Bab 1

Other Completed 16324

1

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa dua jam tiga puluh minit. Sepanjang perjalanan, fikiran Eka jauh melayang ingin bertemu dengan keluarga. Walau hampir enam tahun hidup di Kuala Lumpur demi mencari rezeki untuk membantu ayah dan ibu yang tinggal dikampung, namun jauh disudut hatinya terlalu payah untuk terus melarikan diri.

Eka pergi ke KL demi membawa sebuah harapan dan impian demi keluarga tercinta, mengharapkan agar kedua orang tua berbangga dengan apa yang dia lakukan. Namun semua itu hanya dia yang merasakan semuanya. Apabila dia berada jauh dari keluarga, di sana dia kenal dengan erti berdikari dan disitulah dia mula dikongkong. Pemergian yang membawa sejuta harapan bertukar hampa apabila si ibu mula mendengar kata-kata fitnah dari adik-beradiknyam sanak-saudara yang dengki dengan apa yang dia miliki. Sedangkan niatnya cuma mencari rezeki dan bukannya untuk mensia-siakan harapan mereka.

Beberapa bulan di Kuala Lumpur, Eka mula mengenal erti sukar untuk menyesuaikan diri. Namun semua itu hanya seketika apabila dia bertemu dengan sahabat baru yang dia kenali. Dia banyak membantunya dalam menyesuaikan diri diperantauan. Tatkala dia disisihkan dan tidak dipedulikan kerana hanya dia yang tidak suka bercakap. Pada suatu hari, Eka jatuh sakit dan tiada siapa pun tahu apa yang terjadi kepadanya. Hanya sahabat yang baru dikenalinya itu sudi membantunya.

Dalam hati, dia bersyukur kerana mengenali sahabat baru ini. Namun setiap hari pelbagai fitnah melanda dirinya. Tapi Eka cuma berdiam diri kerana dia tahu dia tidak melakukan yang dilarang Tuhan. Seperti yang dikatakan orang dengki dengannya. Tiada seorangpun yang mampu melihat seorang ibu dan ayah yang kecewa mendengar segala tomahan pada seorang anak yang jauh, Namun dia bersyukur kerana masih mampu meneruskan pekerjaan yang dia perolehi daripada sahabat yang baru dia kenali itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience