Bab 7

Other Completed 16324

7

"Lepas ni jangan pula kau balik lagi ke Kuala Lumpur nak tinggalkan ayah dan ibu pula," pesan ayahnya di sisi.

"Insyaallah, ayah. Eka tak tahu lagi."

Dengan wajah yang suram, ayah berpaling dariku.

"Mungkin saya dah menyinggung hati ayah. Tapi tiada niat nak buat ayah dan ibu sedih. Eka buat semua ni sebab Eka tak nak ayah dan ibu sedih setiap kali adik-beradik lain mengadu yang bukan-bukan tentang Eka," terang Eka dengan memandang di sekeliling lamannya.

Sedang asyik memandang di sekeliling, Eka terpandang satu buaian yang dahulunya tempat ibu suka berbuai bersama Eka semasa berumur 19 tahun. Sudah lama dia tak bermanja dengan ibu seperti dulu.

Dengan langkah yang laju, eja tercari-cari ibunya di dapur.

"Assalamualaikum, ibu."

"Waalaikumsalam..Eh Eka, anak ibu." Berlinangan air mata ibunya memeluk erat sambil teresak-esak melepaskan kerinduan pada Eka. Terasa sangat sayu.

Sambil mencium pipi ibunya, Eka pun duduk ditepi.

"Apa ibu masak ni?"

"Ibu masak apa saja yang ada, janji kau boleh makan."

Sambil tersenyum, ibunya mengusik.

"Oh ya, ibu mana adik dan abang? Dari tadi Eka tak nampak-nampak?"

Dengan wajah yang muram, ibunya cuba menjawab, namun tanpa sedar air-mata ibunya mengalir. Cepat-cepat Eka menyapu pipi ibunya.

"Kenapa ibu sedih ni, cuba cerita dengan Eka."

Pujukan itu tetap membuatkan ibu terus menangis.

Lalu ayahnya menjawab.

"Selepas Eka pergi ke Kuala Lumpur, empat tahun kemudian adik dan abang eja pula menyusul. Maka tinggallahkami berdua di kampung ni. Mungkin anak-anak ayah dan ibu dah tak perlukan kami lagi bila sudah besar dan berkerjaya." Dalam nada sedih, ayahnya menjelaskan.

"Maafkan Eka, ayah.. ibu. Tiada niat saya nak berjauhan daripada ibu dan ayah. Niat Eka cuma nak cari rezeki untuk bantu ayah dan ibu." Eka memeluk erat ibunya.

Sambil teresak-esak, Eka merasa sangat menyesal kerana mengikut keegoan hatinya meninggalkan kedua orang tuanya. Meninggalkan ibu dan ayahnya. Sungguh, dia tidak berniat untuk melukakan hati mereka berdua.

"Ibu dan ayah, jangan lah sedih. Eka janji tak akan tinggalkan ibu dan ayah lagi," ujar Eka sambil mencium pipi ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience