Bab 3

Other Completed 16324

?3

Sebelum beredar masuk ke boarding gate, sempat juga Eka mengirim SMS kepada ibu.

ASSALAMUALAIKUM, IBU. EJA DAH NAK MASUK BALAI BERLEPAS NI. JGN LUPA JEMPUT EJA DI AIRPORT YA?

Lalu ibu membalas.

WAALAIKUMUSALAM. HATI2 DLM PERJALANAN BALIK. INSYALLAH, AYAH AKN JEMPUT EJA NANTI. IBU TUNGGU DIRUMAH.

Sedang asyik melihat penumpang lain, pakcik di sebelah tiba-tiba bertanya.

“Anak dah berapa lama tinggal di Kuala Lumpur?”

"Dah nak masuk enam tahun pakcik. Baru kali ni dapat balik kampung sebab ayah suruh balik."

"Oh, macam tu. Lama juga anak tak balik. Tak rindu dengan keluarga ke?"

"Rindu juga p.cik. Tapi apakan daya demi mencari rezeki untuk keluarga."

"Syukurlah nak. Tapi kena juga balik jenguk keluarga sebab jauh mana pun kita pergi, anak kena ingat rezeki ada di mana-mana. Tapi ibu dan ayah kena juga ingat sebab ajal ni tak kira masa nak."

Terkedu hati mendengar pertanyaan pakcik tadi. Kenapa tiba-tiba pakcik tadi berkata begitu? Pertanyaan itu terus bermain diminda.

Sedang asyik memikirkan kata-kata pakcik itu tadi, tanpa sedar langkahnya sudah memasuki perut pesawat. Beberapa minit mengambil duduk, diapun terlelap di dalam pesawat.

Tanpa sedar, hampir satu jam lebih matanya terlelap kerana terlalu letih. Hanya tinggal sejam sahaja lagi untuk tiba di Kota Kinabalu. Bila teringat kata-kata pakcik tadi, terus aku tercari-cari kelibat pakcik dan makcik tadi. Rupa-rupanya, pakcik pun terlelap sama. Cuma makcik yang masih memandang keluar tingkap pesawat dengan wajah yang muram, seolah-olah ada yang menggangu mindanya. Terdetik dihati Eka untuk bertanya, tapi takut seandainya menyingung perasaan makcik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience