Bab 4

Other Completed 16324

4

Dengan berhati-hati, Eka bertanya kepada makcik itu.

"Makcik, kenapa muka makcik nampak muram saja sejak naik pesawat tadi?"

"Makcik rindukan anak makcik. Sampaikan makcik sendiri datang ke Kuala Lumpur untuk menjenguk anak makcik, tapi hampa. Kami tidak dapat bertemu dengannya." Dengan sayu makcik itu mengesat air matanya.

"Sabarlah makcik. Mungkin anak makcik sibuk,” jawab Eka, kiranya boleh menyenangkan hati makcik tersebut. Tapi pertanyaan tadi menyebabkan makcik tadi menangis teresak-esak, membuatkan Eka panik seketika untuk memujuknya.

Pakcik yang lena di sebelah makcik tadi pun terjaga mendengar esakan isterinya.

Dengan lembut pakcik itu berkata, "Sudahlah, jangan bersedih. Mungkin inilah balasan buat kita sebab selalu abaikan anak kita."

Dengan hati yang serba salah Eka bersuara, "Pakcik, makcik..maafkan saya sebab bertanya dengan makcik tadi. Tiada niat saya nak buat makcik sedih."

Keadaan di dalam pesawat agak senyap. Masing-masing melayan fikiran. Akhirnya, juruterbang mengumumkan bahawa pesawat telah selamat mendarat di Kota Kinabalu.

Dengan senyuman dibibir, Eka bangun dan mengangkat beg sandangnya. Tapi sebelum beredar, dia sempat bersalaman dengan pakcik dan makcik tadi.
Walau sayu hatinya, mereka harus berpisah jua bagi menuju ke destinasi masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience