jaga makan tau. Saya tak mahu awak gemuk. Nanti malulah saya hendak bawa awak ke majlis keramaian."Amboi sudah mula tunjuk belang nampak.

Biarlah saya gemuk. Senang awak perapkan saya dekat rumah. Bolehlah awak menggatal dekat luar sana." Telah Natasya.

"Awakkan suka tuduh saya bukan-bukankan. Jangan ganggu emosi saya boleh tak?" Sekali lagi lelaki itu sentap.

"Opps...maafkan saya." Natasya terlancang kata-kata.

"Em...awak nak tahu kenapa lelaki cenderung berpoligami?" Natasya mengelengkan kepalanya laju-laju.

"Lelaki digalakkan berkahwin lagi sebab membela nasib wanita dan faktor nafsunya. Zaman sekarang dah lain. Lelaki cenderung kahwin lagi sebab asyik dicabar oleh isteri." Aduhai macam-macam pertingkahan berlaku di antara mereka hari ini.

"Saya ni manusia paling setia tau. Jika hampir 44 kali awak minta dan doakan hal yang sama, Yang Atas pun kata ooo...dia suka berpoligami. Maka Dia tunaikan. Nak tak!" Nafiz sengaja main jari manisnya depan mata Natasya.

"Eh...tak naklah. Ni belum kahwin..." Nafiz tersenyum lagi sambil cuit hidung Natasya.

"Jadi Puan Natasya to be...jangan minta yang bukan-bukan. Tuhan sekarang dia suka bagi tunai sahaja tahu tak?" Natasya mengeluh.

"Baiklah tuanku." Nafiz pula sambut keluhan itu. Memang tidak makan saman langsung si Natasya.

Sekejap sudah sampai ke butik pengantin pengantin. Mereka berurusan juga tidak lama. Natasya kagum dengan pilihan dan perancangan jejaka itu. Kak Fifi akan ubahsuai mana yang patut nanti.

Natasya tidak membantah. Nafiz yang keluarkan duit. Jadi dia tidak mahu banyak cerewet. Selepas itu, Nafiz pinta Natasya teman dia jumpa klien. Ada hal penting katanya. Dapat juga Natasya belajar selok belok uruskan klien, secara tidak langsung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience