Bab 8

Other Completed 16324

?8

Selesai makan, Eka menghambat dirinya masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menyalin pakaiannya. Tiada siapa yang tidur dibiliknya sejak dia berhijrah ke KL. Bagasi dan barang-barangnya sudah tersedia di tepi katil.

Matanya sempat mengitari keadaan bilik sekeliling. Suasana masih tidak banyak berubah cuma terdapat beberapa barang-barang tambahan dan susun aturnya sudah diubah sedikit.

Eka menarik dirinya ke meja solek. Tersenyum dia sendirian sebaik melihat potret gambar yang terletak di atas meja solek itu. Gambar bersama adiknya, Eja telah mengimbau kenangannya sewaktu kecil. Tiba-tiba dia mengelamun di situ.

“Kakak, kalau akak dah besar, akak nak kerja apa?” tanya adiknya Eja sambil kakinya bermain-main air di gigi sungai.

“Kakak nak kerja dikampung tolong ayah tangkap ikan di sungai,” jawab Eka sambil mandi di dalam sungai. Sesekali dia menyelam lalu timbul semula dipermukaan.

“Ya kah kakak nak tolong ayah kerja di sungai? Boleh adik nak kerja sekali tak dengan kakak dan ayah?” tanya Eja dengan suara yang penuh manja.

“Boleh kalau adik nak kerja sekali. Tapi tunggulah bila adik dah besar nanti ya?” balas Eka lagi.

“Akak janji tak yang kita akan kerja sama-sama nanti?”

“Akak janji.”

Lamunannya terhenti sebaik meletak baik gambar itu di meja solek. Kenangan itu sedikit-sebanyak menyentuh hatinya. Dia berasa agak kecewa kerana janji yang pernah diikrarkan bersama adiknya, Eja dulu tidak pernah ditunaikan. Janji hanya tinggal janji. Kini, mereka tiga beradik semuanya berhijrah kerja di KL. Memang benarlah kata orang. Jangan membuat janji dengan sesuatu yang kita tidak boleh kotakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience