Bab 2

Romantic Comedy Series 63035

Sepanjang perjalanan kami sekeluarga amat ralit memerhatikan persekitaran kawasan perumahan mewah itu. Pelbagai rekaan dan senibina dipaparkan. Semuanya gah terbina di atas tanah-tanah lot milik persendirian.

Rupa-rupanya rumah agam milik Encik Nafiz Hamidi amat berdekatan dengan kampus dahulu tempat An-Nur Natasya menimba ilmu. Reza yang sebentar tadi sudah siap memarkirkan kereta milik Encik Mutalib, dengan pantas mempersilakan kami sekeluarga masuk ke ruang tamu.

"Sunyi benar rumah ini Reza? Tidak ramai yang tinggal ke?" Pantas sungguh mulut Encik Mutalib bertanya.

"Tak ramai, encik. Encik Nafiz dan dua orang pembantu khas sahaja duduk di sini. Empat orang gaji, tukang kebun dan pemandu juga ada. Cuma mereka tinggal dekat bangunan sebelah belakang rumah agam ini." Terang ringkas Reza.

"Jadi Rezapun tinggal di sini juga?" Kini giliran Puan Aisyah pun bertanya.

"Masa bujang ye tapi sekarang saya dah berkahwin. Anak satu. Dua pembantu khas Encik Nafiz yang masih tinggal di sini. Jika Encik Nafiz berkahwin tidak pastilah pula."

"Pinta kalian tunggu sebentar ye. Sebenarnya Encik Nafiz baru sahaja tiba dari Jakarta. Dia sedang bersiap." Reza meminta diri dan menuju ke bahagian dapur.

Beberapa ketika kemudian, Reza muncul semula.

"Tuan, puan dan cik, jemput ke taman bunga. Encik Nafiz sudah menanti kita semua." Reza menjemput tetamu istimewa mereka.

Melihat tetamu istimewanya tiba di tama bunga, Nafiz Hamidi terus berdiri dan mendapatkan mereka.

“Assalamualaikum Encik Mutalib, Puan Aisyah dan Cik..." Nafiz Hamidi cuba memaksa An-Nur Natasya bersuara.

"An-Nur Natasya." Bersuara juga. Hilang kerinduan seketika yang bersarang di benak Nafiz Hamidi.

"Selamat datang ke rumah saya." Nafiz Hamidi bersalaman sambil cium tangan Encik Mutalib. Berhadapan dengan Puan Aisyah dan Natasya, beliau sekadar menganggukkan kepalanya. Bukan muhrimkan takkan nak salam pula.

"Alhamdulillah, berpeluang juga saya bertemu dengan pengarah syarikat konsultan kejuruteraan yang terkemuka tu ye." Nafiz malu-malu dipuji oleh Encik Mutalib.

"Eh, kenapa pula kata begitu Encik Mutalib. Saya insan biasa sahaja." Amboi, bukan main merendahkan diri lagi jejaka misteri ini. Getus hati Natasya.

"Sepatutnya orang seperti Encik Nafiz ni sudah dapat pangkat Dato'. Tengok sahaja projek-projek di Timur Tengah, kebanyakan menggunakan khidmat kumpulan encikkan. Selalu menghiasi dada-dada akhbar dan majalah. Saya sendiri sebagai orang lama bangga dengan pencapaian luar biasa Encik Nafiz." Sekali lagi Nafiz mengeleng-ngelengkan kepalanya. Segan pula, apabila lelaki separuh abad di hadapannya, tidak habis-habis memuji kejayaannya.

"Ada-ada sahaja Encik Mutalib ni. Eh, tak perlulah kita berencik-encik bagai. Saya ada hal penting hendak bincangkan. Bukan hal bisnes." Nafiz memulakan kata bicaranya.

"Hal apa yang penting sangat tu?" Encik Mutalib cuba mengorek rahsia. Benaknya asyik berteka-teki. Jika berurusan hal bisnes memanglah pernah, tetapi hanya melalui wakil Nafiz Hamidi sahaja. Pertama kali bertentangan mata, sudah ada hal penting. Pelik sangat bunyinya.

Sempat juga Nafiz Hamidi sempat mengerlingkan pandangan kepada An-Nur Natasya. Gadis itu seperti tidak ambil peduli perbincangan di antara Nafiz Hamidi dengan Encik Mutalib.

Entah mengapa, jantung Natasya berdegup dengan laju selepas terkena panahan mata Nafiz sebentar tadi. Natasya sengaja melarikan pandangan ke arah ikan koi yang riang ria berenang dalam kolam di taman itu. Natasya puas mencernakan mindanya di mana pernah dilihat kelibat jejaka misteri ini. Namun otaknya tepu. Huh, akhirnya dia mengeluh sendiri. Mujur tidak disedari sesiapa di situ. Buat malu sahaja dibuatnya nanti.

"Saya ni anak yatim pakcik, makcik. Kekayaan yang saya warisi nipun adalah peninggalan ibu bapa saya. Mereka meninggal dunia akibat nahas helikopter. Helikopter peribadi milik keluarga kami disabotaj dan akhirnya terhempas di luar negara. Masa itu, usia saya baru belasan tahun." Nafiz terhenti seketika. Cuba mengumpulkan kekuatan yang ada.

"Berat amanah yang diwasiatkan kepada saya. Saya perlu teruskan dan usahakan cita-cita mereka seperti sekarang. Maklumlah, kami ada ramai tenaga kerja dan bilangan pelajar di bawah tajaan kami." Nafiz masih cuba menerangkan satu persatu.

"Jika prestasi kumpulan kami tidak memuaskan, bagaimana kami ingin membantu mereka meneruskan kerjaya dan pelajaran." Encik Mutalib mengangguk-anggukkan kepala.

Nafiz Hamidi terhenti lagi. Bagaikan berat sungguh ingin meluahkan hasratnya.

"Pakcik, makcik. Izinkan saya memperisterikan anak perempuan pakcik ni, An-Nur Natasya. Saya perlukan seorang isteri, ibu dan pewaris kepada harta saya." Amboi lajunya dia bersuara. Macam keretapi. Semuanya tersentak mendengar kata-kata Nafiz yang tidak dijangka itu.

Kenalpun tak, jumpapun tak pernah. Tiba-tiba hendak melamar jadi isteri. Peliknya lelaki ini. Gelojoh sungguh. Berkerut-kerut dahi An-Nur Natasya dibuatnya.

"Saya tidak kenal encik!" An-Nur Natasya cuba bidas cara berhemah. Nafiz Hamidi Bin Faris hanya tersenyum. Encik Mutalib dan Puan Aisyah berpandangan di antara satu sama lain. Mereka tersenyum juga. Mengapa semua orang tersenyum?

"Barulah pakcik faham sekarang. Mengapa Nafiz beriya-iya sangat mahu taja pengajian Natasya dahulu?" Nafiz mengangguk-anggukkan kepala.

"Eh, kejap! Bukan selama ini pakai biasiswa PAMA ke?" Natasya mula pelik. Direnung wajah Encik Mutalib pinta penjelasan.

"Mana ada. Papa terima pelawaan syarikat Nafiz tanpa pengetahuan kamu." Natasya sengaja mengeling ke arah Nafiz. Bijak perancangan jejaka itu. Wajahnya asyik tersenyum.

"Sebenarnya saya telah lama berkenan dengan anak pakcik. Kebetulan kumpulan syarikat saya adalah mentor dan penaja besar untuk fakulti Natasya belajar. Jadi senanglah saya aturkan segala praktikal, tugasan dan macam-macam lagi program yang Natasya ikuti dengan syarikat saya." Natasya mula duduk tegak dan berminat.

"Mana ada saya buat praktikal dengan syarikat awak?" Puan Aisyah menepuk peha Natasya. Nada suara Natasya agak selamba dan pada pengiraan Puan Aisyah, agak kurang manis didengar.

Nafiz asyik dengan senyuman yang tidak lekang daripada bibirnya.

'Ya Allah 'sweet'nya muka kau. Entah campuran baka manapun tidak tahu. Kacukan Melayu dengan Mat Salih ke atau kacukan Melayu dengan Korea? Mata sedikit sepet, kulit putih melepak dan rambut keperang-perangan sikit.'

'Eh, apa yang kau mengelamun ni, Tasya.' Baharu sedar fikirannya melayang ke awang-awangan.

"Saya ada banyak anak syarikat jadi tiada masalah bagi saya. Pastinya Tasya tidak akan sedarpun." Natasya sedikit sebanyak bengang.

"Macam mana boleh berkenan dengan anak perempuan makcik? Dia ni bukan serupa perempuan lain. Tengok sahajalah perangai dia ni. Kasar. Muka selamba. Bukan reti sangat jaga hati orang luar. Jika di dapur, boleh terbakar dapur cantik rumah kamu nanti." Puan Aisyah sengaja memburuk-burukkan Natasya.

"Ibu agak-agaklah mengatakan Tasya." Nafiz tergelak-gelak sambil tutup mulut. Amboi gaya sopan membunuh, jejaka misteri ini. Dia pula kontrol ayu. Mengalahkan perempuan.

"Maaflah pakcik, makcik saya nikan bab bisnes, bab kerja memang laju. Bab perempuan sahaja saya ni jenis pemalu dan kurang menonjol sikit. Pasal tu sampai sekarang tak kahwin-kahwin." Nafiz senyum lagi kepada Natasya. Kali ini senyuman yang buat Natasya gelabah dan senak perut.

"Saya sudah cukup kenal tingkah laku dan hati budi Tasya. Sudah bertahun saya dekati dia tanpa disedarinya. Bagi saya, cukuplah seorang perempuan tahu menjaga solat lima waktunya, melabuhkan tudung pada yang sepatutnya dan menjaga tingkah lakunya. Tahu batas pergaulan dengan lelaki serta menjaga akhlaknya. Pandai membelanjakan hartanya dan menjaga nama baik keluarga di mana sahaja dia berada." Terkesima kami semua mendengar pujian menggunung oleh Nafiz Hamidi.

Apakah jejaka di hadapannya adalah lelaki misteri yang sentiasa hadir dengan pelbagai cara dalam hidupnya selama ini? Sememangnya An-Nur Natasya menyenangi situasi itu.

Setiap ketika dalam solatnya, Natasya sering memohon pada Yang Esa memperkenalkan dirinya dengan jejaka misteri itu. Sampaikan pintu hatinya ditutup buat lelaki lain. Kali terakhir sekali sebelum pengajiannya tamat, satu nota sampai ke tangannya.

'NOTA TERAKHIR BUAT SANG PERINDU. INSYA ALLAH TIBA MASANYA KITA AKAN BERSATU. JANGAN RINDUKAN SAYA TAU. JAGA AKHLAK DENGAN TUHAN, SAYANGI IBUBAPA. INGATLAH SAYA DALAM SOLATMU. DOAKAN KITA DIPERMUDAHKAN UNTUK BERTEMU KELAK. - NHF.

"Baiklah pakcik setuju." Alhamdulillah. Mudahnya berurusan dengan keluarga An-Nur Natasya.

Natasya setuju sahaja. Cepat benar masin kata-kata ayahnya tadi. Bermenantukan seorang jurutera berjaya. Siapa yang tidak mahukan.

"Bila kamu ingin disatukan?" Encik Mutalib bertanyakan lebih lanjut.

"Lebih cepat lagi bagus. Cadangan saya dalam masa sebulan lagi. Jika majlis akad nikah dan resepsi kita lakukan semuanya di sini boleh tak?. Apa pandangan pakcik dan makcik?" Amboi cepatnya. Berdebar-debar hati An-Nur Natasya.

"Maaflah jika saya ni agak kurang beradat. Sepatutnya saya kena jumpa pakcik dan makcik. Ini terbalik pula. Lain yang saya rancang, lain yang jadi." Puan Aisyah memandang ke arah Encik Mutalib.

"Saya baru pulang dari Sabah. Ada urusan penting. Sepatutnya saya bercadang untuk raikan kejayaan Tasya di UiTM. Maafkan saya." Nafiz berasa bersalah.

"Bukan isu besarpun pada kami. Yang penting kamu ikhlas dan sudi berterus terang. Kami sebagai ibubapa sokong apa yang patut. Tengok wajah anak pakcik, diapun tiada masalah. Setuju nampaknya. Jadi ini bukanlah isu kahwin paksa." Puan Aisyah sekadar menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Pada pandangan makcik, majlis akad nikah elok dibuat di rumah kami. Kami tidak mahu mengundang fitnah orang luar. Jika resepsi di rumah kamu, kami tiada masalah. Rumah kitapun tidaklah jauh manakan. Makcik hendak juga buat majlis khatam Al -Quran dan kenduri doa selamat dekat rumah kami. " Nafiz sekadar menganggukkan kepala tanda setuju.

"Konsep majlis resepsi yang bagaimana pakcik dan makcik mahukan?" Nafiz bertanya lagi.

"Kami tiada masalah. Ikut perancangan Nafizlah." Encik Mutalib ingin memudahkan kerja. Tidak perlu bercerewet sangat. Janji yang wajib patut dilunaskan dahulu.

"Ayah, saya rasakan Encik Nafiz ni mesti terlebih mampukan. Jadi saya mahukan majlis yang tip top. Jika tidak saya tak nak kahwin dengan encik." Nafiz tergelak lepas. Encik Mutalib dan Puan Aisyah serentak menepuk peha Tasya.

"Hei...anak dara jaga adab sikit boleh tak! Ayah dan ibu lebih suka bersederhana. Nafiz jangan salah faham ye. Kami bukan mata duitan." Bengang pula Tasya dimarah begitu oleh ibubapanya.

"Betullah ayah. Kahwinkan sekali seumur hidup bagi orang perempuan. Lainlah lelakikan. Habis satu kuota, tiga lagi kosong. Dapat-dapat lagi orang hartawan macam Encik Nafiz ni." Tasya menegakkan pendapat. Nafiz tergelak besar.

"Hai, belum nikah lagi dah kali peluang saya kahwin lagi. Ini sudah bagus." Senyum besar Nafiz. Natasya mula buat muka.

"Jika encik berani, cubalah. Langkah mayat saya dahululah. Tak pun kenalkan saya perempuan tu, biar saya botakkan kepala dia sampai licin. Biar dia tak de rambut sampai ke tua." Amboi serius dan garangnya. Tersedar ibubapanya pandang bagaikan hendak telan Natasya hidup-hidup. Cepat-cepat Natasya pandang wajah Nafiz minta pembelaan.

"Apalah, Tasya merepek ni." Nafiz mengeleng-ngelengkan kepalanya. Ya, sarang tebuan jangan dijolokkan.

"Hal majlis resepsi nanti biar saya bincang sendiri dengan Tasya, nanti jika pakcik dan makcik tidak keberatan. Insya Allah saya tidak kisah pasal kosnya pun." Nafiz meminta izin untuk bertemu dengan Natasya nanti.

Dia memang sudah terbiasa dengan sikap lepas cakap si Natasya. Dia sedar hati gadis itu bersih dan polos. Tidak pandai berpura-pura. Itu adalah ciri-ciri yang menjadi tarikannya selama ini.

"Kami tidak ada aral pun tentang hal ini. Majlis kamu berduakan, terpulang yang mana baik." Bagus senang kerja nampaknya. Akhirnya doa Encik Mutalib dan Puan Aisyah untuk mendapatkan menantu jurutera termakbul jua. Alhamdulillah.

"Jika semuanya sudah setuju, ini ada sejumlah cek untuk persiapan majlis akad nikah nanti dan sebentuk cincin serta seutas gelang tangan untuk Tasya. Nanti makcik tolong pakaikan pada Tasya ye. Saya merisik ni, kira terus bertunanglah ye. Boleh semua?" Mutalib mengambil cincin dan gelang tangan tersebut. Angguk lagi tanda setuju.

"Maaf sekali lagi pakcik dan makcik, sebab saya sendiri yang bertanya." Nafiz masih rasa bersalah. Risau jika ibubapa Natasya seorang yang berpegang teguh kepada adat.

"Tiada hallah untuk kami. Bak kata orang putih 'gentleman' bila lelaki sendiri sanggup uruskan hal-hal macam ni. Kami penting syariat Islam. Tiadalah pembaziran itu yang penting." Jelas Puan Aisyah.

"Tempoh bertunang ni, kami harap kamu berdua jaga diri. Jangan buat perkara yang boleh memalukan keluarga. Pakcik sudah tahu serba sedikit latar belakang kamu. Memang tidak keberatan pakcik serahkan tanggungjawab membimbing An-Nur Natasya dunia dan akhirat kepada kamu." Nafiz tersenyun lagi. Terus dia bersalaman dengan Encik Mutalib tanda hormat.

"Jika tidak cukup beritahu ye." Kedua ibubapa Natasya hanya tersenyum. Jumlah yang tertulispun lima angka dan agak besar. Mustahil tidak cukup.

"Tuan makan tengahari sudah dihidangkan. Jemputlah semua kita ke ruang makan." Akhirnya mereka beriringan untuk menikmati hidangan lazat yang tersedia.

Sebelum pulang, kami sekeluarga bersolat Zuhur berjemaah dahulu dan diimamkan oleh Nafiz Hamidi. An-Nur Natasya pula tidak sangka statusnya berubah sekelip mata. Jadi tunangan orang bidan terjun. Boleh ke dianggap begitu? Jika diketahui oleh teman rapat, masak kena goreng.

Mana tidaknya gelaran graduasi dan tunangan diperolehi serentak hari ini. Wah...betul-betul hari besar dalam hidup An-Nur Natasya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience