Bab 3

Romantic Comedy Series 63035

An-Nur Natasya berguling-guling di atas katil. Lama-lama dia renung cincin di jari manis kiri dan seutas gelang juga di tangan kiri. Cantik!!! Dia mengeluh dalam.

"Dah jadi tunangan orang. Macam tak caya je." Senyum sendiri. Syukur dapat bakal seorang khalifah kecil yang daripada sifat luarannya agak sempurna rupa. Dalaman sahaja yang perlu dibedah siasat. Minta-minta sahsiah peribadinya, semolek luarannya. Itulah doaku saban hari.

"Dua minggu dah, apasal dia tak hubungi aku?" Ligat tangan selongkar beg tangan. Terus tuju bahagian tengah beg tempat simpan kad bisnes dia. Mulalah jari jemari runcing aku tekan nombor telefon pejabat dia. Bertekad terus untuk menghubungi encik tunangannya.

"Assalamualaikum An-Nur. Ada apa call saya?" Glup!! Dia tahu aku telefon dia.

Tergamam kejap apabila terdengar panggilan yang jarang orang lain guna panggil aku. Jika ada pun masa zaman persekolahan dahulu. Masuk-masuk universiti sahaja, aku sudah mula jaja kepada semua orang supaya panggil aku Tasya. Mana tahu suatu hari nanti ada orang istimewa hendak tempah nama itu jadi edisi khas. Tidak sangka pula diaplikasikan oleh jejaka misteri itu tanpa dipinta.

"An-Nur, ada lagi tak kat sana?" Lamunanku tersentak. Tiba-tiba dia bersuara.

"Ada-ada. Awak tanya apa tadi?" Alamak kantoi aku kalut seketika tadi.

"Saya tanya, ada apa awak call saya?" Nafiz bertanya. Seriusnya nada suara. Seram pula.

"Nak tanya khabar...eh salah pula, awak macam mana...eh bukanlah... sebenarnya saya hendak jumpa awak boleh?" Selambanya aku. Betul ke ni?

"Ooo...maaf Fidi terlalu fokus pada kerja. Terlupa sekarang Fidi dah bertunang. Dulu solokan. Maaf jika Fidi buat An-Nur risaukan Fidi." Ya Tuhan, dalam ketegasan santunnya lontaran bahasamu, wahai encik tunangan.

"Fidi tengah kerah tenaga semua staf untuk siapkan kerja mereka awal. Sebelum kita kahwin." Muka aku blushing. Eh...bukan dia boleh nampakpun.

Suara macam sedang keketawakan aku. Entah apa yang lucu sangat Natasya tidak pasti. Ataupun Nafiz Hamidi dapat rasakan kekalutan sikap Natasya tadi.

"Kenapa ni, An-Nur? Bunyi macam berperang sahaja tadi." Nafiz tergelak lepas kali ini.

Mana tidaknya, telefon Natasya guna telefon dalam biliknya. Sekali syok pula berborak dengan Nafiz, terlebih tarik maka dengan hormatnya menyembah lantailah telefon itu terjun. Nasib baik tidak pecah. Bunyinya seperti benda bersepai. Sudah pasti sempat ditangkap bunyi itu pada telinga Nafiz.

"Saya dapat bayangkan betapa comelnya wajah yang putih melepak tu, tengah blushing sekarang ni. Sama je macam dulu-dulu, menggelabah tak tentu arah." Perli Nafiz.

"Perasan!" Natasya bengang.

"Okay jangan ganggu Fidi buat masa sekarang. Fidi memang tengah sibuk ni. Sekejap lagi, An-Nur pergi bersiap-siap. Setengah jam lagi, pemandu Fidi datang ambil An-Nur depan pintu rumah." Aku angguk tanda faham. Kenapa pula ni, macamlah si dia nampakkan.

“Kejap kita nak ke mana?” Natasya mula terpinga-pinga.

“Lah, tadi merungutkan kata Fidi tak call An-Nur lah, apalah. Kita jumpa kejap lagi. Bolehlah orang dekat sana lepas rindu tatap wajah Fidi yang hensem ni.” Perasan tahap petala pula mamat di sebelah sana.

“Tak baik mengumpat Fidi. Fidi ada daulat tau!” Berkerut dahi Natasya.

‘Apa dia ni ada saka ke? Boleh baca hati aku mengumpat dia sekarang ni?” Natasya menggeleng sendiri. Tergelak lagi Nafiz.

"Jap lagi Fidi beritahu ayah Mutalib, Fidi pinjam anak dara dia jap." Natasya mulalah terbayangkan senyuman Nafiz. Huh...angau lagi.

"Bodek ayahlah tu." Natasya lepas mengutuk. Terdengar pula keluhan orang di sana. Seolah-olah mencari kekuatan membidas kata-kata An-Nur Natasya.

"Salah tu, An-Nur. Kita mesti hormatkan hak orang. Lagipun awak belum sah jadi milik saya. Tentulah saya wajib minta izin kepada walinya." Meluat pula dengar si jejaka terlalu baik.

“Lepas jadi hak saya, lagilah saya kena jaga amanah keluarga awak baik-baik. Saya kena sedia terima amanah yang diserahkan. Dosa dan pahala awak juga di bahu saya, tahu tak." Sweetnya. Memang susahlah aku hendak menang dengan khalifah kecilku ini. Kata-kataku dijawab dengan berhemah dan berilmu.

"Iyalah tu. Tak kuasa saya hendak berdebat dengan awak. Jumpa kita nanti ye. Ada apa-apa lagi." Tasya tanya tulus.

"Tiada apa-apa. Jaga diri untuk Fidi. Jangan nakal-nakal. Jaga aurat jaga sahsiah. Ok An-Nur. Jumpa nanti." Nafiz terus tamatkan perbualan dengan salam. Salam itu juga Natasya jawab dalam hati. Masa untuk bersiap jumpa Encik Tunangan Jejaka Misteri.

"Sengal betul mamat ni. Tergesa-gesa sungguh." Macam mana agaknya, selepas berkahwin nanti. Entahkan boleh hadam dengan sikap dia atau tidak?

Bergesa-gesa Natasya melompat dari katil. Membersihkan diri, pilih pakaian dan solek ala kadar. Tilik muka kejap depan cermin sambil puji diri sendiri. Sejenak kemudian, terdengar bunyi hon menjerit di luar pagar rumah. Amboi, cepatnya sampai kereta Nafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience