Bab 5

Other Completed 16324

5

Eka mencari bagasinya ditali sawat bergerak. Sambil menanti, Eka mencari pakcik dan pakcik tadi, namun hampa kerana mereka sudah berlalu. Bagasi dicapai dan Eka keluar mencari cari ayahnya. Mata melilau mencari ayah dicelah-celah orang ramai, dan akhirnya dia melihat kelibat ayah yang duduk dibangku paling hujung.

"Assalamualaikum ayah.." Eka terus bersalam dan memeluk ayah. Betapa dia sangat rindu dengan ayahnya. Maklumlah dia sudah lama tak balik kampung.

"Waalaikumsalam. Akhirnya kau balik juga. Ingatkan nak tinggal terus di KL?"

Dengan tersenyum Eka membalas, "Taklah, kan ayah dan ibu rindu nak jumpa Eka," balas Eka.

Bagasi ditangan di ambil ayah, lalu membawanya naik ke kereta.

"Ayah, kita singgah dipekan nanti boleh tak? Eka nak beli barang sikit."

"Yalah, tapi jangan lewat sangat, sebab ibu kau tu dah rindu sangat nak jumpa kau."

"Baiklah ayah.Tapi kenapa ibu tak ikut sekali?" tanya Eka lagi.

"Ibu sibuk memasak dirumah sebab anak kesayangan dia nak balik," usik ayahnya.

Sambil tergelak kecil, Eka memandang keluar tingkap melihat pemandangan.

"Ayah, banyak perubahan di Sabah selama Eka di KL, ya?"

"Yalah, dah Eka nak sangat kan kerja jauh-jauh daripada ayah dan ibu. Apa-apa perubahan di sini mana kau tahu pun,"

Eka terdiam seketika. Memang betul kata ayah, sudah lama dia tinggalkan tempat kelahirannya, Sabah. banyak perubahan yang melanda kampungnya itu.

Sedang khusyuk mata melayan pemandangan di luar, tiba-tiba telefonnya berdering kuat dengan deringan lagu zikir. Dengan pantas Eka melihat panggilan daripada ibu.

"Assalamualaikum ibu, Eka dah sampai."

"Waalaikumsalam Eka. Alhamdulilah, jangan lewat balik tau."

"Okey, bu.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience