Bab 10

Other Completed 16324

10

Sejurus Rani pulang, Eka terus masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, kelihatan ayahnya sedang menonton TV sementara ibunya sedang menjahit bantal. Bermacam-macam perasaan menyelubungi dirinya apabila terlihatkan wajah kedua orang tuanya. Selepas perbualan dengan Rani tadi, dia teringatkan kata-kata pakcik dilapangan terbang tadi. Setelah agak lama berdiri, Eka lantas mengambil duduk di sebelah ibunya.

“Rani datang nak jumpa kau ada apa?” tanya ibunya.

“Tak ada apa ibu. Saja nak jumpa Eka sebab dah lama tak jumpa kan?” balas Eka.

“Ingat juga dia pada kau ya, Eka,” tutur ibunya lagi sambil gigih menjahit fabric bantal kekabu yang sudah terkoyak.

“Ibu..ayah..Eka ada benda nak cakap,” kata Eka dengan lancar.

“Apa dia cakaplah,” tanya ibunya dengan penuh hairan.

“Erm, tadi masa berborak dengan Rani dia ada ajak Eka kerja dengannya di KK.”

“Iya ke? Baguslah begitu. Boleh kau tinggal dan jaga ibu dan ayah di kampung. Tak adalah kami keseorangan di sini,” Ibunya sudah mula berasa gembira mendengar keputusan anak kesayangannya itu.

“Jadi macam mana dengan kerja kau di KL tu nanti? Takkan nak berhenti macam tu saja pula?” tanya ayahnya pula.

“Sebab tu Eka kena pulang ke KL dulu dan bagi sebulan notis kepada majikan Eka. Dan lepas tu barulah Eka boleh berhenti dan pulang bekerja dengan Rani.”

“Baguslah kalau itu keputusan kau. Harap kau buat keputusan yang tepat,” ujar ibunya mengatur kata-kata.

“Ya, ibu. Eka dah yakin dengan keputusan ni. Dapat Eka terus tinggal dan tengok-tengok ibu dan ayah di sini,” balas Eka, yakin.

Dengan tidak semena-menanya dia memeluk erat lagi ibunya. Sengaja Eka hendak bermanja-manja dengan ibunya seperti dulu.

Kini, Eka mulai sedar bahawa kepulangannya ke kampung itu mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Pertemuan yang tidak dirancang bersama dengan Rani mungkin telah diatur Tuhan. Dan juga perkenalan bersama pakcik dan makcik di dalam pesawat yang dinaikinya sewaktu kepulangannya ke Kota Kinabalu.

Memang benar kata orang. Kawan-kawan hanya datang dan pergi. Tapi keluarga tetap akan bersama kita selamanya di masa kita susah dan senang. Dan ketika itu, Eka memang sudah amat yakin dengan keputusannya untuk terus bersama kedua ibu dan bapanya, walau apapun yang terjadi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience