Bab 2

Other Completed 16324

2

Syukur kerana masih mampu menghadapi semua ujian. Sedang mindanya mengelamun, terlintas di fikiran Eka saat mula-mula jejakkan kaki di Kuala Lumpur. Mana tak lucunya, dengan tak sengaja dia terlanggar orang yang kini menjadi sahabat baiknya. Sempat dia tergelak bila teringat Jaja.

“Eh jalan tu pakai mata bukan main langgar je," sergah Jaja. Dalam kelam kabut, Eka meminta maaf lalu bergegas meninggalkan Jaja.

Lamunannya terhenti sebaik terdengar pengumuman perlepasan berkumandang. Dengan hati yang berat untuk pulang ke kampung halaman, langkah tetap diteruskan.sambil menghulurkan tiket di kaunter. Eka terus masuk ke balai belepas.

Berada di dalam sana bermacam ragam dapat dilihat. Tak kurang juga yang membawa anak anak. Eka terpandang pada satu keluarga yang duduk jauh di hujung kerusi. Terdetik hati untuk menegur pakcik dan makcik tersebut.

Dengan penuh sopan, salam diberi, "Assalamualaikum..pakcik..makcik..Boleh saya tumpang duduk disini?"

Lalu pakcik tadi membalas salamnya.

"Waalaikumsalam nak. Ya boleh silakan." Pakcik itu membalas dengan senyuman.

Namun wajah makcik tadi terus tawar dan suram.

"Pakcik dan makcik ni nak balik mana?” tanya Eka.

"Ya, nak. Kami mahu balik Sabah. Di Tawau. Baru lepas jumpa anak kami di KL. Lama dia tak balik kampung jadi kami melawat lah dia di sini," jawab pakcik itu.

"Anak pula mahu balik mana?" Dengan senyum, Eka membalas.

"Mahu balik Kota Kinabalu. Lama sudah tak balik kampung."

Mendengar jawapan tadi terus makcik itu membalas, "Balik lah nak, selagi masih mampu berjumpa dengan ibu dan ayah kamu. Jangan seperti kami terpaksa mencari anak kami pula." Balas makcik itu.

Tiba-tiba, Eka tersentuh hati seketika teringat ibu dan ayah dikampung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience